• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Travelog / Travelog Penang | Rope Walk Lorong Kulit, Penang

Travelog Penang | Rope Walk Lorong Kulit, Penang

By Hazmin Hamudin | 8 October 2013 | 74 Comments

Pasar Karat Lorong Kulit, Penang

Bila masing-masing dah kenyang selepas sarapan Nasi Kandar Kampung Melayu Air Hitam, aktiviti berjalan-jalan di Pulau Pinang di teruskan lagi. Kali semua decide nak pergi ke pasar karat yang terletak di Lorong Kulit. Ianya lebih dikenali dengan nama Rope Walk. Lokasinya terletak bersebelahan Stadium Bandaraya di Datuk Keramat, George Town, Pulau Pinang.

Apa yang menariknya tentang Rope Walk ni? Di sini korang boleh jumpa segala macam barang terpakai yang kadang-kadang memang pelik untuk dijual. Cakap je barangan terpakai yang digemari dan ingin dimiliki. Daripada setem, syiling lama, alat elektrik, barang antik, pakaian, aksesori telefon bimbit, tayar dan topi keledar hingga ke tukang urut. Macam-macam korang boleh jumpa dekat sini.

Pasar Karat Lorong Kulit, Penang (2)

Selain berkonsepkan menjual barangan terpakai, pasar karat ini juga aku rasa memegang teguh pendirian ‘asal boleh jual’. Jadi, korang jangan terkejut kalau korang jumpa barang yang pelik atau boleh dilayak dipanggil sampah. Lepas tu mesti terkeluar ayat “ini pun boleh jual” dari mulut korang. Tengok gambar atas tu. Tempat duduk basikal lama, paddle basikal, pun boleh dijual lagi.

Pasar Karat Lorong Kulit, Penang (3)

Kalau gambar tempat duduk basikal tak cukup pelik, tengok pulak gambar yang ni. Haha. Kepala tali pinggang, engsel pintu, kepala tukul, apa lagi benda pelik yang korang nampal? Kalau aku memang layak dibuang je semua benda ni. Tapi fikiran aku mana nak sama dengan peniaga di Rope Walk ni. Fikiran orang yang belipun aku tak tahu la. Mungkin ada la kegunaan benda-benda ni kan. Hehe.

Pasar Karat Lorong Kulit, Penang (4)

Bahagian ni kalau ulat buku atau kaki membaca pasti suka. Pilih jela buku mana yang korang nak beli. Macam-macam tajuk buku terpakai ada. Buku ‘555’ je yang aku tak nampak. Mungkin ada jugak. Haha.

Pasar Karat Lorong Kulit, Penang (5)

Ini pulak koleksi piring hitam. Tah artis mana aku pun tak kenal. Nampak tak betapa lamnya koleksi piring hitam ni. Ataupun bahasa tepatnya aku takda la tua lagi sampai nak tahu artis-artis lama ni. Haha.

Pasar Karat Lorong Kulit, Penang (6)

Kalau korang peminat dan juga pengumpul duit lama, di sini adalah tempat yang sesuai untuk korang kunjungi. Terdapat pelbagai jenis koleksi duit lama. Duit Disney pun ada tu. Gambar Mickey Mouse lagi. Comel pulak aku tengok duit tu.

Pasar Karat Lorong Kulit, Penang (7)

Banyak ko harta karun yang aku jumpa. Emas juta-juta ni. Macam-macam bentuk ada. Ikan, kura-kura, katak, semua bentuk binatang la. Memang tak habis tujuh keturunan aku guna harta karun ni. Haha. Tak payah nak merapu sangat.

Pasar Karat Lorong Kulit, Penang (8)

Ni pulak untuk penggemar kamera. Aku tak tahu la masih berfungi ataupun tidak semua kamera ni. Tapi memang rare la aku rasa kamera yang dijual ni. Siap ada jual lens lagi tu.

