• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Caroline Juara Mentor 6

Caroline Juara Mentor 6

By Hazmin Hamudin | 11 June 2012 | 2 Comments

Caroline Juara Mentor 6

Caroline Juara Mentor 6. Dengan mendapat markah keseluruhan sebanyak 71 markah, protege Ella, Caroline berjaya meraih gelaran juara Mentor musim keenam Mentor 6 yang berlangsung di Stadium Malawati malam Ahad.

Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.

Protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah, sekaligus meraih wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.

Manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan dengan 50 markah mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM10,000.

Pada segmen pertama, Anas membawakan lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff, Zatul (Pawana dan Pelesit Kota – Search) dan Caroline membawakan lagu My Love (Justin Timberlake) dan I Don’t Wanna Miss A Thing (Aerosmith).

Kemudian ketiga-tiga protege ditugaskan untuk berduet dengan penyanyi profesional dimana Anas membawakan lagu Selamat Malam (nyanyian Faizal Tahir) dengan Hazama, Zatul dan Ziana Zain (Nakal-Gigi dan Sedang Ingin Bercinta-Dewa 19) manakala Caroline membawakan lagu Kau Kekasihku (Siti Nurhaliza) dengan Azlan The Typewriter.

Tugasan terakhir, Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu.

Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.

Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.

Yang menariknya pada, turut diumumkan adalah pemenang peserta ujibakat iaitu Najua P.Ramlee yang menyanyikan lagu Kisah Hati menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Tahniah ucapkan buat ketiga – tiga mereka kerana berjaya menampilkan persembahan yang terbaik pada walaupun kesemua protegé mengalami masalah kesihatan ketika pentas akhir berlangsung.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • LangkawiHomestay 12 June 2012 at 11:41 AM

    100k?..byk nya.. 🙂

    Reply
  • Jebeng Otai™ 11 June 2012 at 9:21 PM

    tahniah buat caroline…

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Dian Sastrowardoyo Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

By Hazmin Hamudin

Keputusan Final Badminton All England 2011

By Hazmin Hamudin

Karangan Budak Sekolah | Terima Kasih Datuk

By Hazmin Hamudin

Trofi Kemenangan Yuna Dengan Lagu Penakut Di AIM 18 Di Tarik Balik

By Hazmin Hamudin

Restoran Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in