Penantian selama tiga bulan akhirnya berakhir. Akhirnya keputusan peperiksaan pengesahan jawatan kumpulan sokongan I yang aku ambik masa bulan Jun hari tu telah aku perolehi. Memang berdebar sangat menunggu keputusan exam untuk sah jawatan ni. Kalau tak lulus siap sedia la ko untuk hadap buku yang tebal-tebal tu balik tahun depan. Tak reti-reti lagi nak repeat exam kalau dah tak lulu. Memang tak nak la kan repeat exam sebab nak kena study balik.
Bila dapat tahu surat keputusan peperiksaan pengesahan jawatan aku dah ada dengan bos, lagi bertambah berdebar la kan. Siapa yang tak takut failed oi. Esoknya bos call suruh aku datang bilik dia. Memang aku dah tahu la kan motif bos panggil masuk bilik dia. Dengan tersenyum-senyum bos pun cakap, “tahniah, kamu lulus semua bahagian. Lepas ni boleh la belanja makan” Sempat lagi tu bos suruh belanja makan. Alhamdulillah… Syukur sangat dah lulus exam untuk disahkan jawatan.
Sekarang ni tinggal nak tunggu surat untuk pengesahan jawatan je. Dengan ini secara rasminya (rasmi ke tak dapat surat sah jawatan lagi?) aku akan menjadi kakitangan awam berstatus TETAP. Dah bolehlah keluarkan duit KWSP untuk buat modal kahwin. Ah… Takda maknanya. Baik aku simpan duit tu buat modal beli rumah lagi bagus. Harap-harap lepas ni dipermudahkan segala urusan sehingga aku mendapat surat disahkan jawatan dalam perkhidmatan awam ni.
keluar EPF, simpan dalam Tabung Haji pula.. 🙂
*Tahniah wahai penjawat awam!
Terima kasih. Boleh dipertimbangkan juga masuk dalam Tabung Haji.
Tahniah…. lepa sni leh la ambik KPSL……….
Kena kumpul pengalaman sebanyak mungkin, terus naik yang lagi tinggi. Hehe
tahniah bro. duit KWSP utk modal beli rumah rancangan terbaik.
Itulah… Kalau nak harapkan duit simpanan memang tak cukup. Duit KWSP tak boleh usik dan simpan untuk modal beli rumah.
tahniah~
tahniah bro,, rezeki.
Terima kasih bro. Alhamdulillah…
Tahniaaahh!!!… 🙂
keje putrajaya ke?
Terima kasih Nadot. Takde la.. Kerja dekat KL, tp duduk berhampiran jugak dengan Putrajaya.
tahniah bro… all the best utk job tu…
Tq bro..
tahniah.. moga lebih cemerlang dalam perkhidmatan,
sukses dalam kehidupan..
InshaAllah..
Tahniah bro, semoga selepas ni akan dipermudahkan segala urusan… Tanggungjawab kepada keluarga jangan dilupa… 🙂
tahniah hazmin..jangan lupa belanje puteri juga…hehe
Wah.. Semua mintak belanja ni.
Tahniah bro, kena open table kalau macam ni.bukan senang nak dapat kerja la ni
Terima kasih bro.Hehe
tahniah bro…
Boleh buat open table… He he..
Alamak… Open table ye.. Boleh2… Hehe
tahniah lulus peperiksaan tersebut
Terima kasih bro. Risau jugak kalau tak lulus.
tahniah Min, aku lak yg berdebar2x…..
Apasal ko lak yang berdebar. Rilex sudah.
cayalah bro… memang hebat nih… dah conpom tue… kalau aku sujud syukur terus..
Sangat setuju. Memang syukur sangat lulus.
tahniah bro..
Terima kasih bro
Tahniah bro…
leh belanja pas ni 🙂
Terima kasih bro.
lepas nie dah boleh kenduri duit kwsp pulak.hehe
Hehe.. Keluar duit KWSP saat yang dinanti-nantikan.