Pasar Karat Lorong Kulit, Penang (9)

Yang ni kalau korang ada perasan, aku pernah buat entri Wordless Wednesday pasal kuda kayu ni. Tak ingat? Boleh rujuk entri Wordless Wednesday | Kuda Kayu. Sekarang ni mana nak jumpa permainan lama macam ni kan. Memang antik habis. Budak-budak sekarang mana nak tahu lagi permainan kuda kayu ni. Yang diorang tahu iPad, PSP, PlayStation. Kalau bagi kuda kayu ni memang dipandang sepi je aku rasa.

Kalau korang nak datang, Rope Walk ni dibuka seawal 7.00 pagi sehingga 1.00 petang. Aku memang takda borong apa pun masa datang sini. Saja je nak tengok barang-barang yang dijual di sini. Kalau korang nak cari barang-barang terpakai dan antik, bolehlah datang ke Rope Walk di Lorong Kulit ni.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Rizkyzone.com 18 October 2013 at 8:55 PM

    itu semacem tempat penjualan barang2 bekas yah mas, kalau di indonesia semacem pasar loak gt

    Reply
  • Hafizul 11 October 2013 at 8:12 PM

    Lebih kurang macam pasar tani ke bro?emm duit tu memang duit betul ataupun sample shaja?

    Reply
  • Myra Jay 10 October 2013 at 11:56 AM

    Seronok jenjalan Rope Walk sana sebab macam2 ada compare Rope Walk sebelah seberang ni ;D

    Reply
  • Mohd Shubhi Abdul 9 October 2013 at 11:21 PM

    Memang cukup unik kat situ. Kena jalan habis untuk cari barang yang kita mahu, sebut saja, untung-untung akan jumpa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:14 AM

      Itulah. Kena pusing jugak nak tengok semua barang. Mana tau ada yang berkenan. Hehe.

      Reply
  • sukma 9 October 2013 at 9:35 AM

    buku lama, kamera lama dan duit lama tu paling saya suka…..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:14 AM

      Memang barang-barang macam tu sedap nak kumpul kan

      Reply
  • LydSunshine 9 October 2013 at 9:05 AM

    kat amcorp mall pun ada tempat yg derang buat jualan terpakai macam ni. Buku2 lama dan cd serta piring hitam. tak tau la laku ke tidok.

    Mata akak terus je tertancap pada duit miki mouse tu. Then yg mcm emas harta karun awk tu apa ye? tembaga eh?

    Ko tak payah la nak bandingkan kuda kayu tu dgn ipad. Kalo banding dengan keta mini atau mini bike ke logik gak. Hahaha.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:13 AM

      Ouh. Dekat PJ pun ada jugaklah ye. Meriah jugak tak? Boleh terjah tu kalau ada masa nanti.

      Pelikkan duit mickey mouse tu. Tak pernah pulak tengok sebelum ni. Hehe. Mungkin tembaga tu kak. Tapi berkilat betul tembaga tu. Dah macam emas pulak rupa. Hehe

      Haha. Tak boleh ye banding dengan iPad kuda kayu tu? 😀

      Reply
  • Kakzakie Purvit 9 October 2013 at 9:05 AM

    Ok juga pada kakak boleh pilih mana yg kita minat. Tapi kakak memang lama benar tak sampai Penang.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:11 AM

      Yela. Kakak dekat JB nak sampai ke Penang ni memang fikir banyak kali jugakkan kak.

      Reply
  • daddyziyyad 9 October 2013 at 8:44 AM

    Saya mmg selalu ke Penang…dan dah lama nak pergi ke Rope Walk ni…cuma asyik la tak jumpa jalannya! hahaha….Mmg pelik la brg2 yg dijual kat situ..engsel lama yg dah karat tu…sapa nak beli??? bahahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:11 AM

      Tempat dia dekat Stadium Pulau Pinang je doc. Betul-betul dekat town tu. Kalau jumpa stadium jumpa la tempat ni. Itulah. Engsel dah karat macam tu pun boleh pulak diorang jual lagi. Hehe

      Reply
  • Mizz Aiza 8 October 2013 at 11:46 PM

    uniknya.. mesti rambang mata nak pilih.. duit lama tu original ke tak?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:09 AM

      Kalau suka barang lama macam ni mungkin rambang mata la kan. Duit tu takda tahu original ke tak. Tak terfikir pulak nak tanya. Anggap original je masa tu. Hehe

      Reply
  • fazrol 8 October 2013 at 11:35 PM

    Lama aku tak p sini…
    mmg legend…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:08 AM

      Itulah. Best datang tengok barang yang dijual. Pelik2 je semua barang.

