• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Terpilih Sebagai Touch n Go RFID Pilot User

Terpilih Sebagai Touch n Go RFID Pilot User

By Hazmin Hamudin | 5 September 2018 | 16 Comments

Touch n Go RFID

Hari tu aku ada ternampak yang Touch n Go tengah iklankan kalau ada siapa-siapa yang berminat nak cuba sistem baru RFID ni. Ala.. Yang nak gantikan Smart Tag tu nanti. Cuma kena isi la detail dekat laman web Touch n Go kalau berminat nak cuba. Laju-laju la aku isi sebab tak nak terlepas benda ni. Haha.

Apa itu sebenarnya Tounch n Go RFID ni? Rasanya mesti ramai yang tak tahu lagikan. Ni apa yang aku ambil daripada laman web Touch n Go:

WHAT IS RFID?

RFID is a new electronic toll payment system that uses a sticker to pass through toll. The RFID sticker, also called an RFID tag, is unique to each vehicle and is embedded with a radio frequency chip and is affixed to either the windscreen or the headlamp of the vehicle. The sticker will be linked to the Touch ‘n Go eWallet from which the fare will be deducted.

Jadi, Touch n Go RFID ni memang sama sekali berbeza dengan sistem Smart Tag yang digunakan sekarang ni la. RFID guna sticker dekat dekat lampu atau cermin depan je. Dah tampal tak boleh pindah-pindah ke kereta lain. Kira unik untuk satu-satu kereta la. Tak macam smart tag boleh ambil letak dekat kereta lain pulak.

Dah tahu apa itu Touch n Go RFID. Dah tu macam mana pulak benda ni berfungsikan? Aku cedok bulat-bulat jugak dari laman web Touch n Go. Jadi dalam bahasa inggeris la ya.

HOW DOES RFID WORK?

As the vehicle passes through toll, an overhead scanner reads the radio-frequency from the RFID sticker and charges the toll fare. The toll fare will be deducted from the Touch ‘n Go eWallet which is linked to the sticker.

Tak tahu la bagi korang benda ni canggih ke tak. Tapi bagi aku macam ada juga kebaikan dia daripada sistem yang sedia ada sekarang ni. Tak perlu guna bateri, hanya sticker sahaja. Nak topup pun senang. Tak payah dah nak pergi kaunter atau cari mesin tambah nilai tu. Pakai eWallet je lepas ni. Kira mudah la kan?

Tapi biasa la. Benda baru. Touch n Go RFID ni pun masih lagi diperingkat percubaan. Kalau tak, takda la pilot user ni kan. Diorang nak tengok la kalau ada sebarang masalah atau maklum balas sebelum Touch n Go RFID ni dilancarkan kepada orang ramai bermula awal tahun 2019 nanti. Kira macam aku ni jadi tikus makmal tu la ya tak? Haha.

Aku dah pilih tarikh buat appointment untuk masang sticker Touch n Go RFID ni dekat kereta minggu depan. Nanti dah pasang boleh la bagi feedback macam mana. Awal-awal ni selalu mesti la ada masalah sana sini kan. Lagipun mana ada sistem yang sempurna ya tak? Eh, aku buat post ni bukan tujuan nak promote ke apa. Cuma nak bagitau sebab terpilih untuk pilot test ni jela. Apa-apa pun kita tunggu minggu depan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Padin 21 September 2018 at 11:40 PM

    molek benar pakai benda alah ni kalau hari2 memang jenis lalu tol..
    hehee best lah pilot user..

    Reply
  • anies 21 September 2018 at 12:23 PM

    boleh beritau link iklan tu? kot2 sy bleh apply lg hhaha

    Reply
  • ajumohit 12 September 2018 at 8:47 PM

    wah bestnya, akak pun dh dpt emel tapi bukan first batch, eii tak sabar

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 September 2018 at 10:05 PM

      Oh dah ada 2nd batch ya? Ok la tu merasa jugak la.

      Reply
  • zool 9 September 2018 at 9:24 PM

    dapat free ke? memang bagus kalau guna RFID ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 September 2018 at 10:06 PM

      Untuk Pilot Test ni memang Touch n Go bagi free je RFID ni.

      Reply
  • Pengetua 8 September 2018 at 2:00 PM

    Wah! Tak perasan pula iklan tu, berminat juga nak jadi pilot tester. Tahniah sebab terpilih, looking forward nak dengar komen pengguna tentang RFID ni.

    Reply
  • norhidana 7 September 2018 at 1:23 PM

    lama tak muncul dik….
    waaaa, canggih jgk frid nih… tang mudah sbb takde tukar2 bateri ngn nk tambah nilai tu memudahkan jgk
    cumanya tak blh tukar kete lain kadang ssh jgk… pttlah aritu akak ada nampk dia tulis pemasangan rfie, tp duk pasang2 kt luar kete…. rupanya psg kt cermin dpn ngn lampu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 September 2018 at 10:07 PM

      A’ah. Tak boleh tukar ke kereta lain dah macam smart tag tu. Ada pro and con dia la kan. Hehe

      Reply
  • Azie 6 September 2018 at 10:32 AM

    Husband ada apply juga

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 September 2018 at 10:06 PM

      Dapat ke?

      Reply
  • Ema 5 September 2018 at 4:29 PM

    menarik.. selalu nampak kat mana-mana tol ada tanda RFID ni..

    Reply
  • akubiomed 5 September 2018 at 1:24 PM

    Tahniah, saya juga mohon tetapi belum dapat keputusan samada dapat atau tidak.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2018 at 1:41 PM

      Mungkin bro termasuk dalam 2nd batch kot. Untuk 1st batch ni rasanya semua dah dapat email invitation.

      Reply
  • Mrs.A 5 September 2018 at 12:43 PM

    Wa… untungla dapat jadi pilot user.
    Berapa lama tempoh jadi pilot user?
    Hahahha… nampak sangat maca makcik bawangkan…

    *lama tak singgah sini dah tukar template kisahnya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2018 at 1:40 PM

      Haha. Sampai hujung tahun rasanya. Sebab awal tahun depan nak officially lancarkan benda ni.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Blog Berhabuk dan Kenikmatan Berblog

By Hazmin Hamudin

Durian Udang Merah Di Mantin Penipu?

By Hazmin Hamudin

Fakta Buah Dada

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle

By Hazmin Hamudin

Harga Tiket Final Negeri Sembilan vs Terengganu Kekal RM50

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in