Dato’ Fazley Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012. Tahniah diucapkan kepada Dato’ Fazley kerana telah berjaya menjadi juara MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama. Rasanya ramai yang telah menjangkakan Dato’ Fazley yang akan menjadi juara dan jangkaan tersebut sememangnya tepat. Dalam pertandingan akhir tersebut, beliau telah bertarung dengan Angah Raja Lawak dan hanya diberi masa 2 jam sahaja untuk menghasilkan 3 hidangan.
Angah Raja Lawak telah mengunakan dapur Asia menyediakan hidangan “Cyber”. Dato’ Fazley Yaakob pula menggunakan dapur barat telah menyediakan hidangan “Dari Paris Ke London.. Kekasihku”.
Mesti ramai yang sebakkan semasa Dato’ Fazley diumumkan sebagai pemenang? Mungkin dengan gaya percakapan beliau yang lembut dan juga nampak rendah diri menyebabkan ramai yang tertarik dan tersentuh hati, terus mengalirkan air mata. Terperasan jugak ibu aku sendiri seperti mengalirkan air mata. Hebat betul karakter Dato’ Fazley ni sehingga ramai yang sedih ketika menonton MasterChef Selebriti Malaysia peringkat akhir semalam.
Dengan kemenangan tersebut, Dato’ Fazley menerima wang tunai sebanyak RM57,000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya setelah memberikan persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program itu berlangsung.
Turut bertarung dalam MasterChef Selebriti ialah Farouk Hussein, Jehan Miskin, Salamiah Hassan, Thanuja, Serina Redzuawan, Siti Sarah, Azwan Ali, Tomok, Raja Azmi, Karl Shafeq, Dr Faiz, dan Louisa Chong.
Info:
Fazley – RM57,500 (Untuk Yayasan Jantung Malaysia)
Angah – RM7,500 (Untuk Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil)
memang suka dato fazley menang 🙂
memang mantap la derr, tapi aku sebenarnya lebih kagum tgk angah raja lawak. memang terbaik la di boleh masuk final. Sapa sangka dia bole ke final. hihihi..:)
Tu la, aku pun mengharapkan Angah yang menang. Tapi dia masuk final tu pun dah kira kagum gak la.
btul tu kagum dgn dia sapa sangka pelawak boleh ke final
Haha..lepas ni boleh dah dato fazley nak bukak restoran..ke dah ada restoran sendiri ni??hehe
Yang menang tentu ada keistimewaannya. Tahniah Dato’ Fazley.
Sudah pasti hidangan pencuci mulut berbentuk angsa merupakan keistimewaan Dato’ Fazley pada malam tersebut.
tahniah kepada fazely…kecewa angah x menang,..huhu
Tu la. Aku pun mengharapkan Angah yang menang. Haha
Sudah boleh agak kemenangan Dato’ Fazley. Saya kagumi Angah Raja Lawak kerana apa yang berlaku pada beliau adalah transformasi besar.
Itulah, sudah bolah diagak siapa yang akan menang. Kehebatan Angah juga tidak boleh dinafikan dan memang tidak disangka sama sekali.