      Reply
  • sweetkurma 8 October 2013 at 11:10 PM

    macam pelik jer yang di jual, tapi tentu ada pengemarnya tersendiri

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:08 AM

      Itulah kak. Mungkin ada yang minat. Kalau tak, takkan mereka berani jualkan.

      Reply
  • Denaihati 8 October 2013 at 10:54 PM

    terbaiklah, macam-macam ada, nasib baik takde berus gigi 2nd…heee
    buku lama dan duit lama tu mesti ramai peminatnya yang mencari-cari.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:07 AM

      Hehe. Kalau ada berus gigi lama sesuai buat berus gigi binatang je. Nasib takda jual.

      Reply
  • maszull 8 October 2013 at 10:21 PM

    assalamualaikum hazmin….wah bestnya mcm bazar karat…:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:07 AM

      Waalaikumsalam. A’ah. Kira macam bazar karat jugak ni kak.

      Reply
  • [email protected] 8 October 2013 at 10:12 PM

    Wah…sangat menarik.Akak yang duduk sebelah utara ni pun belum pernah sampai…agaknya kalau geng siri The Pickers kat tv ni jumpa, mau habis diborong diaorang ni 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:06 AM

      Hehe. Itulah.. Kalau geng macam tu suka barang macam ni. Tambah pulak yang rare. Macam kita yang tak minat ni tak tahu la nak hargaikan. Hehe

      Reply
  • Zali 8 October 2013 at 9:18 PM

    Pelik pasar ni barang2 rare ni.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:05 AM

      Hehe. Itulah. Barang2 yang dijual kalau tengak tah apa2 je.

      Reply
  • Khairul Zamri 8 October 2013 at 8:40 PM

    bro amek gambar gune dslr ke cantik laaa gmbr2 memainkan peranan entri hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:05 AM

      Takda la bro. Guna kamera kompak je. Tak mampu beli DSLR. Kamera pun pinjam. Hehe. Tak tipu ni.

      Reply
  • Irwan Alessa 8 October 2013 at 6:54 PM

    Fuhhh aku paling suka barang antik tu, bagi aku mempunyai satu set barang antik di rumah memang satu kepuasan.. ntah kenapa, aku kat rumah di kg ada simpan tv lama.. memng kalau nk buka kena slide pintu.. zaman sebelum merdeka lagi tv tu dah ada..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:44 PM

      Wah.. Bro pun minat barang antik ke. Boleh guna lagi tak tv tu bro?

      Reply
  • TehR 8 October 2013 at 6:36 PM

    memang pasar karat betul ni
    semua barang lama

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:43 PM

      Berkarat tapi bernilai bagi merekakan.

      Reply
  • Anim 8 October 2013 at 6:20 PM

    bestnya..kak memang antique person, suka terjah tempat camni, haha..

    p/s silaplah hazmin tak beli lampu aladdin tu kat bhgn harta karun. kalau dak, gosok2 sure keluar jin, boleh suruh tunaikan hajat, hee :-))

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:42 PM

      Hehe. Kalau keluar jin takut semua pengsan nanti. Tapi kalau ada memang laju saya beli kak. hehe. Banyak hajat ni.

      Reply
  • suri 8 October 2013 at 5:09 PM

    macam kat ipoh jugalah tapi ini meriah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:42 PM

      Dekat Ipoh saya belum pernah sampai. Maybe nanti boleh jugak terjah kalau ada kesempatan.

