• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita Pelik / Saintis Jepun Cipta Daging Daripada Najis Manusia

Saintis Jepun Cipta Daging Daripada Najis Manusia

By Hazmin Hamudin | 25 June 2011 | 4 Comments

Daging Najis Manusia

 

Nampak macam sedap je daging dalam gambar tu kan? Tapi sanggupkah anda memakan daging yang sebenarnya dibuat daripada ‘najis manusia’ ? Seorang saintis Jepun telah mencipta ‘daging’ yang diperbuat daripada najis manusia. Dengarpun dah geli gelemankan apatah lagi nak makan daging tersebut. Mati 100 kali pun memang aku tak sanggup nak makan daging yang super shit ni.

Mitsuyuki Ikeda, penyelidik dari Makmal Okayama, tampil dengan pendekatan baru dan idea yang tak masuk akal tersebut selepas Tokyo Sewage (Kumbahan Tokyo) memintanya untuk mencipta sesuatu dengan menggunakan sisa buangan bandar tersebut.

Ketika menemui bahawa kotoran manusia terbukti mengandungi protein, Ikeda bersama pasukan penyelidiknya mengekstraks protein tersebut untuk mencipta daging buatan. Ikeda menggunakan zat pewarna makanan untuk mencipta warna kemerahan pada daging serta menambahkan kicap sebagai penyedap rasa.

Daging Daripada Najis Manusia
Daging Burger Najis Manusia

Memiliki kandungan 63 peratus protein, 25 peratus karbohidrat, 3 peratus lemak serta 9 peratus mineral, Ikeda mendakwa beberapa orang yang telah merasa daging ini ternyata cukup menyukai rasanya. Menurut mereka, steak najis ini cukup lazat dan memiliki rasa seperti daging biasa.

Ikeda berharap daging ini dapat menjadi salah satu penyelesaian dalam mengatasi pemanasan global. Ini kerana, haiwan ternakan menghasilkan pengeluaran gas rumah hijau yang cukup besar.

Walaupun begitu, penerimaan masyarakat terhadap daging ini masih sangat diragui. Bukan sahaja merasa jijik apabila mengingati punca asal daging tersebut, namun harga jualannya juga 10 hingga 20 kali lebih mahal berbanding steak biasa.

 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • puanbee 30 June 2011 at 11:22 PM

    eii ngotoq ah .. kembang tengkuk wehh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 July 2011 at 7:30 AM

      kihkih…sedap je orang jepun tu buat burger….uwek…

      Reply
  • puanbee 30 June 2011 at 9:23 PM

    wekk baca pun nk termuntah huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 June 2011 at 10:38 PM

      hahaha…igtkan akak makin berselera bila dah abis baca :p

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Aidiladha di IKEA Restaurant

By Hazmin Hamudin

Mari Berblog

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Jururawat 2011

By Hazmin Hamudin

Akhirnya Hosni Mubarak Letak Jawatan

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Ladies Only

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in