• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock

By Hazmin Hamudin | 4 October 2012 | 53 Comments

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock. Sekarang ni entah kenapa aku kerap pulak buat entri pasal makanan je. Adakah ingin mencuba niche berkaitan dengan food review pulak? Mungkin tidak. Rasanya aku masih akan kekalkan niche personal untuk blog aku ni. Selagi boleh bercerita, semua benda aku sumbat dalam blog ni.

Kali ni aku nak cerita pasal Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock pulak yang terkenal dekat dengan ofis aku. Biasanya kalau time lunch memang penat la jugak memikir nak makan apa. Sebab malas nak jalan jauh, selalunya nasi ayam goreng kunyit ni jela yang jadi pilihan atas faktor berdekatan je dengan ofis.

Yang menariknyam, diorang berniaga nasi ayam goreng kunyit ni atas lori je. Baik punya park lori atas divider untuk pejalan kaki tu. Lokasi adalah di belakang Lembaga Getah Malaysia ataupun lebih tepat lagi berdekatan dengan Jalan Yap Kwan Seng. Seperti yang korang boleh tengok, punyalah ramai orang yang beratur nak merasai kenikmatan dan kelazatan Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock ni (bukan main sedap lagi ayat aku karang bagi korang terliur). Kalau tak nak beratur, keluar la awal ye.

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock ni simple je sebenarnya. Cuma nasi putih bersama dengan kicap, sayur kacang panjang beserta carrot dan sudah semestinya ayam goreng kunyit. Ayam goreng kunyit tu pulak digaul bersama dengan cili yang sangat pedas. Serius tak tipu ni. Tapi menu simple macam ni pun sudah cukup untuk menarik semua warga pejabat berdekatan untuk berbaris menikmatinya.

Ni lah rupa nasi ayam goreng kunyit yang bisa membuatkan air liar korang meleleh tu. Yang aku order takda cili langsung sebab aku tak makan pedas. Jadinya kuranglah special dekat nasi tu. Kalau yang special, dorang akan gaulkan sekali dengan cili ramuan istimewa yang dorang buat. Memang pedas yang boleh membuatkan peluh jantan mengalir deras dekat muka aku.

Keseluruhannya, Kalau korang gemar makan makanan yang pedas-pedas, mesti boleh layan Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock ni. Harga RM5 bagi aku boleh dikatakan masih lagi berpatutan. Nak tahu sedap ke tak sedap, korang try la sendiri ya.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Naziman 18 October 2012 at 8:50 PM

    hahaha. mungkin sebab dia simple di cakap mat rock.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 October 2012 at 10:49 PM

      Tu la.. Skrg ni dari hari ke hari makan ramai pelanggan dorang ni.

      Reply
  • hazman aka species1980 16 October 2012 at 11:17 AM

    whoaaaa… meriah betul laaa…kalau makan confirm kenyang abis….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 October 2012 at 11:32 AM

      Jadilah untuk mengalas perut di pejabat. Hehe.

      Reply
  • Ummi Hanie 11 October 2012 at 5:07 PM

    samalah kita… niche personal… sng, byk topik boleh gebang 😉

    adoi sedap giler nmpk nasi ayam goreng kunyit nyer… kat mana ni?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 October 2012 at 3:55 PM

      Dekat belakang bangunan Lembaga Getah Malaysia

      Reply
  • wazy 10 October 2012 at 3:11 PM

    Fuhh mesti sedap tu

    Reply
  • Sobri Mansor 9 October 2012 at 11:44 PM

    Dekat mana nih? Macam menarik jer nih

    Reply
  • o'gosh 9 October 2012 at 4:58 PM

    hey..hey..hey….selalu gak beli nasi ni….saya makan yang extra pedas punya, mmg kaw2…bukan peluh jantan lagi dah…peluh dinaso yang keluar ada la….

    Reply
  • eliss 9 October 2012 at 1:13 PM

    nampak sedap. kalau goreng kunyit ayam macam ni memang x membazir la, kalau tak bahagian isi kat rumah saya semua orang x makan.

    dekat dengan ex ofiz saya jer ni, dulu saya keja kat wisma selangor dredging.

