Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435H kepada semua pengunjung blog ini, khasnya kepada mereka yang beragama Islam. InshaAllah esok pada hari Selasa bersamaan 4 November 2013 kita akan menyambut tahun baru mengikut kalendar Islam. Setepatnya kalau mengikut kalender Islam adalah selepas waktu Maghrib pada hari ini kita akan meraikan 1 Muharram 1435H
Sedar tak sedar begitu cepat masa meninggalkan kita. Hari ini merupakan hari terakhir tahun 1434 Hijrah. Aku tahu sudah pasti ramai anak-anak muda yang lebih mengetahui tahun baharu Masihi daripada tahun baharu Islam itu sendiri. Buktinya? Berapa ramai la sangat yang akan memenuhi masjid dan surau pada petang ni kalau nak dibandingkan semasa konsert atau sambutan ambang tahun baharu setiap tahun.
Akupun tak nak sentuh banyak mengenai benda tu. Karang cakap aku poyo pulak nak nasihat-nasihat ni sedangkan akupun tunggang langgang. Sendiri mau ingat la kan. Aku pasti yang akan baca entri ni dah besar-besar. Dah boleh fikir. Dah tahu baik buruk.
Kebiasaan bila tiba kemunculan tahun baharu dalam kalender Islam, kita akan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun yang akan dibaca selepas waktu Asar dan juga selepas waktu Maghrib nanti. Kalau tak tahu lagi boleh rujuk entri Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah. Jangan lupa baca hari ni ok.
Tema Sambutan Maal Hijrah 1435H/2013M
Majlis sambutan Maal Hijrah 1435Hperingkat kebangsaan kali ini yang sekali lagi membawa tema ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’, akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Tahun lepas aku turut terlibat dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H/2012M. Memang pengalaman yang menyeronokkan apabila dapat melihat sendiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan depan mata. Tapi tahun ni aku hanya mampu menonton di depan kaca televisyen je.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435H dan selamat bercuti kepada semua. Semoga hijrah kita ke arah kebaikan sentiasa mendapat keberkatan daripadaNYA.
Rasanya belum terlambat lg nak ucapkan ni..
selamat menyambut maal hijrah 1435..
Salam maal hijrah hazmin….
Salam maal hijrah min!! Moga2 kehadiran tahun baru ini akan lebih baik dr tahun2 sebelumnya buat kita semua ya..
salam maal hijrah dik…Moga tahun baru ini kita semua lebih berjaya dan lebih bahagia dan moga hari-hari akan datang lebih baik dari hari sebelumnya….
salam maal hijrah bro 🙂
Salam maal hijrah buat hazmin sekeluarga 🙂
salam maal hijarah juga
semoga kita adalah yg lebih baik dari yg dulu
salam maal hijrah bro!
sama2 kita tingkatkan ibadah kurangkan benda2 takde pekdah =)
salam maal hijrah bro 🙂
mari kita tingkatkan nilai ibadah kita agar lebih baik dari tahun22 yang lalu
Salam Maal Hijrah hazmin.. 🙂
Berhijrah bukan pada tahun baru saja, untuk setiap detik sebenarnya.
salam maal hijrah bt hazmin sekeluarga 🙂
Selamat menyambut maal hijrah bro..semoga tahun ini akan memberi lebih keceriaan dan rahmat insyaallah…
Regards,
-Strider-
Selamat tahun baru dear.
aku kerja.
salam maal hijrah HH…
salam maal hijrah bro… ada azam baru?
Salam Maal Hijrah buat bro ,sama-sama kita sematkan azam di tahun baru ni
Selamat menyambut Maal Hijrah. Mulakan dengan azam baru dan langkah positif! 😀
salam maal hijrah bro..se moga tahun baru ini akan lebih baik unutk kita semua
Semoga kebaikanlah yang kita dapat dan kita buat sepanjang tahun yang mendatang.
Wasatiyah tu memang kena sangat dengan life kita time-time macam ni. Musim harga barang naik ni, memang kena hidup bersederhana, baru dapat berjimat-cermat.
kak aminkan bacaan doa awal tahun dan akhir tahun oleh imam di TV1. semalam ada siaran langsung bersama YDP Agong dan PM. tak kisahlah kat mana pun hazmin. di masjid, di surau, di tv mahupun baca sendiri dalam bilik, yang penting jangan tertinggal saat2 itu..saat kita memohon dosa kita diampunkan. wallahua’lam.
ia memberi info yang menarik..segala maklum balas dr awak saya hargai dan mengucapkan berbanyak terima kasih..salam perkenalan dari saya
ya..salam maal hijrah dari admin kakiblog
salam maal hijrah….
semoga tahun baru nie beroleh barakah
Salam Maal Hijrah… Cuti ke bro?
SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA
moga2 kita sentiasa mendapat rahmayNya
dunia dan akhirat
Terimakasih. Perkongsian yg baik.
Selamat Meyambut Tahun Baru Hijrah Bro….ini baru tahun baru kita….kan….
salam maal hijrah Hazmin…
salam hazmin….selamat menyambut tahun baru maal hijrah ye…
Salam Maal hijrah juga buat Bro dan keluarga 🙂
Salam maal hijrah. Semoga tahun depan lebih baik daripada tahun yang lepas
Ya selamat menyambut Maal Hijrah bro