• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Empat Susu Danone Dumex Disyaki Tercemar

Empat Susu Danone Dumex Disyaki Tercemar

By Hazmin Hamudin | 5 August 2013 | 25 Comments

Empat Susu Danone Dumex Ditarik Balik

Empat Susu Danone Dumex Disyaki Tercemar setelah pihak Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga. Pihak Danone Dumex Malaysia memaklumkan bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti.

Tindakan ini susulan daripada pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai ‘whey protein concentrate’ (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Keempat-empat produk susu Dumex yang ditarik balik dari pasaran adalah:

  1. Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1.
  2. Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1.
  3. Mamex Explore Step 2 dengan nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2.
  4. Bebelac Step 2 dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1.

Pengguna tidak boleh memberikan produk tersebut dengan nombor batchdiatas kepada bayi. Sekiranya anda telah menggunakan produk diatas untuk bayi anda, dan bayi anda menunjukkan tanda-tanda sakit atai tidak sihat, sila lah berhubung segera dengan pakar perubatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Khairul Zamri 18 August 2013 at 12:34 AM

    bahaya jugak kalau dah tercemar mcm ni kan

    Reply
  • blackrosehunter 6 August 2013 at 5:31 PM

    uishh..bahaya ni..ibu-ibu dan ayah-ayah perlu ambil perhatian..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 August 2013 at 7:46 AM

      Memang bahaya kalau dah melibatkan kesihatan bayikan bro.

      Reply
  • yui 6 August 2013 at 9:30 AM

    hihi.. toi juga kan sbb yui tak kwin lg..hihiih

    Reply
  • ajumohit 6 August 2013 at 5:50 AM

    kesian anak2 yang minum susu ni, pihak yg berkenaan silalah lebih sensitif

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 August 2013 at 7:45 AM

      Nasib la pihak Danone Dumex Malaysia mengambil tindakan cepat dengan memaklumkan kepada orang ramaikan kak.

      Reply
  • AUC 5 August 2013 at 5:18 PM

    bahaya ni, nasib anak2 auc x guna susu nih…

    Reply
  • onlajer 5 August 2013 at 5:00 PM

    uigh nasib tak pakai brand dumex

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2013 at 8:53 PM

      Bro pakai brand apa? Hehe

      Reply
  • JR 5 August 2013 at 4:48 PM

    Susah juga bila anak2 dah membesar dgn susu tu baru tau ada bahan tercemar di dalamnya. Cuma takut kesan jangka panjang…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2013 at 8:53 PM

      Harap tiada yang terkena dengan susu tercemar ni. Bahya betul.

      Reply
  • yui 5 August 2013 at 3:06 PM

    uish mcm2 hal..

    slmt hari raya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2013 at 3:51 PM

      Nasib la Yui tak kawin lagikan. Haha

      Reply
  • papa mifz 5 August 2013 at 2:52 PM

    anak buah den ada yang minum susu Dumex nih x silap , nanti den confirmkan dengan maknya….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2013 at 3:50 PM

      Elok confirmkan bro. Semak no batch dekat tin tu.

      Reply
  • Dana 5 August 2013 at 1:40 PM

    at 1st seram gk, nsb lah aiyan nyer susu tak tersenarai…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2013 at 3:50 PM

      Nasib la tak tersenarai ye. Kalau tak perlu diperiksa lebih lanjut. Risau melibatkan nyawa nanti.

      Reply
  • Melastik Bintang 5 August 2013 at 1:34 PM

    bahaya juga sekarang…. susu bayi pun ada bahayanya..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2013 at 3:49 PM

      Itulah. Kalau tak hati-hati nyawa bayi boleh terjejas nanti ni.

      Reply
  • akubiomed 5 August 2013 at 12:43 PM

    Tindakan pantas pihak pengeluar mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mengingatkan pengguna produk mereka.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2013 at 3:49 PM

      Kalau melibatkan kesihatan dan nyawa elok dikeluarkan kenyataan dengan pantas. Tambahan pula melibatkan bayi dan kanak-kanak.

      Reply
  • eliss 5 August 2013 at 11:19 AM

    my nuha minum dumex tapi hrp2 dia punya memang betul2 la tak terkena. dia dumex dugro 3-6 tahun.my nayla s26. harap2 x kena jugak.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2013 at 12:11 PM

      Elok semak tu kak. Bahaya jugak kalau termasuk dalam batch yang ditarik balik tu.

      Reply
  • lieyalatif 5 August 2013 at 8:03 AM

    TU LE…mase akak tgk kuar berita tu terus cuak sbb anak2 akak mmg minum dugro..cepat2 cek no batch ….hope bende ni tak lame la kan….

    **selamat hari raya maaf zahir dan batin dari akak sekeluarga….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2013 at 8:06 AM

      Buat masa ni baik tukar susu lain la kak. Tapi nasib ada no batch tu kan. Kalau tak memang payah jugak.

      *Selamat hari raya jugak kak.. 🙂

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kereta Ferrari Termasuk Ke Dalam Laut

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pernikahan Azza (Elite) Dan Azlan Zulaily

By Hazmin Hamudin

Syak Isteri Seorang Lelaki Selepas Setahun Berkahwin

By Hazmin Hamudin

Thaipusam | 2011

By Hazmin Hamudin

Google Malaysia Kena Hacked

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in