• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Pandangan / Obses Dengan Tarikh Menarik

Obses Dengan Tarikh Menarik

By Hazmin Hamudin | 11 December 2013 | 12 Comments

Kali ni aku nak bercerita pasal nombor dan tarikh yang menarik sehinggakan ada yang obses dengan nombor-nombor ni. Sebelum tu kenalah tahu apa maksud obses. Obses ni bermaksud apabila kita terlalu meminati sesuatu hingga sanggup melakukan apa saja demi benda tu. Hingga ke satu peringkat hingga menghambakan diri pada sesuatu perkara yang melibatkan hati, pemikiran, fizikal, masa dan kehendak.

Semua orang sudah pasti kenal nomborkan. Nombor memang sangat penting dalam kehidupan seharian kita sehinggakan semua perkara pasti melibatkan nombor. Bangun pagi tengok jam dah melibatkan nombor, tengok tarikh hari ni pun dah melibatkan nombor jugak.

Tapi apa yang aku perhatikan rakyat Malaysia ni terlalu obses dengan nombor. Entri pada kali ni aku fokuskan kepada obses tarikh-tarikh yang menarik. Pasti ramai yang sudah tahu tarikh hari ni 11 Disember 2013 atau 11/12/13 merupakan tarikh yang sangat menarik untuk diingati. Agak-agaknya kenapa ramai sangat yang teruja dengan tarikh macam ni ya? Kerana tarikh ni hanya datang sekali sahaja selama hidup ni? Hehe

Hari ni ramai yang menulis tarikh tersebut di media-media sosial sama ada di timelines Facebook masing-masing ataupun di Twitter sehinggakan menjadi suatu trend pulak. Kesemuanya aku tengok hendak mengabadikan tarikh tersebut sebagai tarikh bersejarah dalam hidup mereka.

Ramai yang menjadikan hari ni merupakan hari penting dalam hidup mereka termasuk mengadakan majlis perkahwinan. Peluang untuk berkahwin pada tarikh 11/12/13 cuma datang sekali sahaja dalam seumur hidup. Jadi. apa tunggu lagi. Cepat-cepat pergi cari pasangan dan berakahwin sebelum pukul 12.00 tengah malam ini. Haha. Ini kerja gila.

Pada aku tarikh menarik ni tiada erti apa-apa pun. Ianya tidak lebih daripada sekadar nombor sahaja. Jadi, janganlah terlalu obses ataupun taksub dengan tarikh macam ni sehingga terlalu memikirkan nombor tersebut. Hari ni di Selangor merupakan cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Rasanya mesti ramai yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh ni kan. Ada yang tergolong dalam golongan obses dengan tarikh ni tak?

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Qashmere 23 December 2013 at 7:41 PM

    Ramai yang nak mengukir hari bahagia di tarikh ni

    Reply
  • siti maimun 23 December 2013 at 5:15 PM

    hanya sekadar nombor… kalo nak kata pilih tarikh sebab senang ingat… sebenarnya… xperlu tggu tarikh cantik pon..kalo dah namanya hari yg penuh bermakna dalam hidup.. tarikh cam mana skali pon tetap akan ingat kan..kan..kan..

    Reply
  • Melastik Bintang 23 December 2013 at 12:58 PM

    Tarikh yang simbolik dan mudah untuk.mereka ingat tarikh tersebut……

    Reply
  • anies 17 December 2013 at 6:06 PM

    dulu2 obses jg tp bla da tua ni x de makna lg nk obses2 dgn nombor ni 😉

    Reply
  • lieyalatif 17 December 2013 at 10:40 AM

    betul tu…berlumba2 dieorg pilih tarikh cantik nieh kan….berebut nak nikah time ni, bertunang time nieh…agak2nye kaum ibu pun ramai pilih nak ceazer atau bersalin tarikh nih heheheeheh

    Reply
  • Anim 16 December 2013 at 2:18 PM

    kak pula selalu terlupa tarikh, huhu

    Reply
  • onlajer 14 December 2013 at 12:01 AM

    nombor senang ingat jer

    Reply
  • Anak Askar Pencen 12 December 2013 at 5:17 PM

    Orang yang selalu obses dengan nombor ni biasanya kaki nombor ekor. Hehe

    Reply
  • suriaamanda 12 December 2013 at 11:12 AM

    SA pun ada kongsikan jugak..tp semalam xde apa2 yang menarik atau yg tertarik untuk SA jadikan kenangan….still xde yang masuk pinang…hahahahahahaha…

    Reply
  • akubiomed 11 December 2013 at 11:45 PM

    Mudah untuk diingati kot. 🙂

    Reply
  • yui 11 December 2013 at 1:07 PM

    walau sekadar nombr tp kngn tu yg kena ingt. walau pahit manis.

    Reply
  • t.a.t.a 11 December 2013 at 9:28 AM

    tarikh² macam tu aku tak obses, sebab dah ramai sangat orang lain yang obses, so tak best kalau dah ramai sangat yang obses.

    aku lebih obses tarikh² yang mengingatkan aku pada seseorang yang especially dear to me. yes, itu aku lebih obses dan lebih istimewa sebab aku sorang aje yang obses tarikh² itu.

    yihhaaa…

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

10 Tanda Kita Dah Tua

By Hazmin Hamudin

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011

By Hazmin Hamudin

Korang Dah Bayar Zakat Fitrah?

By Hazmin Hamudin

Kupon Beli 1 Percuma 1 McDonald’s Double Cheeseburger

By Hazmin Hamudin

Nak Tiru Gaya Blogger Popular

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in