• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Kereta Penyanyi Yuna Dipecah Masuk

Kereta Penyanyi Yuna Dipecah Masuk

By Hazmin Hamudin | 18 May 2012 | 3 Comments

Yunalis Zarai

Kereta Penyanyi Yuna Dipecah Masuk. Penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas  kereta Mitsubishi ASX milik Yuna dipecah masuk di Subang Jaya, pagi Khamis. Nampaknya makin menjadi-jadi pula gejala pecah kereta mahupun pecah rumah sekarang ni.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, penjenayah melarikan set radio kereta dan gitar milik penyanyi baru yang juga anak didiknya, Diandra Arjunaidi. Menurut Twitter Yuna, gitar miliknya berada dalam keadaan selamat di rumah. Yuna cukup terkilan dengan kehilangan barang-barang tersebut.

Kereta penyanyi terbabit sebelum itu digunakan seorang rakannya, pemain gitar kumpulan muzik yang sering mengiringi persembahannya dikenali sebagai Farhan Fadzlishah atau Pa’an, 26, untuk pulang ke Subang Jaya pada jam 7 malam.

Kejadian tersebut berlaku ketika hujan lebat. Bapa Pa’an terjaga jam 5.30 pagi selepas terdengar bunyi bising di bahagian garaj kereta dan memeriksa bunyi bising itu sebelum ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal.

Diharapkan Yuna reda dengan musibah yang menimpanya itu dan lebih berhati-hati supaya tidak meninggalkan barang berharga di dalam kereta dengan sewenang-wenangnya. Memang geng pecah kereta ni tunggu peluang je kalau ada barang mahal dalam kereta tu.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 19 May 2012 at 12:07 AM

    Cermin kereta bos saya pernah dipecahkan yang membuatkan garu kepala ia berlaku tidak jauh daripada balai polis dan berdekatan dengan restoran mamak. Hairan penggera kereta tidak berbunyi.

    Reply
  • Rawlins by Rawlins 18 May 2012 at 3:13 PM

    Senangnya la diorang mencari rezki
    Kawan tu sampai pitam mencari sesuap nasi, depa main ambil je
    Pastu siap pecahkan cermin plak tu

    Sabar Yuna

    Reply
    • Jebeng Otai™ 18 May 2012 at 5:06 PM

      yela..bkn senang nk cri sesuap nasi walaupun die tu artis..

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Live Streaming Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 13 December 2012

By Hazmin Hamudin

Baik Hati Pulak Nuffnang Ni Dengan Aku

By Hazmin Hamudin

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang

By Hazmin Hamudin

Makan Di Restoran NJ Zenith Bandar Baru Bangi

By Hazmin Hamudin

Cara Memujuk Perempuan Merajuk

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in