• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Aidiladha di IKEA Restaurant

Aidiladha di IKEA Restaurant

By Hazmin Hamudin | 27 October 2012 | 26 Comments

Makanan IKEA

Semalam masyarakat Islam di seluruh Malaysia dan juga seantero dunia meraikan perayaan yang sangat besar iaitu Hari Raya Aidiladha ataupun dikenali sebagai Hari Raya Qurban. Kalau dah raya Qurban ni sudah semestinya semua orang akan sibuk sembelih lembu dan melapah daging-daging lembu. Bagi penggemar daging sudah tentu ini adalah saat-saat yang dinantikan kerana akan dapat banyak daging hasil pemberian korban,

Akupun dapat banyak daging juga macam korang. Mana boleh kalahkan. Tapi cuma yang membezakan adalah daging yang berbentuk bola. Pelik tak, pelik tak? Orang sibuk pergi berjalan-jalan raya ataupun pergi sembelih daging lembu, keluarga aku pulak sibuk ‘menyembelih’ IKEA Swedish Meatballs ni.

IKEA Swedish Meatballs

Siapa yang tak kenal lagi IKEA meatball ni yang dihidangkan bersama kentang goreng dan jem strawberry serta dituang kuah yang sangat sedap tu. Bila makan memang dah tak pandang dah orang kiri kanan mahupun awek cun yang tengah lalu lalang. Meatball merupakan antara hidangan yang wajib diorder kalau ke IKEA ni kan.

IKEA Chicken Wings

Pelangkap kepada IKEA Swedish Meatballs adalah IKEA Chicken Wings ni. Memang sedap diratah begitu saja. Tujuan asal sebenarnya

Dengan acara ‘melapah’ daging meatball di IKEA ni, maka lengkaplah Hari Raya Aidiladha aku sekeluarga.Almaklumlah nak balik kampung, takda kampung pulakkan. Kampungpun dekat KL ni je. Serdang nak ke Gombak bukan jauh manapun kan. Sudahnya ke IKEA la kita layan meatball ni. Ok la tu kan. Hari ni pulak baru nenek aku buat korban dan seekor lembu akan menjadi mangsa. Ok la, aku nak pergi melapah daging korban kejap.

Salam Aidiladha.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Mummy Akmar 30 October 2012 at 9:01 AM

    Aiseyman…Rindunya meatballs IKEA…ciken wings..kena plak daim kek for dessert. Nakkkkkkkkkkkkk! Hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 October 2012 at 9:13 AM

      Kek daim dah takda dah mummy… Dah ganti dgn kek lain pulak skrg ni…

      Reply
  • hafiz 29 October 2012 at 9:04 AM

    meatball ikea memang best..aku hari raya ni, pegi layan genting ngan family..hahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 October 2012 at 10:19 PM

      Lagi best layan Genting masa Raya.. Hehe

      Reply
  • cik tom 29 October 2012 at 3:22 AM

    wah terliur plk tgk..hehe..Selamat Hari Raya Aidiladha dr cik tom 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 October 2012 at 10:19 PM

      Apa lagi. Bila Cik Tom nak belanja meatball IKEA pulak. Hehe

      Reply
  • Nadot 28 October 2012 at 11:44 PM

    gile best hari raye makan meatballs ikea… jeles n lapar jugak rasenye ni… hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 October 2012 at 10:18 PM

      Nadot kalau tak lapar tu memang bukan Nadot la kan. Kih3.. Jangan marah ye.

      Reply
  • Jebeng Otai™ 28 October 2012 at 8:21 PM

    memang lain dari yang lain menu aidil adha ni..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 October 2012 at 10:18 PM

      Hehehe.. Saja cuba kelainan..

      Reply
  • wazy 28 October 2012 at 5:35 PM

    fuhhh sedap tu,sesekali buat kelainan macam ni pun boleh bro

    Reply
  • jna 28 October 2012 at 4:22 PM

    wahhhh seronok!! mcm nk je meatball sikitttttttttt!!! ;D
    ^^salam aidiladha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 October 2012 at 10:15 PM

      Nak meatball sikit? Ambik la Jna..

      Reply
  • Henrietta Jose 28 October 2012 at 10:22 AM

    Slmt hr rya….xpernah lg mam dekqt ikea…setakat jalan jalan cuci mata ada la…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 October 2012 at 10:14 PM

      Kena cuba nanti. Dah penat cuci mata, cuba makan meatball pulakkan. 🙂

      Reply
  • donnyien 28 October 2012 at 9:54 AM

    selamat hari raya aidiladha bro. pernah sekali order meetballs dan sayap ayam tu.. memang menyelerakan. rugi tak singgah sini kalau pi IKEA.

    Reply
  • boni kacak 28 October 2012 at 7:14 AM

    pergh..meatball tu nampak sangat2 menyelerakan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 October 2012 at 10:13 PM

      Kalau lapar setakat sepuluh ketul ni takda hal bro.

      Reply
  • tehr 28 October 2012 at 12:49 AM

    selamat hari raya korban, bro

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 October 2012 at 10:13 PM

      Selamat Hari Raya Korban untuk bro juga.

      Reply
  • JR 28 October 2012 at 12:20 AM

    Kalau ada masa lalui kawasan tsb nak try rasa makanan kat restoran tu…..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 October 2012 at 10:12 PM

      Memang kena cuba kalau pergi ke IKEA.

      Reply
  • Kaio 27 October 2012 at 8:23 PM

    sumpah sampai sekarang aku masih belum makan lagi meatball IKEA yang digembar-gembur dikata oleh orang ramai akan kesedapannya! uish.. -_-“

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 October 2012 at 10:11 PM

      Kenapa tak pergi cuba lagi bro? Duduk jauh ke?

      Reply
  • akubiomed 27 October 2012 at 8:32 AM

    Wah ini betul-betul korban tekak.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2012 at 8:42 AM

      Hehehe.. Pagi ni baru nak korban lembu pula di rumah nenek di Gombak bro.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

MAD – RM88 FOR COLOR+TREATMENT+WASH+BLOW AT IVAN & MAX STUDIO

By Hazmin Hamudin

Blog Hazmin Dah Ada Fan Page

By Hazmin Hamudin

Haram Tidak Bayar Pinjaman PTPTN

By Hazmin Hamudin

Tip Pemanduan Jarak Jauh Untuk Balik Kampung

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Hari Wilayah 2011

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in