Sedar tak sedar hari ni genaplah 27 tahun aku dilahirkan ke mula bumi ini sebagai hambaNya. Sepanjang tempoh masa itu, pelbagai ragam manusia di muka bumi ini telah aku lihat tak kira yang baik mahupun yang buruk.
Tentang manusia yang hipokrit dan munafik di syurga dunia yang penuh dengan perasaan hasad dengki tentang orang lain. Tentang manusia yang busuk hatinya melihat kesenangan dan kebahagiaan orang lain. Begitu hebatnya sikap manusia di muka bumi ini sepanjang 27 tahun aku mengenal alam ciptaanNya.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku tak pernah mengharapkan sambutan yang besar-besar, hadiah yang mahal-mahal yang selalu diharapkan oleh kebanyakkan orang. Tetapi cukuplah dengan sekadar dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk aku meneruskan sisa-sisa kehidupan ini dan menatap keindahan alam yang terbentang luas nan indah.
Bersyukur kehadrat Mu ya Allah… Setelah 27 tahun aku menempuh cabaran hidup, aku masih dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik untuk aku terus menyembahMu dan terus mencari keredhaanMu.
Tahun ni agak istimewa sikit sebab aku buat sendiri kek hari lahir aku sendiri. Walaupun rupanya agak mendukacitakan, tapi boleh la daripada takda kek langsungkan. Kalau nak tahu macam mana la rupanya, boleh la tengok gambar kek yang aku buat dekat bawah tu. Sila klik to continue. sekian…
– Posted using BlogPress from my iPad
Selamat Hari Lahir kepada bro. Banyak perkara yang boleh dilakukan sebelum masuk 30an jangan berhenti mencari.
tq bro… Insha-Allah akan terus mencari apa yang diimpikan…
cake saya lagi cantik . . 🙂
Next year nak buat yang lagi cantik la.
aloh kesian dia buat sendiri yek , meh sini celebrate dengan akk meh , tp hazmin belanja makan akk belanja kek .. happy birthday hazmin , moga lepas ni , murah rezeki dan bahagia ke akhir hayat 🙂
Terima kasih kak… Jadi la kek tu daripada takda… Hehe…