Bila tiba hari Jumaat je, bagi kaum lelaki sudah tentu la wajib untuk pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat. Takda alasan okey untuk ponteng bagi yang sihat walafiat tu… Hahaha… Musafir tu terkecuali la kan… Kira dah masuk ketegori lain. Budak-budak perempuan aku perati masa-masa ni la ambik kesempatan pergi berjalan dan bershopping sakan.. Takpa, bagi peluang dekat dorang ‘menawan’ tempat tersebut. Orang ada ke yang pergi shopping gak ?
Aku sebenarnya bukan la nak bercerita pasal pergi shopping ke apa… Tu aku serahkan la kepada kaum yang lebih berhak untuk bercerita mengenainya. Hahaha… Yang aku nak cerita ni mengenai keadaan persekitaran masjid terutamanya masjid KLCC yang ditawan oleh peminta sedekat… Ya… Peminta sedekah.
Bukan la aku nak memburuk-burukkan golongan peminta sedekah ni. Tapi tu la… Dan majoriti yang aku nampak dorang ni merupakan warga negara asing. Memang mencacatkan pemandangan jugak la. Nak kata tak kesian? Tipu la kan kalau tak kesian… Siap ada yang anak beranak aku tengok yang mintak sedekah tu. Siap bawak anak-anak yang masih kecil lagi. Kecil-kecil dah diajarnya meminta sedekatholeh ibu bapa merekakan. Kalau dorang dah besar macam mana pulak ? Dah itu yang dah diajar dan diterapkan sejak dari kecil. Kalau dah besar paham-paham jela.
Golongan peminta sedekah ni didalangi oleh kumpulan sendiket yang memanipulasikan dan mempergunakan mereka ke korang rasa ? Aku ni kalau bab-bab menipu ni yang paling lemah sekali nak bagi. Sebab tu la aku kalau sedekah pun lebih senang letak dekat tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid. Teruk ke aku sebab berfikir sampai macam tu sekali korang rasa ? Yela… Hati dah tak ikhlas aku rasa baik aku tak bagi je.
Ada sesetengah orang pulak kata biar la… Tu urusan dorang dengan Allah. Yang penting kita dah sedekah mana yang mampukan dan dengan penuh ikhlas. Dorang nak menipu ke, nak buat apa ke duit tu dorang punya pasal. Tu masing-masing punya pendapat.
Kalau korang la, korang rasa-rasa nak ke bagi sedekah dekat golongan-golongan ni ? Masing-masing ada pendapat dan pandangan sendirikan. Apa-apa pun dalam kita melakukan amal ibadat, biarlah betul-betul ikhlas.
@c-tea
ok..nanti hazmin bagi apa yg diperlukan..hehe
dtg melawat blog azmin..
kalau berminat dengan header servis ct..jom la isi semua syarat
@oja_alia
Ha…betul tu..tula yg dimaksudkan 🙂
Rasulullah pun penah bagi parang dekat org yang dtg dekat dia. tujuannya utk pergi kerja sdri.
no komen pasal bg ke tak..
tp ape2 pun..pd sy,kalau mampu berjalan..mngesot..masih boley gune kaki or tangan..
pegi la kerje.basoh pinggan pun kerje jgk..