• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Sinopsis Drama dan Filem / Sinopsis Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3

By Hazmin Hamudin | 5 May 2012 | 3 Comments

Drama Seindah Sakura

Sinopsis Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3. Seindah Sakura merupakan sebuah drama terbaru yang bakal menemui anda pada Isnin hadapan iaitu 7 Mei 2012 dalam slot Akasia setiap hari Isnin sehingga Khamis pada jam 7.00 malam. Drama ini akan menggantikan drama Cinta Buat Emelda yang baru sahaja tamat.

Untuk pengetahuan semua Drama Seindah Sakura adalah adaptasi dari novel. Drama Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy dan menjalani pengambaran sekitar Kuantan, Pahang dan Kota Paris.

Drama terbitan Temenggong Pictures ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Mak Mah serta pelakon-pelakon hebat yang lain.

Sinopsis Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3

Seindah Sakura mengisahkan Shakira seoarang pelajar yang sering disalah erti oleh gurunya (Cikgu Airil) sebagai seorang pelajar yang bermasalah . Tetapi kematian Moyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil disebabkan sikap buruk sangkanya selama ini pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.

Ibu Shakira, Rosmah, yang telah lama menghilangkan diri muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Disebabkan Rumah buruknya hangus dalam kebakaran, Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid walaupun tahu anak datuk iaitu Anida membencinya,

Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shakira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shakira. Disebabkan cemburu dengan kemesraan antara Airil dgn Shakira, lalu Anida membuat fitnah untuk menimbulkan perasaan benci di hati Airil terhadap Shakira.

Ketegasan Airil telah mencampakkan Shakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi fitnah telah membuat Airil percaya Shakira terlalu bebas pergaulannya, hingga sanggup menggoda Airil. Kerana Kecewa Airil mengambil keputusan untuk ke luar Negara.

Dengan ihsan Datuk Walid, Shakira berjaya meneruskan pelajaran dan mengambil SPM. Dia cuba lari dari kongkongan Datuk Walid bila merasakan pandangan dan perhatian Datuk Walid kelihatan lain macam terhadapnya. Tapi alasan Datuk Walid untuk membawa pulang ibunya yang HIV positif untuk dirawat secara rapi di rumah, Shakira sekali lagi terperangkap. Ibunya semakin sihat walaupun tidak akan sembuh sepenuhnya. Tawaran ke UIA telah membuat Datuk Walid melamarnya dan berjanji akan menanggung pengajiannya hingga ke peringkat tertinggi.

Shakira ingin menolak tapi ibunya melihat itu sebagai peluang untuknya memajukan diri dan keluar dari kancah kemiskinan yang membelenggu Shakira sejak lahir. Shakira cuba lari dari kemelut itu, tetapi padah yang datang bila seluruh wang simpanannya ditipu sepasang suami isteri yang kononnya mahu membantu dan kemudian dia juga hampir-hampir dilacurkan. Semua itu berlaku dalm tempoh kurang 2 hari. Malang betul nasibnya. Lalu terpaksalah dia kembali semula ke rumah mewah Datuk Walid. Dia akhirnya bersetuju berkahwin dgn Datuk Walid tetapi meletakkan 2 syarat agar dia tidak sentuh selagi belum tamat pengajian dan dia akan terus memanggil Datuk Walid dengan panggilan ‘pakcik’ seperti biasa. Datuk Walid bersetuju dgn syarat-syarat tersebut, lalu dapatlah dia berbini baru yang baginya seiras dengan arwah isteri pertamanya dulu.

Selepas 4 tahun ijazah, Shakira sambung lagi dua tahun dan dalam tempoh itu dia rapat dengan Putera Haziq yang amat menyintai dia, siap curi-curi ke rumah Shakira dan melamar Shakira melalui Datuk Walid yang disangka ayah kepada Shakira. Sebenarnya masa itu Datuk Walid sedang menguruskan urusan penceraian mereka, mungkin sebab rasa bersalah kerana Anida menjadi punca ibu Shakira meninggal dunia. Sebenarnya Datuk Walid ini ada agenda yang baik dan positif untuk Shakira. – Berdasarkan kisah novel Seindah Sakura

Promo Drama Seindah Sakura

httpv://www.youtube.com/watch?v=9uTRRlEyAv4&feature=player_embedded

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • rose 13 June 2012 at 5:28 PM

    best jg cerite ni,cuma mggu akhir x dpt tgk kje byk

    Reply
  • nazri 14 May 2012 at 8:31 PM

    best la drama ni.mmenusuk jiwe seday byk membri pgjran.tq tv3

    Reply
  • Juan 9 May 2012 at 2:18 AM

    saya x pernah lagi tonton drama nih

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

The Star Dipanggil Ekoran Artikel Lauk Babi Dalam Sisipan Ramadan

By Hazmin Hamudin

Dah Dapat Baju Baru

By Hazmin Hamudin

Keesamus

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435H

By Hazmin Hamudin

Makan Di Restoran NJ Zenith Bandar Baru Bangi

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in