    Reply
  • titan 7 October 2012 at 7:12 PM

    orderkan untuk gua. gua ok je makan pedas. haha..

    Reply
  • MyLegoland 6 October 2012 at 6:12 PM

    Takkan sebut dekat opis jer? Bagitahu juga address kedai tu juga ok. Tolong promote, dapat juga pahala tu 😀 . Nampak macam sedap betul. Ramai yang berbaris. Mahu juga nak rasa nasi ayam goreng kunyit mat rock ni.

    Reply
  • Jebeng Otai™ 5 October 2012 at 11:35 PM

    ramainya yg beratur..kompem sedap ni.. 🙂

    Reply
  • Ikhwan 5 October 2012 at 8:37 PM

    Tapi klo hari2 makan nasi ayam goreng kunyit pun boleh naik muak..
    1 menu saja ke dia jual? Minimalist betul konsep dia..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 October 2012 at 8:51 PM

      Satu menu je yang dia jual. Memang kalau menu yang sama setiap hari akam jemu juga. Tapi sekurang-kurangnya dah ada juga menu tambahan untuk dimakan. Hehe..

      Reply
  • sjiehan 5 October 2012 at 2:56 PM

    xpenah makan la… tp gaya cerita boleh buat aku terliur…

    bro keje kat mana?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 October 2012 at 6:34 PM

      Kerja dekat Lembaga Getah Malaysia bro 🙂

      Reply
  • Juan 5 October 2012 at 5:27 AM

    serius bagi aku sedap sebab memang aku suka nasi ayang goreng kunyit nih

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 October 2012 at 6:59 AM

      Memang kegemaran ke bro?

      Reply
      • Juan 6 October 2012 at 5:56 PM

        yep memang

        Reply
  • Amirez 5 October 2012 at 3:05 AM

    kegemaran aku ni. daging ayam tu pun nampak banyak, mesti sedap. berapa ringgit sebungkus?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 October 2012 at 6:59 AM

      Memang banyak bro, abis ditutup nasi tu. Sebungkus RM5.

      Reply
  • tehr 5 October 2012 at 12:52 AM

    memang pilihan aku dan anak perempuan kebelakangan ni kalau isteri tak sempat masak
    hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 October 2012 at 6:58 AM

      Lelaki suka yang simple je kan. Hehe

      Reply
  • Akmaomar 4 October 2012 at 9:34 PM

    Bulan puasa aritu boleh kata tiap2 hr sy buka nasi ayam kunyit ni, mmg sedap…masa makan kena sediakan air, takut tercekit sbb x berkuah kan…hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 October 2012 at 6:58 AM

      Kalau orang yang tak suka makan takda kuah, memang tak sukakan menu macam ni. Kering je.

      Reply
  • fasz 4 October 2012 at 5:08 PM

    sedap nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    Reply
  • Mummy Akmar 4 October 2012 at 4:16 PM

    Nampak menyelerakan. Bukan apa. Memang dahulu kalau kerja di KL time lunch je buntu nak makan apa. Kerana menu sama. Tapi kalau menu sesimple mcm ni memang layan… Hihihi sebab menu sama gulai lemak, kari, masak kicap, masak merah. Memang tiap2 hari ngadap tu je.

    Kalau dapat macam dalam gambar ni mesti best! Hehe..satu lagi menu simple yang dah jadi popular nasi ayam penyet. nasi putih ayam penyet yg digoreng..makan dgn kicap manis. Mmmg layansss

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 October 2012 at 6:57 AM

      Sama la dengan saya. Memang dah buntu nak makan apa. Hari-hari menu yang sama je. Bila ada datang orang jual makanan baru dengan harga yang berpatutan, memang terus beli la kan.

      Reply
      • Mummy Akmar 8 October 2012 at 11:34 AM

        Setuju dengan Akmaromar.. kene sedia air takot tercekik. Hahaha

        Reply
  • ema 4 October 2012 at 3:44 PM

    dia berniaga dengan ikhlas..ramailah yg datang belikan..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 October 2012 at 6:56 AM

      Setuju…

      Reply
  • Mak lagenda 4 October 2012 at 2:50 PM

    Sedap,pastu dekat plak dengan kawasan opis,murah dan ringkas,mmg semua foktor kelarisan tu ada di situ..

