• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Perayaan / Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 57

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 57

By Hazmin Hamudin | 31 August 2014 | 27 Comments

Hari Kemerdekaan

Hari ini merupakan ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke-57. Pada ulang tahun kemerdekaan tahun ini, telah berlaku beberapa tragedi di luar jangkaan kita seluruh rakyat Malaysia di mana ianya telah merentap perasaan kita semua. Sambutan kemerdekaan pada tahun ini juga dijangka disambut secara sederhana bagi menghormati mereka yang sedang bersedih.

Tragedi kehilangan pesawat MH370 dan juga pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine  benar-benar menguji kepimpinan kerajaan dalam menangini perkara ini. Kita sebagai rakyat Malaysia juga seharusnya tabah serta cekal dalam menempuh perjalanan yang jauh lebih mencabar ini. 

Erti Kemerdekaan

Kemerdekaan itu sangat besar ertinya kepada kita seluruh rakyat Malaysia. Setiap kemerdekaan itu bermula dengan sebuah perjuangan murni dan pengorbanan yang tiada tandingnya, termasuklah daripada pihak Raja-Raja Melayu dan istana, para pemimpin politik dan rakyat keseluruhan.

Aku nak menyeru kepada anak-anak muda zaman sekarang ni  supaya kalau tak memahami apa itu kemerdekaan pun, sekurang-kurangnya hormatilah kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ni. Bukan mudah mak bapak tok nenek kita dulu nak capai kemerdekaan ni. Sekarang ni sambutan kemerdekaan dah lain macam aku tengok. Anak muda sudah semestinya berpeleseran sana-sini malam merdeka.

Tema Hari Kemerdekaan Ke-56

Sempena sabutan Hari Kemerdekaan yang ke 57, tema ‘Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta’ telah dipilih. Apa yang menariknya, tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini dipetik daripada lirik lagu ‘Warisan’ yang dipopularkan oleh penyanyi Allahyarham Sudirman Arshad. Tema tersebut dipilih bagi menyemai dan menyemarakkan rasa cinta dalam diri rakyat Malaysia.

Logo Hari Kemerdekaan Ke-56

Logo Merdeka Ke 57

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 kepada seluruh rakyat Malaysia. Bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang ini. Kalau kita rasa diri kita kurang senang maka lihatlah orang lain yang lebih susah daripada kita.

Di sini lahirnya sebuah cinta… Yang murni abadi sejati… Di sini tersemai cita-cita… Bercambah menjadi warisan… Ya, ini tanah tumpahnya darahku. Aku lahir disini, aku membesar disini. Di buni bertuah inilah aku mencari rezeki. Di sinilah segala-galanya bagi aku. MERDEKA.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • rohaiza yunus 24 September 2014 at 9:07 AM

    selamat hari merdeka

    Reply
  • Myra Jay 15 September 2014 at 10:05 AM

    Selamat Hari Merdeka! 🙂

    Reply
  • nord 12 September 2014 at 6:32 PM

    Selamat hari mereka!

    Reply
  • LydSunshine 9 September 2014 at 4:57 PM

    selamat hari merdeka min. dah terlambat nk wish.

    Reply
  • Hairul Azni 6 September 2014 at 1:28 AM

    Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-57 bro..

    Reply
  • deqnoor 5 September 2014 at 6:27 PM

    bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia…

    Reply
  • cikbolat 5 September 2014 at 4:18 PM

    selamat menyambut kemerdekaan , hampir hampir terlupaa erti kemerdekaan yg sebenar . terima kasih mengingatkan 😀

    Reply
  • sabree hussin 4 September 2014 at 12:14 AM

    logo kali ini cantik 🙂

    Reply
  • mai has 3 September 2014 at 8:41 PM

    masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan negara.di sini lahirnya sebuah cinta.:-)

    Reply
  • Dee 2 September 2014 at 11:24 PM

    Selamat Hari Merdeka bro…moga anak2 muda zaman sekarang mengerti apa itu erti kemerdekaan sebenar…

    Reply
  • Mrs. A 2 September 2014 at 5:19 PM

    Di sini lahirnya sebuah cinta….
    Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 57

    Reply
  • anies 2 September 2014 at 5:06 PM

    salam merdeka!

    Reply
  • Nafira 2 September 2014 at 1:15 PM

    Selamat hari kemerdekaan jugak buat kamu~
    Kami merdeka di rumah jer.. Anak n suami x bape sihat.

    Reply
  • Anak Askar Pencen 2 September 2014 at 9:21 AM

    Selamat hari kemerdekaan. Menghayati kemerdekaan ni perlu datangnya dari jiwa yang merdeka. Bila pemikiran pun sudah dijajah, memang susah nak hayatinya.

    Reply
  • yui 2 September 2014 at 9:11 AM

    salam kemerdekaan..

    Reply
  • Norhidana 2 September 2014 at 8:51 AM

    sama2 kite semaikan semangat cintakan malaysia pd diri sndiri n anak2 ktie…

    suke akak dgr lagu baru disini lahirnya sebuah cinta

    Reply
  • TehR 2 September 2014 at 12:47 AM

    selamat hari merdeka semua
    moga2 kita dapat mengisinya dengan sempurna

    Reply
  • CikLilyPutih 1 September 2014 at 10:20 PM

    salam hari merdeka

    Reply
  • Denaihati 1 September 2014 at 2:57 PM

    Selamat memyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 57 buat semua.

    Reply
  • ewanthology 1 September 2014 at 1:53 PM

    bersama samalah kita menghargainya.

    Reply
  • JR 1 September 2014 at 12:26 PM

    Negara sudah 57 tahun merdeka. Tapi jiwa kita kebanyakannya belum merdeka, masih teringatan dengan resam silam. Ekonomi juga belum merdeka, masih megah dan bergantung dengan barangan luar dan produk makanan luar.
    Merdeka tapi belum merdeka…

    Reply
    • JR 1 September 2014 at 12:27 PM

      P

      Reply
    • JR 1 September 2014 at 12:28 PM

      Pembetulan: bukan “teringatan”, tapi “terikat”

      Reply
  • nikkhazami 31 August 2014 at 10:21 PM

    selamat hari merdeka! 😀

    Reply
  • akubiomed 31 August 2014 at 10:15 PM

    Selamat menyambut Hari Merdeka. Cabaran generasi Y untuk mempertahankan Kemerdekaan ini.

    Reply
  • Mrs.Secretary 31 August 2014 at 9:06 PM

    Salam Kemerdekaan ke-57.. semoga negara kita sentiasa aman dan makmur…walaupun tahun dIsambut dengan sederhana tp tetap rasa kemeriahannya..=D

    Reply
  • Arman 31 August 2014 at 6:34 PM

    Selamat hari merdeka … semoga kemerdekaan negara kita akan kekal selamanya…

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 56

By Hazmin Hamudin

13 Robot Filem Transformers Dipamerkan Di China

By Hazmin Hamudin

Kerja… Kerja… Kerja…

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Lelaki Sedunia 2014

By Hazmin Hamudin

Mesti Tengah Risau

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in