• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Happy Birthday / Jalan-Jalan Cari Hadiah | Part 1

Jalan-Jalan Cari Hadiah | Part 1

By Hazmin Hamudin | 27 February 2011 | 2 Comments

Semalam memang aku tak sempat langsung nak update entri dekat blog. Sebab apa ? Erm… Semalam sempena hari lahir aku yang ke __ (cari sendiri), aku luangkan masa dengan kawan dan family. Really had a great weekend semalam. Mana taknya, dari pagi dibawa ke petang. Then sambung ke malam pulak. Kalau nak kata tak penat tu memang tipu la kan. Tapi takpa, yang penting aku enjoy.

Pagi-pagi aku dah keluar rumah ambik kwan aku dekat Damansara, then terus menuju ke lokasi pilihan iaitu tak lain dan tak bukan, Mid Valley Megamall. Asyik-asyik Mid Valley… Takda tempat lain ke aku nak pergi. Hahaha… Bukan apa, aku plan nak tengok movie dan aku memang suka tengok movie dekat Signature The Garden tu. Harga memang la mahal sikit, tapi berbaloi-baloi dan selesa. Yela… Nak selesa kena la keluar duit lebih sikitkan. Bukan selalu pun. Cerita yang telah berjaya dipilih untuk kali ini adalah cerita ‘Drive Angry’ (bukan Angry Bird ok). Okey la jugak cerita ni. Siap ada scene tembak tangan sampai melayang putus tu. Agak ganas jugak la lakonan Nicolas Cage ni.

GSC Signature The Garden
Bukan Angry Bird okey

Lepas dah tengok movie dah tentu la perut laparkan. Sebelum tengok movie tu plak memang tak sempat nak makan, just sempat ‘sebat’ donuts Big Apple untuk alas perut je. Memangkan semalam birthday aku, so kena la makan kat tempat yang istemewa sikitkan. Kawan aku sibuk nak pergi TGI Friday, tapi aku tak nak. Nak gak cuba yang lain. So, aku pilih Tony Roma’s dekat The Garden. Memang makan besar la nampaknyakan. Hahaha.. Sekali sekala takpa la kan. Kalau selalu memang tak dapat la. Aku order BBQ 1/2 Chicken dan yayang aku order New York Strip. Memang aku penat la nak abiskan half chicken aku tu kan. Besar giler.. Rasa dia boleh tahan la. Sedap jugak. Harga pun dah mahalkan. Rabak jugak la aku. Hahaha…

BBQ 1/2 Chicken yang agak besar
New York Strip yang juicy
Tahap rabak poket seluar aku. Hahaha..
 Lepas dah makan tu aku just jalan-jalan buang masa dekat Mid Valley tu sambil mencari hadiah Hari Lahir aku. Cari dan terus cari masih juga aku tak jumpa hadiah. Sob… Sob… Perasaan sedih judah menjalar di segenap sudah hatiku. Di manakah  kamu menyorok wahai hadiahku. Hahaha… Parah dah aku ni. Sama-sama la kita tunggu sama ada aku jumpa hadiah tersebut atau pun tidak ok. Ni baru Part 1. Nanti aku sambung dekat Part 2 pulak ok.
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hazmin 18 March 2011 at 9:29 AM

    @SAYANG
    huhu…tengok jela ye

    Reply
  • S A Y A N G 18 March 2011 at 9:05 AM

    sedap nye ayam tue…. :p haishhh! lapar di buatnya!!

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 Kali Ke-53

By Hazmin Hamudin

Mengisi Borang Sasaran Kerja Tahunan

By Hazmin Hamudin

Banjir Kilat Sebabkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang

By Hazmin Hamudin

Kembali Menggunakan Pengangkutan Awam

By Hazmin Hamudin

Sudah Tiga Tahun

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in