• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita Terkini / Gempa Bumi 8.9 Magnitud Melanda Aceh 11 April 2012

Gempa Bumi 8.9 Magnitud Melanda Aceh 11 April 2012

By Hazmin Hamudin | 11 April 2012 | 23 Comments

Berita terbaru yang baru diterima Gempa berukuran 8.9 skala Richter dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh, sebentar tadi. Gempa ini terjadi pada 03.38 petang waktu tempatan.

Maklumat yang dikumpulkan dari Badan Meteorologi, gempa ini berpotensi menimbulkan tsunami. Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia.

Gempa Bumi Aceh 2012

Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Bangunan pencakar langit, pangsapuri dan pejabat di Malaysia merasai gegaran itu untuk tempoh seminit susulan kejadian terbabit.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • ohcikgu 12 April 2012 at 5:24 PM

    ramai juga yang merasa gegaran tu.

    Reply
  • Cikgu Hairul 12 April 2012 at 10:10 AM

    Satu lagi peringatan buat kita yang semakin lalai. 2012 menyaksikan macam-macam bencana dimuka bumi ini.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 April 2012 at 10:47 AM

      Bila terjadi sesuatu bencana baru nak beringat. Tapi lepas tu buat baik. Lumrah manusia.

      Reply
  • vanfery 12 April 2012 at 9:19 AM

    alhamdullilah..dgarnya di tmpt kita semuanya ok sahaja…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 April 2012 at 10:10 AM

      Alhamdulillah… Dekat Malaysia tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

      Reply
  • tehr 12 April 2012 at 1:10 AM

    Mujur juga tsunami tak menjadi kenyataan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 April 2012 at 10:09 AM

      Itu la, semua amaran tsunami telah ditarik balik tengah malam.

      Reply
  • Amirez 11 April 2012 at 11:52 PM

    dengar kata kawan tadi gegaran terasa juga di Kelantan. alhamdulillah setakat ni dalam keadaan terkawal. risau juga tadi, 2 kali gegaran berlaku

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 April 2012 at 10:06 AM

      Di tempat saya memang tidak terasa langsung gegaran gempa. Kadang-kadang teringin juga nak rasa. Hehe..

      Reply
  • yas 11 April 2012 at 11:46 PM

    Satu petang yg sungguh mendebarkan…alhamdulillah semuanya dlm keadaan terkawal…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 April 2012 at 10:08 AM

      Alhamdulillah, tsunami juga tidak berlaku.

      Reply
  • Jebeng Otai™ 11 April 2012 at 10:30 PM

    ketika di jepun sy penah merasa gempa bumi disana..cuak juga pd awalnya..tp depa tenang x jerit2 pon..kagum2 diorg mmg dh bersedia kalo apa2 berlaku..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 April 2012 at 10:03 AM

      Mungkin sebab Jepun selalu berlaku gempa bumi. Jadi mereka sudah bersedia setiap masa sebarang kemungkinan kejadian gempa ni.

      Reply
  • nurmisnan 11 April 2012 at 9:29 PM

    Besar skala 8 -9.. mudah2an kita semua lakukan solat hajat
    dan solat sunat yang lain agar Allah SWT menolong hamba2

    Pesanan utk semua agar jgn duduk bawah flat atau bangunan..
    sebaiknya duduk dibawah bumbung..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 April 2012 at 9:33 PM

      Harap diberi perlindungan oleh Allah SWT. Semoga semua mangsa tabah menghadapi dugaan dan rakyat Malaysia yang tinggal di tepi pantai lebih berhati-hati.

      Reply
  • azura 11 April 2012 at 9:20 PM

    berdebar rasanya…saya duduk tepi laut Port Klang dari tadi jalan raya tak putus kenderaan dan helikopter kawal…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 April 2012 at 9:30 PM

      Meriah jugak suasana di Port Klang ya. Memang boleh medatangkan debaran kalau dah suasana macam tu. Kawasan saya seperti tidak ada apa yang berlaku.

      Reply
  • tehr 11 April 2012 at 9:19 PM

    Harap2 tak ada tsunami melanda
    Kesan tahun 2004 dulu masih terasa
    Dah teruk sangat dah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 April 2012 at 9:29 PM

      Memang ramai lagi yang masih fobia dengan kejadian Tsunami 2004. Harap kejadian Tsunami tidak berulang lagi.

      Reply
  • akubiomed 11 April 2012 at 9:10 PM

    Kawasan saya tidak mengalami kesan gegaran tetapi yang sentiasa peka dengan maklumat terkini mengenai kesan gempa. Harap rakyat mendapat maklumat yang cukup oleh Jabatan Meterologi Malaysia.

    Saya cuba akses laman mereka untuk maklumat terkini tetapi tidak boleh. Sesuatu perlu dilakukan oleh mereka untuk memperbaiki penyaluran maklumat.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 April 2012 at 9:28 PM

      Saya pun tidak merasai gegaran gempa sebentar tadi. Cuma dapat maklumat daripada orang yang rasa gempa dan terus ke twitter untuk cari maklumat. Saya pun ada cuma mengakses laman web Jabatan Meterologi Malaysia, tapi tidak boleh masuk. Harap dapat diperbaiki.

      Reply
  • Denaihati 11 April 2012 at 9:07 PM

    sama-sama kita berdoa supaya tiada stunami dan tiada kejadikan buruk berlaku

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 April 2012 at 9:26 PM

      Insha-Allah.. Harapnya macam tu la.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Abby Abadi Bertudung Selepas Pulang Dari Umrah

By Hazmin Hamudin

Sultan Sulu Jamalul Kiram III Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin

Motivasi Di Pagi Hari… Hilangkan Stress…

By Hazmin Hamudin

SKMM Perlu Disiplinkan Penulis Blog

By Hazmin Hamudin

Jangan Nak Monday Blues Sangat

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in