Dah lama jugak aku tak update blog ni. Tak macam sebelum ni, habis semua berita tak kira la hiburan, sukan, segala bagai berita aku update. Pantang ada masa, mula la cari bahan nak buat entri.
Kadang-kadang aku terfikir jugak, ni blog peribadi ataupun blog berita. Boleh dikatakan dah jauh menyimpang dari tujuan asal aku berblog. Segala kisah, pengalaman seharian aku yang sepatutnya dicoret dalam ni tapi entri copy paste jugak yang melekat.Sekarang ni pun masa agak terbatas jugak. Keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap. Bila dekat rumah memang nak rehat saja. Mana ada lagi masa untuk update blog walaupun sekadar entri copy paste. Mujur boleh update blog menggunakan mobile. Sambil-sambil tunggu bas sempat la cari masa update sekejap.
Oh ya… Baru-baru ni, puanbee blogger femes yang memang semua orang kenal ada bagi hadiah domain dekat aku. Suatu hadiah dan juga bagi aku merupakan suatu amanah untuk aku menyambung legasi domain tersebut. Mampukah aku? Memang suatu cabaran bagi aku. Terima kasih puanbee untuk domain tersebut.
Posted with WordPress for BlackBerry.
Bersantai sambil cari idea nk tulis apa..
wah tahniah dpt domain dr kak bee…
bg cik tom ok je mn2 versi blog pun.. 🙂
mula-mula memang banyak idea tapi lama hehehe..:) takpe bro idea banyak tu cuma masa jer kot kekangannya..:)
Ikutkan idea ada saja disekeliling kita, cuma kita saja yang tak pandai nak olah dan cari idea tu. Takpa, sama2 belajar..
yup sama2 belajar bro..thanks
lama gila ko menghilang. gi bertapa ker?
Bertapa sepurnama bro.. Menuntut ilmu blogging.. Haha..
blog cikgu pun dah jadi macam blog peribadi..hehehe…asyik cari cerita pelik-pelik..lebih neutral kan…keep blogging..!!
Kalau entri mengenai dunia hiburan boleh mendapat trafik tetapi menulis menongkah arus boleh mencabar minda dan membaiki kemahiran. Pilihan ditangan anda terpulanglah,
Betul tu bro… Sebenarnya lebih kepada blog peribadi… Akan cuba kembali ke landasan sebenar.
amat susah nak cerita bab hiburan..kena maintain..hehe…better personal blog..santai jer kan.. 🙂
Tu la.. Nak update entri pendek2 pun boleh. Ikut suka sahaja.
yela..kadang2 ada masa byk idea..ade masa langsung x der idea..huhu
kadang2 bosan dengan entri copy paste ni… Terasa sgt tak best dengan blog sendiri.
saya pun kekadang tak tahu apa yg nak tulis utk blog sendiri.. last-last.. hentam je la 😀
Lebih baik tulis hentam daripada tak tulis apa2 dan biarkan blog tidak berupdate. Penat jugak memikirkan idea untuk menulis blog ni.
salam perkenalan dik
akk dulu punn suke cerita merapu dik
tapi skrg suke share info2 menarik
kena jadi bijak utk jadi blogger yg bagus 😉
salam perkenalan kak..
Tq sudi datang sini…
Akak ni mesti blogger hebat.. Rasanya saya faham kena jadi blogger bijak tu. Ada masanya kena bermain dengan SEO dan share info2 yang menarik..