• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Aksi Pelik Penculik, Mangsa Diarah Jilat Kaki Penculik

Aksi Pelik Penculik, Mangsa Diarah Jilat Kaki Penculik

By Hazmin Hamudin | 30 March 2012 | 7 Comments

Sudah la diculik, mangsa turut diperlakukan sesuka hati apabila dipaksa menuruti kehendak penculiknya yang bernafsu pelik. Memang sangat-sangat kurang ajar betul penculik yang berperangai seperti binatang ini.

Mangsa dipaksa oleh penculik untuk berbogel dan diarahkan untuk melakukan onani serta menjilat kaki semua lelaki yang menculiknya. Memang dah layak sangat untuk disebat penculik-penculik ni.

Aksi Pelik Penculik

Dekat mana lagi la tempat yang selamat dekat Malaysia ni agaknya. Kes culik semakin menjadi-jadi dan berleluasa sana-sini. Untuk berita selanjutnya boleh baca petikan daripada myMetro di bawah ni.

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan mengalami detik hitam selama tiga jam selepas diculik sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika menunggu bas di Jinjang, di sini, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu pelik mereka di sebuah bilik hotel di Balakong, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki menculiknya.

Malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.

Apa yang membimbangkan apabila mangsa mendakwa dia diugut kumpulan terbabit supaya ‘menggantikan’ rakan perempuannya untuk mereka jika enggan rakaman videonya itu disebarkan kepada umum sebelum dibebaskan.

Mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, selepas dinasihatkan keluarga dan pihak sekolah.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • nadia 30 March 2012 at 6:37 PM

    erm…byk da kes mcm nie….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 March 2012 at 6:53 PM

      Tu la tu. Tapi yang ni agak pelik sikit perlakuannya. Nasib la tak kena rogol.

      Reply
  • nadia 30 March 2012 at 1:31 PM

    erm dunia…dunia……

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 March 2012 at 3:27 PM

      Dunia sekarang macam-macam benda pelik yang berlaku.

      Reply
  • madammondoq 30 March 2012 at 1:08 PM

    eeee.. tak senonohnya!!!!!

    Reply
  • akubiomed 30 March 2012 at 9:33 AM

    Makin kerap kes culik dan jenayah seksual. Penjenayah mungkin ada masalah mental kot.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 March 2012 at 10:17 AM

      Mungkin la… Teruk benar perlakuannya dekat mangsa…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kalau Dah Malas…

By Hazmin Hamudin

Blog Punya Pasal

By Hazmin Hamudin

Hotlink Salah Hantar SMS ?

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Lelaki Sedunia 2014

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Hari Wilayah 2011

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in