      Reply
  • wahida 8 October 2013 at 5:03 PM

    aku suka dtg rope walk ni…cuci mata…laki aku lagi la giler masuk sini…seharian pun dia boleh tau kat sini…sbb teruja tengok barang2 yg dijual..barang2 legend kata ko..hahaha…

    laki ngan mak aku ada beli duit zaman jepun dulu…mak aku siap ckp mengimbau kenangan betul duit tu…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:41 PM

      Haha. Gila la kak kalau duduk seharian dekat situ. Tapi tak mustahil kalau dah minatkan.

      Saya setakat ni tak borong lagi barang dekat situ. Adik je ada beli pam tayar dekat situ. bukan barang antik la pun. Haha

      Reply
  • akubiomed 8 October 2013 at 4:58 PM

    Antara port yang suka pergi kalau ke Pulau Pinang. Macam-macam barang ada. Kalau hendak beli jangan tunggu-tunggu kalau datang balik sudah dijual.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:39 PM

      Item rare ni mesti susah nak cari dan cepat lakukan bro.

      Reply
  • Joe 8 October 2013 at 4:45 PM

    Mungkin dekat Malaysia masih lagi tak femes bende macam nie. Kalau kat us pasar lambak nie mmg laku. Jual jual barang lame nie mmg laku.

    bak kate diorang.. “rusty gold”

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:37 PM

      Dekat US sana diorang modified balik bagi cantik. Orang dekat Malaysia ni tak tahu ada yang macam tu ke tak.

      Reply
  • Pengedar Shaklee pakar Set Bersalin Shaklee 8 October 2013 at 3:35 PM

    Salam tuan Hazmin yang budiman

    maaf kerana mengganggu

    dengan rendah hati saya ingin menjemput tuan menyertai contest iPhone 5S yang dianjrukan di blog saya

    antara hadiah yang ditawarkan ialah iPhone 5S sebagai hadiah utama dan juga wang tunai untuk pemenang lain

    jemput join ya tuan

    http://superibu.com/2013/10/contest-iphone-5s-sempena-bulan-kelahiran-pertama-ibrahim

    terima kasih 🙂

    *sekarang baru fasa preliminary

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:37 PM

      Terima kasih kerana memaklumkan saya mengenai kontes ini.

      Reply
  • wazy 8 October 2013 at 3:04 PM

    macam-macam ada kat situ yer

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:36 PM

      A’ah bro. macam-macam barang ada. Nak beli dengan tak nak je.

      Reply
  • puteri kasih 8 October 2013 at 2:59 PM

    tempat yang sesuai untuk mereka yang ada koleksi yang pelik. Kalau puteri, buku-buku tu pasti menjadi pilihan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:36 PM

      Buku-buku tu pun boleh tahan lagi cantikkan puteri.

      Reply
  • lizz 8 October 2013 at 2:10 PM

    semuanyer antik2 barangnyer tu…waa siap ader duit lama ..kalo emas betul menda alah tu…kayo tu…hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:35 PM

      Kalau emas betul memang dah kena rompak dah orang yang jual tu kak. Hehe

      Reply
  • Anak Askar Pencen 8 October 2013 at 12:13 PM

    Kalau mangga siap dengan anak kunci tu dijual aku boleh faham lagi. Kalau engsel pintu tu nak buat apa. Kat kedai hardware pun bersepah, berapa posen je kalau beli satu. Kalau ada yang beli pun engsel pintu tu, aku rasa mungkin pengarah yang nak jadikannya sebagai prop.

    Tapi melampau sangat detailnya kalau sampai ke engsel pintu pun nak kasi nampak retro.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:35 PM

      Haha. itulah bro. Banyak lagi benda yang mengarut kalau diikutkan. Lawakpun ada tengok.

      Reply
  • lieyalatif 8 October 2013 at 11:59 AM

    fuhhhh banyak barang2 antik nie..sape peminat barang antik mesti suke nieh….sini laa tempat buat kumpul koleksi….akak seram sikit tgk barang2 lame nie…..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:34 PM

      Seram kenapa kak? Ada pengalaman tak best ke?

      Reply
  • Strider 8 October 2013 at 11:32 AM

    Bro, ade sesetengah gambar tak kuar..tapi dari apa yang aku tengok memang macam2 dorang jual kat sini.Engsel pun nak jual..hehe..

