• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Google Doodle / Google Doodle | Thomas Edison

Google Doodle | Thomas Edison

By Hazmin Hamudin | 10 February 2011 | 2 Comments

Sambutan Hari Lahir Ke-164

Ha… Kerap pulak kuar Doodle kali ni. Minggu ni saja dah dua kali Doodle kuar. Macam biasalahkan kalau Doodle dah keluar tu mesti ada sambutan meraikan sesuatu. Kali ni Doodle adalah berkenaan dengan ulang tahun kelahiran Thomas Edison yang ke 164. Wah, dah lama dah si Thomas Edison ni lahir kat muka bumi ni kan. Kalau hidup macam mana la rupanya pulakkan. Hahaha… Eh, semua kenal ke siapa Thomas Edison ni?

Anda semua tahu tak siapa yang mencipta mentol yang kita gunakan sehingga ke hari ni? Ya, jawapannya adalah Thomas Edison. Thomas Alva Edison (11 Februari 1847 – 18 Oktober 1931) merupakan seorang pereka dan usahawan Amerika Syarikat yang telah mencipta banyak peranti yang mempengaruhi kehidupan di seluruh dunia. Edison telah dianggap sebagai salah seorang pereka yang paling prolifik dalam sejarah, dan memiliki 1,093 buah paten Amerika Syarikat atas namanya, serta juga banyak paten di United Kingdom, Perancis dan jerman.

Di lahirkan di Milan, Ohia, Thomas Edison ialah anak bongsu serta anak ketujuh kepada Samuel Ogden Edison, Jr (1804-1896); dilahirkan di Marshalttown, Nova Scotia, Kanada) dan Nancy Matthews Edison nee Elliott (1810-1871). Keluarganya berasal daripada Belanda.

Sumber : Wikipedia

Kalaulah si Edison ni tak cipta mentol, mungkin sekarang ni kita semua akan hidup dalam kegelapan atau pun api adalah sumber utama cahaya kita kan, sapa tahu.Lagipun banyak yang kita boleh ambil iktibar daripada kisah Edison ni dalam mencipta mentol lampu tersebut kerana beliau tidak berputus asa dengan mencuba sebanyak 1000 kali dan akhirnya beliau berjaya dan boleh berbangga dengan ciptaan mentol lampu beliau itukan. Jadi, kita kenalah berusaha dan mencuba banyak kali dalam membuat sesuatu perkara walaupun menemui kegagalan pada mulanya.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hazmin 11 February 2011 at 12:16 AM

    @farhana Jafri

    Google Dodole tu selalu kalau keluar memang untuk meraikan sesuatu atau pun perayaan. 🙂

    Reply
  • Farhana Jafri 11 February 2011 at 12:04 AM

    wow!! xtahu pon dorang tgh clebrate brthday dy.. xprnah amek port.. he3.. nice entry!! suke tgk google doodle! lawa2 je~!! ^^

    jemput singgah sini ANASAURUS 🙂

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Robot Gundam Saiz Sebenar Setinggi 18 Meter Dipamerkan

By Hazmin Hamudin

Najib Jemput Peminat Bola Sepak Tonton Perlawanan EPL Ahad Ini

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pernikahan Fasha Sandha dan Jejai

By Hazmin Hamudin

Drama Vanilla Coklat Episod 8 Uncut Scene

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Hasil Seni

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in