• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Sinopsis Drama dan Filem / Sinopsis Drama Kau Yang Terindah Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama Kau Yang Terindah Slot Akasia TV3

By Hazmin Hamudin | 5 August 2012 | 9 Comments

Drama Kau Yang Terindah

Sinopsis Drama Kau Yang Terindah Slot Akasia TV3. Drama Kau Yang Terindah di Slot Akasia TV3 merupakan sebuah drama melayu terbaru yang akan mula ditayangkan di kaca tv anda pada 6 Ogos 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Drama ini akan menggantikan drama Dejavu Di Kinabalu yang telahpun tamat.

Drama Kau Yang Terindah ini dibarisi oleh pelakon yang pastinya menarik minat anda semua, antara pelakonnya ialah Hafil Andrio Putra, Neelofa, Nazim Othman dan ramai lagi. Drama ini merupakan sebuah hasil karya arahan Erma Fatima.

Drama bersiri Kau Yang Terindah ini akan bersiaran sebanyak 26 episod dan yang paling menariknya, drama ini menjalani penggambaran di kota Mekah. Berikut adalah sedikit sinopsis drama Kau Yang Terindah dan akan dikemaskini kelak.

Sinopsis Drama Kau Yang Terindah

Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya.

Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman.

Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah.

Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3.

Promo Drama Kau Yang Terindah

httpv://www.youtube.com/watch?v=aImwEQMWGrw&feature=player_embedded

 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Berita-Harian.net 12 September 2012 at 12:02 AM

    teringat pula lagu rohani “kau yang terindah” ~ hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 September 2012 at 7:09 AM

      Lagu ape tu bro? hehe

      Reply
  • donnyien 11 September 2012 at 6:24 AM

    light la theme ni, bro pakai theme apa ni?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 September 2012 at 8:12 AM

      Saya pakai theme thesis :). Harap terus ringan theme ni.

      Reply
      • Berita-Harian.net 12 September 2012 at 12:03 AM

        free kah berbayar ni bro? nak tukar theme bah donnyien.com tu, dah boring pakai

        Reply
  • Jebeng Otai™ 5 August 2012 at 5:57 PM

    neelofa berlakon ker?..x besh la.hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2012 at 6:36 PM

      Semakin ramai yang sudah tidak meminati Neelofa nampaknya.

      Reply
      • Berita-Harian.net 12 September 2012 at 12:03 AM

        dah ada penganti kot hehe, tapi dia masih hot bah

        Reply
        • cik tom 12 September 2012 at 1:34 PM

          cik tom pn xsuka neelofa…sb tue kureng tgk cerita ni…realiti skang rmai dh xsuka sgt maybe sbb byk kontroversi..hehe…
          ps: harap pminat neelofa xmarah ye dgn statement ni..hik3 ;p

          Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Travelog Penang | Restoran Kapitan, Penang

By Hazmin Hamudin

Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41

By Hazmin Hamudin

Bukti Proton Preve Baru Mudah Rosak?

By Hazmin Hamudin

Kembali Aktif Berbloging

By Hazmin Hamudin

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2013

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in