• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Datuk Wan Mohamad Zaki Dilantik Ketua Pengarah Risda Yang Baharu

Datuk Wan Mohamad Zaki Dilantik Ketua Pengarah Risda Yang Baharu

By Hazmin Hamudin | 16 August 2011 | Leave a Comment

Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang baharu.

Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata pelantikan Wan Mohamad Zuki berkuat kuasa 27 Julai lepas, mengantikan Datuk Mohammad Izat Hasan yang bersara wajib pada 26 Julai.

Wan Mohamad Zuki sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Pentadbiran dan Audit, telah berkhidmat dengan Risda sejak Mei 1980.

Rahim turut memaklumkan bahawa Datuk Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Risda telah dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Risda Holdings iaitu anak syarikat Risda berkuat kuasa Selasa.

Rahim juga berkata Risda telah meningkatkan kadar bayaran bantuan daripada RM7,000 kepada RM9,230 bagi satu hektar tanah kepada pekebun kecil yang mengusahakan penanaman semula getah di Semenanjung.

“Manakala bagi Sabah dan Sarawak, kadar bayaran bantuan turut meningkat dari RM7,000 hingga RM14,540 bagi satu hektar tanah penanaman semula,” katanya dan menambah terdapat kira-kira 400,000 pekebun kecil di negara ini.

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Sos Jenama HP Souce dan Tabasco Ada DNA Babi

By Hazmin Hamudin

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin

Macam Mana Nak Hilang Telinga ?

By Hazmin Hamudin

Chandra Bahadur Dangi Manusia Terpendek Di Dunia

By Hazmin Hamudin

Samurai Beef Burger McDonald’s

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in