• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Informasi / Penutupan Jalan Dataran Merdeka Sempena Perhimpunan Bersih 3.0

Penutupan Jalan Dataran Merdeka Sempena Perhimpunan Bersih 3.0

By Hazmin Hamudin | 27 April 2012 | 4 Comments

Sempena Perhimpunan Bersih 3.0 yang akan berlangsung esok (28 Februari 2012), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuatkuasa 6 pagi Jumaat sehingga 6 pagi Ahad ini. Memang sangat menyusahkan pengguna yang setiap hari menggunakan laluan tersebut bila terjadinya perhimpunan seperti ni. Tu belum kira kerosakan harta benda awam yang mungkin terjadi jika penyokong perhimpunan tidak dapat mengawal diri masing-masing semasa perhimpunan.

Jalan Ditutup

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan penganjur satu perhimpunan yang mahu mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka Sabtu ini kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

DBKL telah menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif. Perbadanan Stadium Malaysia juga dilaporkan bersedia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi perhimpunan manakala pemilik Stadium Merdeka, Merdeka Heritage Trust, juga dilaporkan bersedia mempertimbangkan permohonan penggunaan stadium itu sebagai lokasi perhimpunan.

Diharapkan pengguna yang selalu menggunakan laluan tersebut dapat mencari laluan alternatif yang lain bagi mengelakkan berlakunya kesesakan buruk di kawasan Dataran Merdeka. Diharap segalanya berjalan dengan lancar hendaknya tanpa berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini. Bila berlakunya perhimpunan sebegini siapa yang susah? Sudah semestinya rakyat biasa yang tidak bersalah menjadi mangsa kepada pihak yang hanya mementingkan kepentingan peribadi semata-mata.

TERKINI: Senarai jalan yang ditutup sempena Bersih 3.0

  1. Seremban – Kl / Jalan Istana Baru
  2. Jalan Sungai Besi / Susur Bulatan Sungai Besi Dari Arah Seremban – Kl
  3. Bulatan Sungai Besi
  4. Jalan Sungai Besi / Bulatan Pudu
  5. Bulatan Pudu / Jalan Pudu
  6. Bulatan Pudu / Jalan Pasar
  7. Jalan Kajang / Bulatan Sungai Besi
  8. Chan Sow Lin / Jalan Tun Razak (Pd 105)
  9. Cochrane / Jalan Tun Razak (Jalan Pasar)
  10. Jalan Tun Razak / Kondo Ezora
  11. Kondo Ezora / Susur Jalan Sultan Ismail Embi
  12. Bulatan Kampung Pandan
  13. Jalan Selatan
  14. Susur Jalan Tun Razak / Bukit Bintang
  15. Lampu Isyarat Tun Razak / Jalan Bukit Bintang
  16. Jalan Kampung Pandan / Fly Over Ke Pd 92
  17. Jalan Tun Razak / Kia Peng
  18. Jalan Tun Razak / Jalan Eaton
  19. Jalan Tun Razak / Persiaran Stonor
  20. Jalan Tun Razak / Lorong Kuda
  21. Jalan Tun Razak / Susur Jalan Ampang (Esso)
  22. Jalan Tun Razak / Jalan Ampang
  23. Jalan Tun Razak / Megan Phileo
  24. Jalan Tun Razak / Yap Kwang Seng
  25. Jalan Tun Razak / Terowong Klcc
  26. Jalan Tun Razak / Perkeso
  27. Jalan Tun Razak / Jalan Raja Muda Abdul Aziz
  28. Jalan Tun Razak / Parking Ijn
  29. Jalan Tun Razak / Bangunan Ijn Baru
  30. Jalan Tun Razak / Padang Bola Hkl
  31. Susur Tun Razak / Bulatan Pahang
  32. Bulatan Pahang
  33. Jalan Genting Kelang / Terowong Bulatan Pahang
  34. Jalan Pekeliling / Stesen Bas Pekeliling
  35. Susur Pekeliling / Jalan Ipoh
  36. Jalan Ipoh / Jalan Rahmat
  37. Jalan Tun Razak / Jalan Tun Ismail
  38. Jalan Tun Razak / Susur Jalan Kuching
  39. Jalan Tun Razak / Susur Pwtc (Sek Maxwell)
  40. Jalan Tun Ismail / Susur Jalan Kuching (Susur Kibat)
  41. Jalan Tun Ismail / Jalan Putra
  42. Jalan Putra / Jalan Raja Laut
  43. Jalan Pahang / Jalan Raja Muda Abdul Aziz / Jalan Ta Rahman
  44. Jalan Mahameru / Susur Parlimen
  45. Jalan Duta / Susur Jalan Parlimen
  46. Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium)
  47. Jalan Mahameru / Susur Wisma Tani
  48. Jejambat Wisma Tani
  49. Jalan Mahameru / Susur Carcosa
  50. Susur Jalan Damansara / Jalan Travers
  51. Jalan Bangsar / Jalan Travers
  52. Jalan Travers / Jalan Damansara (Balai Travers Lama)
  53. Jalan Kl Sentral / Muzium Negara
  54. Jalan Klang Lama / Lebuhraya Persekutuan
  55. Jalan Klang Lama / Salak Expressway (Uturn)
  56. Lebuhraya Persekutuan / Jalan Syed Putra
  57. Susur Jalan Tun Sambathan / Jalan Sulaiman
  58. Jalan Sulaiman (KTM)

 

Kronologi Perhimpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • cik tom 27 April 2012 at 10:55 PM

    ish2..minta2 semuanya selamat..

    Reply
  • Myra Jay 27 April 2012 at 10:01 PM

    Harap semuanya berjalan dengan lancar, pasal politik ni malas nak campur-macam2 hal..

    Reply
  • puanbee 27 April 2012 at 8:15 PM

    Duk rumah je lah hazmin oiii hikss

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 April 2012 at 8:48 PM

      Cadangnya macam nak pergi sogo esok kak.. Tak tahu la macam mana esok.. Hehe..

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Berada Di Luar Kawasan

By Hazmin Hamudin

Hazmin Kena Sengat Lebah

By Hazmin Hamudin

Mentega Golden Churn Pure Creamery Butter Tidak Halal

By Hazmin Hamudin

Rumah Paling Sempit Di Dunia

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #7

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in