Seperti yang telah aku beritahu dekat entri aku sebelum ni kenapa aku sibuk sehingga mengabaikan blog aku ni.Yela… Pasal aku tolong atau banyak menghabiskan masa dekat gerai adik aku.
Aku rasa kebanyakan korang masih lagi tak tahu akan kewujudan Bazar Larat Malam Mines Auto City atau lebih dikenali oleh kebanyakan orang sebagai downtown / uptown di Mines, Seri Kembangan. Ya… Memang bazar tersebut masih lagi baru beroperasi iaitu pada 4 Mac 2011, Jumaat minggu lepas. Kemungkinan bazar tersebut akan menjadi bazar yang meriah setanding dengan downtown di Cheras dan juga Uptown di Danau Kota kerana di kelilingi oleh kawasan komersial seperti Mines Shopping Fair dan juga berdekatan dengan Universiti Putra Malaysia.
Aku sebenarnya nak jugak la promote gerai adik aku kan. Walau pun masih baru lagi berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, tetapi usaha yang dilakukan oleh beliau haruslah di puji. Gerai adik aku ni menjual barangan wanita seperti shawl, inner, beg tangan dan pakai wanita. Nama pun masih baru kan, barang tu memang la belum lagi banyak.
Apa salahnya mencuba dan mencari pengalaman berniagakan. Sekurang-kurangnya dari sini kita akan mengorak langkah ke depan dan maju setapak dalam dunia perniagaan. Kalau korang nak beli barang kelengkapan wanita seperti baju dan shawl, boleh la berkunjung ke gerai adik aku di Bazar Larut Malam Mines Auto City. Memang gempak abis. Ni aku bagi tengok gambar sikit-sikit dulu. Nanti aku letak lagi gambar yang menarik untuk korang semua.
Barang jualan |
Suasana malam |
siapa la yang kepenatan sangat tue kan.