• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita Terkini / Gunung Berapi Lokon Di Sulawesi Indonesia Meletus

Gunung Berapi Lokon Di Sulawesi Indonesia Meletus

By Hazmin Hamudin | 15 July 2011 | 1 Comment

Gunung Berapi Lokon Meletus

Gunung berapi Lokon di Sulawesi meletuskan lava dan mengeluarkan asap beratus meter awal pagi tadi sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduk yang tinggal di lereng dan cerun.

Gunung berapi berkenaan semakin aktif sejak 9 Jun lalu dikesan berlaku letusan kuat pada malam tadi dan menyebabkan debu, pasir dan batu terpelanting setinggi 1,500 meter ke udara.

Letupan pertama gunung itu berlaku pada jam 10.46 malam waktu tempatan.

Pegawai Agensi Pengurusan Bencana Alam, Brian Rulrone berkata, letupan kedua yang lebih kuat berlaku selepas tengah malam dan kali ketiga pada jam 1.10 pagi.

Seorang lagi pegawai berkata, stesen radio El Shinta yang berada di tempat kejadian melaporkan askar dan polis membantu pasukan penyelamat untuk memindahkan kira-kira 500 penduduk yang menetap di sepanjang lereng gunung berkenaan.

Mereka menyertai 2,000 orang yang berpindah selepas diberi amaran supaya menjauhkan diri daripada gunung berapi setinggi 1,750 meter bekenaan yang diletakkan sebagai kecemasan terpenting dengan letupan kecil setiap hari.

Gunung Lokon terletak di wilayah utara Sulawesi ialah satu daripada 129 gunung berapi yangh masih aktif di negara berkenaan.

Letupan besar pada 1991 menyebabkan seorang pendaki warga Switzerland maut dan memaksa ribuan penduduk meninggalkan rumah mereka. – AFP

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gambar Pesawat Baharu MAS A380-800

By Hazmin Hamudin

Habis Dah Bermesyuarat

By Hazmin Hamudin

Bersama Pondan

By Hazmin Hamudin

Terjun Jambatan Kerana Putus Cinta

By Hazmin Hamudin

Keesamus

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in