• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Gadget / Kes Penipuan Hard Disk Di PIKOM PC Fair

Kes Penipuan Hard Disk Di PIKOM PC Fair

By Hazmin Hamudin | 18 April 2012 | 6 Comments

Macam-macam cara orang menipu untuk mengaut keuntungan berlipat ganda. Semuanya gara-gara untuk cepat kaya dengan cara yang mudah dan keji. Kisah ini terjadi kepada seorang mangsa yang berlaku baru-baru ini di pameran komputer terbesar di Malaysia, PIKOM PC Fair 2012.

Kena Tipu PC Fair 1

Mangsa membuat pembelian satu Portable Hard Drive 500 GB pada pameran PC Fair tersebut. Oleh kerana HDD tersebut menimbulkan keraguan kepadanya, mangsa telah membuka HDD tersebut dan apa yang dilihat di dalamnya memang sangat mengejutkan.

Kena Tipu PC Fair 2

External hard Disk tersebut telah diubah suai dengan meletakkan sebuah pendrive di dalamnya serta barangan lain untuk menambahkan berat hard disk tersebut. Sudah tentulah space sebanyak 500 GB tu tak mencukupi. Mana ada pendrive yang ada space sampai 500 GB kan.

Taktik para peniaga yang sebegini memang sangat keji dan terkutuk apabila memperbodohkan pembeli dengan pelbagai helah yang tidak masuk akal. Kalau aku jumpa penjual macam tu, memang dah lama hard disk tu terpacak dekat muka dia. PC Fair pun dah abis. Alamat yang terdapat pada resit tu mesti palsu punya.

Kena Tipu PC Fair 3

Lepas ni, pengguna perlulah lebih berhati-hati apabila membeli barang semasa pameran PIKOM PC Fair ni. Kita pun mana nak sangkakan bahagian dalaman telah dikeluarkan dan ditukar dengan barang yang lain.

Sumber: Lowyat.NET

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 19 April 2012 at 1:29 PM

    Ini tidak boleh dibiarkan kerana pengguna ditipu.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 April 2012 at 3:31 PM

      Kalau info macam ni kita tak sebarkan, makin ramailah pengguna yang tertipukan.

      Reply
  • Jebeng Otai™ 19 April 2012 at 1:52 AM

    alamak..x try dulu ker bro??

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 April 2012 at 3:30 PM

      Jarang orang test hardisk masa beli termasuk saya. Tapi kalau try pun, diorang setting hardisk jadi loop. Benda tu akan tetap display 500GB jugak melainkan try siap copy file bersaiz besar.

      Reply
  • donnyien 18 April 2012 at 9:50 AM

    perggh! memang bijak bengang betul orang yang buat dan jual Hard Disc ni, nasib baik Don x pergi sana.Laptop disc laptop Don pon dah low, lepas ni kena hati2 bila beli nanti.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 April 2012 at 10:10 AM

      Kena test betul-betul masa beli tu. Takut terjadi lagi benda-benda yang macam ni. Ni baru seorang yang report, yang tak report tu kita tak tahu berapa ramai pulakkan yang dah terkena.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM 24) 2011

By Hazmin Hamudin

Bob Kuman Meninggal Dunia Hanya Khabar Angin

By Hazmin Hamudin

Akhirnya Hosni Mubarak Letak Jawatan

By Hazmin Hamudin

Kembali Mencoret Semula

By Hazmin Hamudin

Travelog Penang | Restoran Kapitan, Penang

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in