Selepas kisah putus cinta dengan pelawak terkenal negara, jarang kita semua dengar kisah cinta si wajah manis Irma Hasmie ini. Dengarnya, pelakon dan pengacara cantik, Irma Hasmie bakal mengikat tali pertunangan bersama lelaki pilihannya.
Irma Hasmie bersama pasangan dikatakan telah memilih tarikh 27 Mac 2012 untuk menjadi satu hari bersejarah buat mereka.
Majlis pertunangan mereka bakal dilangsungkan di kediaman pihak perempuan di Sungai Buloh, Selangor. Difahamkan, bakal tunangan Irma berjaya memikat hati pelakon filem ‘Kuliah Cinta’ ini ketika mereka ke tanah suci Mekah tidak berapa lama dahulu.
Tahniah buat Irma jika berita ini benar. Semoga hubungan yang dibina berkekalan untuk selama-lamanya.
Tahniah2 irma hasmie.
tahniah kepada Irma, moga cepat melangsungkan perkahwinan
Dengar cuma tunang sekejap, lepas tu akan kahwin
alhamdulillah. bakal tunangan irma tu lelaki yg baik. memang sgt sepadan. mereka bertunang pun xlame. bulan 6 nanti bernikah. doakan mereka ye.
Macam mana tau ni? Ada apa-apa hubungan rapat dengan Irma Hasmie ke?
Sudah hendak bertunang rupanya. Didalam islam tidak digalakkan menghebah bertunang tetapi perkahwinan ya.
Betul tu bro. Sebaik-baiknya pertunangan ni dirahsiakan dan tidak perlu dihebahkan kepada semua orang.