• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Mentega Golden Churn Pure Creamery Butter Tidak Halal

Mentega Golden Churn Pure Creamery Butter Tidak Halal

By Hazmin Hamudin | 16 August 2011 | 4 Comments

Mentega Golden Churn Pure Creamery Butter

Orang Islam di negara ini diingatkan agar tidak menggunakan mentega berjenama Golden Churn Pure Creamery Butter selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan produk berkenaan tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, hasil perbincangan pihaknya dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan memutuskan bahawa produk keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY dari New Zealand itu tidak halal.

“Ini berikutan laporan analisis yang diterima oleh Jabatan Agama Islam Sarawak pada 19 Julai lalu menunjukkan terdapat Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan dan ia disahkan oleh JKM sendiri.

“Keputusan ini diambil setelah mendapati produk yang terlibat, berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport oleh pihak yang berbeza dan juga diedarkan di pasaran yang berbeza,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, keputusan itu telah dimaklumkan kepada syarikat tersebut dan mereka bersetuju untuk menarik balik produk berkenaan dari pasaran.

Katanya, bagi pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal daripada Jakim ataupun jabatan agama Islam negeri pula yang telah menggunakan produk tersebut, diminta untuk melakukan beberapa proses tertentu.

“Pertama, mereka perlu menukarkan bahan ramuan tersebut kepada bahan ramuan lain yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf.

“Kedua, mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru dan melakukan samak dengan disaksikan oleh jabatan agama Islam negeri.

“Akhir sekali pihak berkenaan perlu mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak jabatan agama Islam negeri,” katanya.

Tambahnya, pihaknya sentiasa prihatin dan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan kepentingan umat Islam terpelihara dalam isu-isu berkaitan dengan halal dan tidak akan bertolak ansur mengenai hal itu.

“Bagi mengelak sebarang kekeliruan berkaitan isu-isu halal, orang ramai diminta merujuk kepada laman web Jakim iaitu www.islam.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih seperti laman web sosial,” katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai status halal boleh menghubungi Bahagian Hab Halal, Jakim di talian 03-83150200.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Sueskopio76 17 November 2012 at 2:36 PM

    mustiii lepa nih muka den nmpak cam remaja umoq 16 tawunn kannn… hahaa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 10:43 PM

      Haha… Muda sebab makan ulam takpa bro… Takda masalah…

      Reply
  • Sueskopio76 17 November 2012 at 2:46 AM

    awattt ler 2,3 menjak ini banyak benor produk2 yg diragui status halalnyer yerr…
    Ada yg kita dh pulun makan tak hengatt, tetiba kuaq artikel kata tak halal… adeiiii.. seriaunyerr.. Rasa cam nk makan pucuk2 kayu & tanaman sekitar rumah jer nihh… hehehee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 1:12 PM

      Wah.. siap nak makan pucuk kayu lagi tu. Kih3.. Bagus tu buat awet muda.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

BNM Perkenal Wang Kertas, Syiling Baharu Pada 2012

By Hazmin Hamudin

Kerusi Untuk Berpelukan

By Hazmin Hamudin

Google Doodle | Jules Verne

By Hazmin Hamudin

Baik Hati Pulak Nuffnang Ni Dengan Aku

By Hazmin Hamudin

Hasil Menabung Syiling

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in