• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Kereta Ferrari Termasuk Ke Dalam Laut

Kereta Ferrari Termasuk Ke Dalam Laut

By Hazmin Hamudin | 19 August 2011 | 9 Comments

Ferrari Dalam Laut

ZAGREB, Croatia – Seorang pemilik kereta mewah Ferrari yang selesai menikmati hidangan di sebuah restoran terkejut apabila melihat sebahagian badan kenderaannya itu berada di dalam laut, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kejadian itu berlaku disebabkan brek sebuah van Renault berwarna putih tidak berfungsi menyebabkan ia berundur dan melanggar kereta Ferrari 360 Spider itu yang berharga £120,000 (RM591,273).

Sebahagian badan kereta itu terjatuh ke dalam laut selepas dilanggar dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Pemandu Ferrari itu meletakkan keretanya di tepi pelabuhan kerana dia mahu makan di sebuah restoran berdekatan.

Seorang komposer, Tibor Szirovicza, 29, sempat merakamkan gambar kejadian yang memalukan itu yang berlaku di Pulau Pag.

Namun, pemandu Ferrari tersebut memiliki sebuah trak tunda dan mengarahkan salah sebuah trak penunda miliknya untuk menunda kereta miliknya itu

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • LangkawiHomestay 8 May 2012 at 9:32 AM

    wat bisness tow truck ker??..

    Reply
  • Izwan 24 August 2011 at 1:14 AM

    kereta2 mewah ni ending mesti tahap low standard.. serupa beli kete murah je.. haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 August 2011 at 10:39 AM

      hahaha…ending low standard tak tahan tu…

      Reply
  • izwannizam 21 August 2011 at 10:13 PM

    wuhuuu mujur spyder.kalo 458 italia yg baru,meraung jugaklah.
    apapun tetap ferrari 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 August 2011 at 11:52 PM

      ala…apa ada hal dgn diorang ni…sedangkan dekat malaysia Lamborghini langgar M5 rilex je..siap total lost lagi…

      Reply
  • puanbee 20 August 2011 at 6:32 PM

    hazmin sekarang mcm mana prestasi blog ?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 20 August 2011 at 6:51 PM

      try main seo..tp pelik trafik tiap2 hari makin jatuh kak…abis terduduk skrg ni…
      rank alexa abis jap naik, jap turun…
      ada kene mengena ngan broken link ke kak?

      Reply
  • puanbee 20 August 2011 at 6:31 PM

    org kaya tu rilex je.. kita keta saga masuk parit pun dh kecoh hahaa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 20 August 2011 at 6:50 PM

      tu la kak…bukak kata masuk parit, langgar gate sikit pun dah risau..hehe..

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Lama Betul Tak Bersiaran

By Hazmin Hamudin

Akhirnya Hosni Mubarak Letak Jawatan

By Hazmin Hamudin

Korang Dah Bayar Zakat Fitrah?

By Hazmin Hamudin

Malaysia Negara Ke-51 Paling Gembira Di Dunia

By Hazmin Hamudin

Awal Ashaari dan Scha Alyahya Bernikah 4 Mei 2012

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in