• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Harga RON95 Dan Diesel Naik 20 sen Mulai Tengah Malam Ini

Harga RON95 Dan Diesel Naik 20 sen Mulai Tengah Malam Ini

By Hazmin Hamudin | 2 September 2013 | 42 Comments

Minyak

Harga RON95 dan Diesel naik 20 sen mulai tengah malam ini, 3 September 2013. Apabila heboh pasal benda ni ada yang cakap sekadar khabar angin dan dalam peringkat perbincangan di peringkat kerajaan. Nah.. Sekarng dah terbukti apabila Perdana Menteri yang kita sayangi telah mengumumkannya sendiri sebentar tadi.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini.

Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2.

Ini adalah salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Amacam? Langkah rasionalisasi subsidi katanya. Nak menyesalpun tak berguna lagi. Mana yang belum berbaris isi minyak tu, bolehlah berbaris menjalankan tanggungjawab masing-masing. Itupun kalau minyak tak abis lagi dekat stesen minyak tu. Kalau tak abispun mungkin ada pengusaha stesen minyak yang mengambil kesempatan dengan menutup awal. Hehe.

Aku dah selamat dah isi minyak balik kerja tadi. Sekarang ni tunggu jela kemarahan rakyat Malaysia. Tapi takat tu jela. Lepas tu senyap balik.

Sumber

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Cikgu Hairul 4 September 2013 at 9:05 AM

    Untunglah kita masih aman..
    Lepas ni mesti ada yang akan turun jalan raya buat demonstrasi.
    Dua-tiga hari lagi mesti ada yang akan kaut untung.
    Kita jugak yang melopong, poket kosong, cuma cakap.. talak untung ma..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 September 2013 at 9:22 AM

      Dari segi keamanan tu memang la. Tapi dari segi kelangsungan nak hidup tu sedikit seksa. Kena control dah apa yang patut.

      Reply
  • Mawardiyunus 3 September 2013 at 11:24 PM

    Untung la rakyat malaysia

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 September 2013 at 9:21 AM

      Apa yang untung bro? Hehe

      Reply
  • Khairul Zamri 3 September 2013 at 11:16 PM

    Syukurlah malaysia masih aman ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 September 2013 at 9:21 AM

      Dalam hati sudah berperang ni bos. Hehe

      Reply
  • kakiblog 3 September 2013 at 10:53 PM

    satu lagi ujian buat rakyat Malaysia..mereka yang mempunyai pendapatan tinggi tidak akan terasa sangat kenaikan harga minyak begini..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 September 2013 at 9:20 AM

      Betul tu. Yang banyak duit atau golongan atasan bukan rasapun benda ni. Sebab tu selalu yang bising golongan rakyat bawahan.

      Reply
  • Hafizul 3 September 2013 at 3:33 PM

    Hehe..naik ke, turun ke, tetap kena isi minyak gak..jangan habis sudah..haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 September 2013 at 9:19 AM

      Kalau habis alamatnya menolak la ye. Hehe

      Reply
  • onlajer 3 September 2013 at 12:37 PM

    ala biasa ma marah sekejap je lepas tu lupa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 September 2013 at 9:19 AM

      Itu sudah semestinya. Setakat sehari dua je bising, lepas tu senyap la balik.

      Reply
  • encikarman 3 September 2013 at 8:34 AM

    kita kongsi kereta le plak lepas ni ya dan juga kena jimat cermat.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 September 2013 at 9:15 AM

      Macam tak praktikal je nak berkongsi kereta kalau tempat kerja jiran berbeza dengan kita. hehe. Nampaknya kena berjimat cermat ataupun berusaha tambahkan pendapatan.

      Reply
  • Sylarius Yusof 3 September 2013 at 8:30 AM

    Setan betul. Boleh pulah harga minyak ni naik time-time aku betul-betul sengkek macam sekarang ni. Bisnes dah la slow sebelum ni, ni lepas harga minyak ni memang lagi slow la jawabnya bila orang semua makin berjimat cermat lepas ni.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 September 2013 at 9:14 AM

      Betul punya marah ni bro. Hehe.. Itulah. Dah tau harga minyak tu sensitif pergi naikkan jugak. Memang saja je mengundang kemarahan je.

      Reply
  • suriaamanda 3 September 2013 at 8:30 AM

    SA x terasa sgt kat KL ni sebab x bawak keta naik public transpot…keta SA bg kat abah kat Seremban…but still kena isi minyak jugak kan…kat FB semalam rata2 semua menyalahkan kerajaan..SA nak komen lebih pun mcm buang air liur je…penat jari menaip…after all lepas ni senyap balik…confirm lepas ni harga barang naik…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 September 2013 at 9:09 AM

      Kalau guna public transport tu pasti tiada masalahkan SA. Cuma kenaikan harga barang tu pasti semua orang terasa nanti. Malaysia ni satu la, kalau dah naik tak pernah nak turun harga barang tu walaupun satu hari nanti harga minyak turun.

