• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Lawak / Lawak Hari Ini | Staff Penipu

Lawak Hari Ini | Staff Penipu

By Hazmin Hamudin | 16 March 2011 | Leave a Comment

Seorang bos sedang menunggu staf-stafnya datang ke ofis untuk bermesyuarat, Bos itu sungguh marah kerana tiada seorang pun sampai ke ofis. Tiba-tiba kelihatan salah seorang staf nya berlari menuju pintu ofis …..
Staf 1 : Bos…Jangan marah dulu…Saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini… Saya ada temu janji tetapi ianya selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas. Saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda. Ketika sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati dan saya berlari sejauh 10 km baru sampai.
Bos tersebut amat hairan dan pelik dengan penjelasan stad tersebut tetapi membiarkan sahaja kerana beliau dapat datang jugak. Seketika kemudian 8 orang staf datang dengan keadaan kelam kabut dan bos pun bertanya setiap seorang dari mereka kenapa mereka lewat.
Bos : Kenapa kamu lewat ?
Staf 2 : Saya ada temu janji tetapi ianya selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas. Saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda. Ketika sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati dan saya berlari sejauh 10 km baru sampai.
Bos itu agak pelik dan agak hairan dengan penjelasan staf tersebut tetapi dia telah melepaskan staf yang pertama dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga melepaskan staf yang kedua itu. Dan setiap staf yang ditanya mengapa mereka lewat dan penjelasan mereka juga sama dan akhirnya soalan ditujukan kepada staf ke-9. 
Bos : Ha… Kamu pula… Apa pula penjelasan kamu ?
Staf 9 : Saya ada temu janji tetapi ianya selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas. Saya menaiki teksi tetapi teksi tetapi…
Bos : Biar saya teka… (bos itu menyampuk…) … Teksi itu rosakkan…
Staf 9 : Bukan… ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan… Teksi langsung tidak boleh bergerak… LOL


  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Lawak Hari Ini | Staff Penipu

By Hazmin Hamudin

Wanita India Paling Tertekan Di Dunia

By Hazmin Hamudin

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011)

By Hazmin Hamudin

Yusry Reka Banglo Untuk Lisa Surihani

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #13 | Minum Petang

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in