Hari ni aku terpaksa ambik half day sebab nak hantar hand phone buah-buahan perisa Blacberry Torch 9800 ni ke hospital. Memang dah tak boleh nak tangguh-tangguh dah sebab warranty pun akan abis bulan ni. Karang tak pasal-pasal aku kena keluar duit sendiri beli ubat nak hilangkan sakit hand phone ni. Kalau dah keluar duit sendiri sudah pasti bukan setakat puluhan ringgit, tapi beratus-ratus yang aku kena bayar nanti. Sebelum terlambat baik aku hantar Blackberry ni masuk hospital. Dengan hati nurani yang penuh belas kasihan terhadap sakit yang menimpa BlackBerry Torch aku ni, maka sampai la di Plaza Berjaya dekat Jalan Imbi tu.
Amoi yang jaga kaunter tu cakap hand phone BlackBerry aku kena tahan dekat wad lebih kurang tiga minggu. Aku memang takda masalah nak masuk wad lama macam tu asalakan aku tak keluar duit sesen pun. Memang dah sakit tenat sangat dah kau rupanya. Lagi sikit je nak nazak rasanya. Kalau aku campak bukan takat nazak BlackBerry ni, tapi berkemungkinan besar tamatlah riwayat kesan degil.
Satu yang aku tak suka pasal Brighstar ni bila claim warranty atau nak repair BlackBerry ialah sebab diorang akan hantar semua hand phone tu ke Singapore untuk di repair. Memang la makan masa sampai tiga empat minggu baru nak siap. Lepas tu services centres diorang ni ada dua je dekat kawasan Lembah Kelang ni dan dibuka hanya pada waktu pejabat. Memang sangat menysahkan aku nak hantar bila rosak. Eh.. Tadi kata satu je tak suka ni dah dua pulak yang aku tak suka.
Semenjak dua menjak ni tiba-tiba aku teringin pulak nak makan buah apple. Dah jemu asyik makan buah BlackBerry je. Tapi buah apple sekarang ni lebih mahal daripada buah BlackBerry. Kalau dapat makan lima biji apple pun lagi bestkan. Kenapa lima biji apple, bukan dua, bukan tiga dan bukan empat? Korang fikir-fikir la sendiri ye. Hehe.. Kalau ada duit lebih nanti aku nak tukar selera pulak, nak makan buah apple.
kl dah mengidam tue baik cpt2 beli..hehe
Kalau ada rezeki nanti dapat la makan buat lain pulak… 🙂
makanlah buah anggur plak (android) pasti x mengecewakan… 🙂
Ingat nak cuba makan buat Apple dulu… Hehe
aku pakai yang murah-murah aje sekarang…
Ok la tu.. Duit lebih boleh buat belanja cendol.. Hehe
nampaknya tuannya kena beli hp baru nih hehe..
Itulah.. Memang dalam perancangan nak beli HP baru.
Wah, bb masuk wad la. BB saya tak pernah ada sakit lagi, belum tua lagi kot. hehe
Warranty pun dah nak abis dah tu. Memang dah nak tua dah umur dia. Hehe
Saya cuma pakai henset cap ayam. Sejak beli 3 tahun dulu masih gagah perkasa mcm serigala,,,,,
Barang lama jugak yang terbaikkan bro.
bye torch *sila beli bold4 laks ;D
Tak nak dah buah BlackBerry.. Hehe…
Kalau phone start buat hal, alamatnya boleh jd merebak lagi la kt tempat lain lepas ni. Bila dah beli baru jgn lupa upload gmbar ye? 🙂
InshaAllah.. Kalau ada rezeki nanti akan tukar yang baru.. 🙂
mengidam ke apa tu bro??hehehe
Mengidam buah apple.. hehe
Saya tidak berapa minat BlackBerry. Rasa seperti susah hendak menaip dengan saiz jari yang besar. 🙂
Sebenarnya walaupun keypad kecil, button dia senang jugak nak taip denga laju berbanding dengan touchskrin. Hehe
5 apple?..woow dsyt2..hehe
Teringin nak makan apple pulak. Hehe