    X hairan la kalo ramai pelanggan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 October 2012 at 6:56 AM

      Tu la mak.. Kalau dekat dgn kawasan ofis confirm laku punya kan..

      Reply
  • akubiomed 4 October 2012 at 12:49 PM

    Ramai yang beratur membeli tentu sedap.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 October 2012 at 2:21 PM

      Rasa tu boleh la bro. Disamping nak cari yang harga berpatutan 🙂

      Reply
  • saupz 4 October 2012 at 12:15 PM

    ramai sebab sedap ke.. atau ramai sebab xde tempat lain nak g makan kat area situ.. hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 October 2012 at 2:21 PM

      Haaa.. Mungkin sebab yang ni la.. Harga pun memainkan peranan sebab area KLCC makanan semua nak mahal je.

      Reply
  • Melastik Bintang 4 October 2012 at 10:17 AM

    ramai betul yang membelinya…pasti sedap sehingga menjilat telinga ni….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 October 2012 at 2:20 PM

      Betul-betul sedap tu sampai menjilat telinga 🙂

      Reply
  • lepakk.com 4 October 2012 at 9:50 AM

    Tapi berdasarkan gambar orang beratur..ini bermakna sedap la tu 😀

    Reply
  • lepakk.com 4 October 2012 at 9:49 AM

    Nampak macam boleh buat kat rumah je

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 October 2012 at 2:20 PM

      Kalau yg suka pedas, memang gemar la kot yg ni.

      Reply
  • auc dot com 4 October 2012 at 8:57 AM

    hmmmm nampak cam biasa je, apa tarikam dia sebenarnya? :0

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 October 2012 at 2:19 PM

      Tarikan dia.. Erm.. Mungkin sebab kurang pilihan tempat makan kot.

      Reply
  • shraqs 4 October 2012 at 8:05 AM

    Bab 2 makan ni memang bukan specialty aku. Tak tahu nak beza mana sedap atau tidak, aku main rembat je, paling penting penyediaan & tempat bersih. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 October 2012 at 8:26 AM

      Bagus jugak kalau tak memilih bab makan ni. Senang orang sekeliling.

      Reply
  • boni kacak 4 October 2012 at 2:14 AM

    pergh…nampak macam sempoi la nas goreng kunyit tu..

    p/s : hehe. personal blog belasah je isi apa2 bro. dah nama pun personal. milik kita. jadi kita bebas nak cerita apa2 pun..hehehe. salah satu kelebihan personal blog ni, kita boleh belasah apa2 pun

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 October 2012 at 8:25 AM

      Memang sempoi je tu bro. Letak kicap, sayur dgn ayam je.

      Tq bro sebab bagi tips untuk blog aku ni. Memang best kalau dapat tips mcm ni selalu.

      Reply
  • padin 4 October 2012 at 2:04 AM

    wohaaa ayam sama banyak nasik nih… ke bawah nasik ada ayam lagi? kui3

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 October 2012 at 8:24 AM

      Kat atas nasi je ayam dia. Hehe

      Reply
      • padin 5 October 2012 at 9:37 AM

        huhuuu jgn tak caya, student kat tmpt keja aku
        ayam dia sorok bawah nasik goreng.., bayar harga nasik je adehhh

        Reply
        • Hazmin Hamudin 5 October 2012 at 6:34 PM

          Kehidupan seorang student memang macam tu bro. Macam ada pengalaman lakkan aku ni. Haha

          Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Coconut Shake Fadly Sri Serdang

By Hazmin Hamudin

SKMM Perlu Disiplinkan Penulis Blog

By Hazmin Hamudin

Pentingkah Memasar Atau Mengiklankan Blog ?

By Hazmin Hamudin

Keputusan Peperiksaan Pengesahan Jawatan Kumpulan Sokongan I

By Hazmin Hamudin

Hujan November

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in