      Reply
  • ajumohit 3 September 2013 at 5:53 AM

    semalam akak isi pas balik keje kul 6:30 mcm tu, tak ramai lagi yg tahu kot sebab petrol station clear je, menjelang malam dah bersesak, ktorg dpt info dari owner petrol station

    pasni hg brg pun naik

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 September 2013 at 9:07 AM

      Itulah kak. Tempat saya petang lagi dah sesak. Tapi saya dah tahu tengah hari cuma tak sempat nak isi awal je. Itulah, kenaikan harga barang tu pasti tak dapat dibendungkan kak.

      Reply
  • Juan 3 September 2013 at 4:48 AM

    naik lagi, hehehhee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 September 2013 at 9:06 AM

      Macam seronok je dengan kenaikan minyak ni bro. Hehe

      Reply
  • faizalPj 3 September 2013 at 3:28 AM

    emmmm

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 September 2013 at 9:00 AM

      Tak mampu nak berkata-kata dah dengan kenaikan harga minyak ni ye bro.

      Reply
  • anuar 2 September 2013 at 11:37 PM

    Adus. .parah ni. . Bila harga minyak naik, harga barang pun akan naik juga. Kesian dekat rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. .

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 September 2013 at 8:59 AM

      Betul tu bro. Yang berpendapatan rendah mungkin tak terasa kenaikan minyak, tapi kenaikan harga barang pasti membebankan yang berpendapatan rendah.

      Reply
  • akubiomed 2 September 2013 at 11:23 PM

    Sudah pasti kenderaan berduyun-duyun ke stesen pam minyak.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 September 2013 at 8:58 AM

      Sudah semestinya bro. Tapi hanya setakat tu je yang mampu. Lepas ni pasti kenaikan harga barang menyusur pulak.

      Reply
  • AUC 2 September 2013 at 10:36 PM

    Tahniah dan terima kasih kerajaan Malaysia ku…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 September 2013 at 8:58 AM

      Haha. Ramai pasti berterima kasih dengan berita gembira daripada Perdana Menteri kita ni.

      Reply
  • JR 2 September 2013 at 10:29 PM

    Kalau dulu cuma naik 5 sen saja, sekarang dah naik 20 sen. Terima kasih kerajaaan kerana menaikkan harga minyak setinggi itu. Ia HADIAH pilihanraya terbaik utk rakyat yg memilih kerajaan sekarang!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 September 2013 at 8:57 AM

      Kerajaan nampaknya betul-betul berani kali ni untuk menaikkan harga minyak. Kata kewangan negara semakin stabil tapi hakikat sebaliknya pulak.

      Reply
  • Mak Lagenda 2 September 2013 at 9:33 PM

    Sob..sob..sob..begini la naseb rakyat bawahan.

    Betul tu bro..menyesal skrg dah xde gunanya dah. Tunggu la 4-5 tahun lg utk PRU. ๐Ÿ™

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 September 2013 at 10:08 PM

      Orang atasan yang duit berkepok mana nak rasa kenaikan macam ni. Kita ni yang rasakan mak.

      Reply
  • izan mama mia 2 September 2013 at 9:12 PM

    apa nak buat dah lepas PRU kan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 September 2013 at 10:08 PM

      Itulah dia. Janji tinggal janji je kan.

      Reply
  • 4feet8 2 September 2013 at 8:43 PM

    haha.. dah lama rasa sakit guna rm2.70 seliter..
    isi esok sajalah.. ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 September 2013 at 10:07 PM

      Pergh… Mahalnya. Takkan pakai RON97 lak?

      Reply
  • tmm 2 September 2013 at 8:30 PM

    adehhhhh…rasionalisasi la sgtttt kan, huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 September 2013 at 10:07 PM

      Haha. Alasan tak boleh blah kan bro.

      Reply
  • papa mifz 2 September 2013 at 7:43 PM

    oh sudah confirm la yer…kene pakai kereta hybrid pulak nampaknya…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 September 2013 at 10:07 PM

      Boleh la tukar kereta hybrid lepas ni PM. Menjimatkan. Hehe

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Tazkirah Jumaat | Doa Seorang Muslim Untuk Saudaranya

By Hazmin Hamudin

Dapat Juga Makan Garrett Popcorn

By Hazmin Hamudin

Restoran Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi

By Hazmin Hamudin

Perlukah Blogger Berpuak – Puak ?

By Hazmin Hamudin

Salam Ramadhan 2019/1440H

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 ยท Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in