• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Mushroom Melt Bonanza Di Restoran Wendy’s

Mushroom Melt Bonanza Di Restoran Wendy’s

By Hazmin Hamudin | 3 November 2012 | 25 Comments

Restoran Wendy's 1

Mushroom Melt Bonanza Di Restoran Wendy’s. Ni adalah kali pertama aku makan dekat Restoran Wendy’s ni. Semalam masa Hand Phone BlackBerry Torch Aku Masuk Hospital, sempat la aku cuba makan dekat Restoran Wendy’s ni. Puas jugak la aku memenatkan kaki ke hulu ke hilir dekat Berjaya Time Square tu nak mencari kedai makan yang boleh memuaskan tekak aku ni. Akhirnya makcik Wendy’s ni jugaklah yang telah melambai-lambai memanggil aku singgah makan dekat situ.

Rangkaian restoran makanan segera Wendy’s telah diasaskan oleh Dave Thomas. Restoran Wendy’s boleh didapati di Sunway Pyramid, IOI Mall Puchong, Jaya One, Jalan Sultan Ismail, Mont Kiara, Giant Kota Damansara, Berjaya Times Square, AEON Rawang & AEON Ipoh Station 18. Korang bolehlah terjah salah satu cawangan kalau nak rasa.

Restoran Wendy's 2

Logo Wendy’s iaitu budak perempuan yang berambut merah tu sebenarnya adalah anak keempat Dave Thomas yang bernama Melinda Lou Wendy Morse. Maknanya silap la aku panggil makcik Wendy’s tadi. Rupa-rupanya awek yang bernama Wendy’s yang melabai dekat aku tadi. Wendy’s sekarang ni tengah buat promosi Mushroom Melt Bonanza. Untuk promosi ni korang boleh order Chicken Mushroom Melt ataupun Single Mushroom Melt. Yang aku order ni ialah set Single Mushroom Melt. Didatangkan dengan air dan juga fries.

Restoran Wendy's 3

Kalau nak dibandingkan dengan McDonald’s, bagi aku fries Wendy’s ni jauh lebih sedap. Memang tak cukup fries set medium ni aku rasa. Mungkin juga sebab dah jemu asyik makan fries daripada McDonald’s dan KFC je, bila makan fries terasa sedap pulak.

Restoran Wendy's 4

Ni lah rupanya burger Single Mushroom Melt yang aku order tu. Memang sangat sedap. Roti dia pun lembut. Cendawan berkrim, sos keje cheddar hangat dan kepingan keje dah cukup membuka selera aku. Rasa nak terjah restoran Wendy’s buat kali kedua. Mushroom Melt Bonanza ni juga adalah untuk waktu yang terhad sahaja. Sebelum terlambat, terasa seperti nak pekena Chicken Mushroom Melt pula!! 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • cik tom 5 November 2012 at 12:13 AM

    nmpk sedap..xpernah lg mkn kt restoran wendy..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 7:11 AM

      Lepas ni boleh la cik tom makan kat sini pulakkan.. 🙂

      Reply
  • Naziman 4 November 2012 at 11:38 PM

    Restoran wendy? tak tahu pula sebab tak pernah tengok. Tapi fries di mcd susah juga, kadang-kadang ada mcd yang waste.

    Reply
  • titan 4 November 2012 at 10:17 PM

    pehh..jadi lapar balik aku dibuatnya nih..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 7:10 AM

      Kalau lapar makan la bro.. Makan cendol ke..

      Reply
  • akubiomed 4 November 2012 at 5:03 PM

    Nampak lambaian Wendy membuahkan hasil. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 5:35 PM

      Itulah.. Trik Wendy’s melambai dari kejauhan telah berjaya menarik pelanggan.

      Reply
  • wakgelas 4 November 2012 at 1:44 PM

    wak pon sukak makan burger jugakk.. ahakkKs

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 4:47 PM

      Wak suka makan burger apa Wak?

      Reply
  • gamep01nt 4 November 2012 at 1:06 PM

    kolestrol. kolestrol,,,ish ish ish. hahahahahahahah baik pulak aku cita pasal kolestrol

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 4:46 PM

      Sental je selagi boleh bro. Tak nak kolestrol makan rebus-rebus la..

      Reply
  • syaifuddin alias 4 November 2012 at 10:19 AM

    aduhh ..terbaik ni ..sedap sangat gayanya 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 4:46 PM

      Musim hujan memang terbaik ni. Hehe.. Cuba la..

      Reply
  • hafidz 4 November 2012 at 8:39 AM

    macam terbaek jer burger ni.
    kena try nampak gayanya
    😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 4:45 PM

      Memang terbaik ni. Sedap..

      Reply
  • Eizil 4 November 2012 at 8:24 AM

    Tetiba kecur air liur bila tengok gambar burger tu, tak pernah lagi cuba restoran wendys ni, sebab kat sini memang takder cawangan dia, kalau ada kesempatan nanti, nak juga mencuba set mushroom ni, itupun kalau masih adalah…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 4:44 PM

      Bro Eizil duduk dekat mana? Takpa, kalau datang KL nanti boleh cuba makan dekat Wendy’s pulak. Mungkin boleh cuba set burger yang lain nantikan.

      Reply
  • sharinginfoz 4 November 2012 at 6:59 AM

    Pagi-pagi baca entry ni rasa lapar pula, anyway tak pernah cuba cik wendy ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 4:43 PM

      Lepas ni boleh la cuba makan dekat cik Wendy’s pulak bro.

      Reply
  • boni kacak 4 November 2012 at 4:49 AM

    pergh…bro membuka selera aku ler..hehehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 4:43 PM

      Selera dah terbuka tu jom la makan. Hehe.

      Reply
  • MOMOY 3 November 2012 at 11:11 PM

    Dah lama x pergi wendy
    =)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 4:42 PM

      Saya baru pertama kali cuba makan dekat Wendys ni. Memang tak menghampakan.

      Reply
  • Sop 3 November 2012 at 10:45 PM

    wah.. sedapnya…
    boleh singgah dan cuba juga nih 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 4:41 PM

      Memang sedap ni bro Sop…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Jauh Perjalanan, Aku Dapat Penat

By Hazmin Hamudin

Selamat Tahun Baru 2013

By Hazmin Hamudin

Sudah Tiga Tahun

By Hazmin Hamudin

Terima Kasih Solar Time The Mines

By Hazmin Hamudin

Jijik Aku Baca Berita Macam Ni

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in