Duduk Rumah Diam-Diam
Bila masuk hari Isnin hingga Jumaat (weekdays), semua orang bosan sebab kerja. Monday blues dan macam-macam alasan boleh jumpa bila hari bekerja ni. Tapi bila masuk hujung minggu pulak (weekend), hari Sabtu yang indah dan permai ni aku tetap bosan jugak. Apa kes? Argh…kenapa la kau buat hal wahai Si Merah kesayangan (kereta). Kan dah terperap aje aku dekat rumah waktu hujung minggu macam ni. Persoalannya, apa aktiviti korang bila tiba hujung minggu ni?
- Bangun pagi dengan suasana yang sangat nyaman dan indah sambil menarik semula selimut untuk meneruskan lagi aktiviti tido tanpa henti sehingga tangah hari. Ini aktiviti wajib bagi membalas jasa bagi mereka yang terpaksa bangun awal untuk ke tempat kerja pada hari bekerja.
- Meluangkan masa bersama keluarga tidak kisahlah sama ada bujang atau yang telah berkahwin untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Sebagai contoh pergi berkelah bersama keluarga dan boleh juga dilakukan dirumah seperti memasak bersama-sama.
- Keluar menonton wayang bersama rakan-rakan ataupun pasangan masing-masing adalah aktiviti yang paling digemari selalunya oleh semua orang.
- Boleh juga berblogging sambil berfikir untuk meletakkan entry yang menarik di blog masing-masing.
Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan waktu hujung minggu ni sebenarnya. Tapi adakah anda berada dalam golongan tarik selimut sampai ke tangah hari? Anda sendiri yang tentukan apa yang perlu dibuat semasa hujung minggu.
P/s : Weekend yang sungguh indah hanya dengan menonton tv dan melayari internet di rumah.