    Regards,
    -Strider-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:33 PM

      Rasanya keluar je semua gambar tu bro. Itulah. Yang jual engsel tu tak tahan tu.

      Reply
  • yui 8 October 2013 at 11:27 AM

    kalau kat ipoh mcm lokin la namanya ni..huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:33 PM

      Lokin tu apa yui? Pasar karat jgk ke?

      Reply
  • hafizmd 8 October 2013 at 11:05 AM

    mmg macam2 ada…hihi

    pada kita, mungkin macam takleh guna dah…tp pada org lain…mungkin besar maknanya, kan bro?

    terbaiklah berkongsi citer camni…byk benda yg terlintas kat kepala ambe ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 7:32 PM

      Betul tu. Mungkin ada la ty yang nak belikan. Apa yang terlintas dekat kepala bro?

      Reply
    • hafizmd 8 October 2013 at 8:36 PM

      seposen bagi kita mungkin takleh beli apa2, tp bg yg jual, mungkn boleh cukupkan utk beli susu anak…sape tau kan? itu antara benda yg terlintas kat kepala ambe ni…huhu

      Reply
  • eiela 8 October 2013 at 10:11 AM

    macam-macam ada…

    Reply
  • t.a.t.a 8 October 2013 at 10:05 AM

    well since dah jumpa blog saya, maka nya saya letak la address di sini.

    wah tang booth buku tu, memang buat mata saya jadi juling. hahaha. yang lain saya tak kisah. tang duit tu pun tak kisah. tapi buku mayyyy mang saya kisah! hahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:50 PM

      Kenapa sebelum ni tak letak? Memang nak sorok ye? hehe..

      Mesti selalu beli buku ni kan. Ada buat perpustakaan mini dekat rumah? Hehe

      Reply
      • t.a.t.a 9 October 2013 at 8:36 AM

        Tak letak sebab tak mengharap tuan blog untuk datang pay back the visit. Also malas nak paste address. hahaha

        library mini tiada, sebab tak de tempat nak letak. ada satu almari aje. once dah penuh, saya consignment pada orang lain, minta jualkan.

        Reply
        • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:04 AM

          Haha. Alasan macam tu pun boleh. Tuan blog ni rajin balas kunjungan. Tu yang cari link blog tu 😀

          Ouh. Takda simpan buat koleksi peribadi la buku-buku tu ye.

          Reply
          • t.a.t.a 10 October 2013 at 8:34 AM

            hahahaha thanks anyway. and congrats dah jumpa blog saya.

            memang berat nak jual buku² tu, tapi lagi sayang kan kalau saya simpan and tetiba satu hari tengok dah koyak atau rosak buku. tu jual terus.

            Reply
  • mie 8 October 2013 at 10:05 AM

    memang rare….
    ramai orang datang melihat ke?
    atau ada juga yang mambeli?
    hehehhe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:49 PM

      Rasanya ada je yang membeli. Memang ramai orang dekat sini.

      Reply
  • 4feet8 8 October 2013 at 9:41 AM

    err.. duit kertas tu mcm waswas.. sbb cmpur aduk dgn duit main-main.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:48 PM

      Eh.. Ada duit mainan ke? Ingat semua tu duit betul.

      Reply
  • blogger lelaki 8 October 2013 at 9:16 AM

    wow..kamera lama tu macam kamera lama bapak aku..tapi dah rosak…rasa mcm nk beli je kamera tu..bro tak tny berapa harag dia

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:48 PM

      Tak tanya pulak bro. Saja je pergi tengok-tengok. Bro dekat Penang ke?

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Yasmin Hani Bakal Kahwini Shahrin (Blackrose)

By Hazmin Hamudin

Semak Keputusan UPSR 2011 Melalui SMS dan Online

By Hazmin Hamudin

Tarikh dan Tempat Untuk Melihat Anak Bulan Puasa 201

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Jururawat 2012

By Hazmin Hamudin

Tarikh dan Tempat Melihat Anak Bulan Syawal 2011

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in