Kebebasan sebagai penulis blog pun nak disekat ke ? Apa segala berita yang ditulis oleh penulis blog ni tak benar dan palsu ke semuanya. Kena tunggu berita keluar dari mulut orang yang berada ‘di atas’ tu baru boleh dikira benar ? Diorang tu plak siapa yang tentukan kebenaran sesuatu berita tu ?
Payah betul kalau semua benda nak disekat dan dihalang hingga sampai penulisan yang ingin disuarakan oleh seorang penulis blog pun nak dijadikan isu. Lepas ni penulis blog kena ikut cakap orang atas la baru boleh menulis ? Maklumlah apa yang disampaikan oleh meraka memang benar semuanya.
JOHOR BAHRU 23 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta ‘mendisiplinkan’ penulis blog yang ghairah menyebarkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, SKMM perlu bertindak segera kerana fitnah dan tohmahan liar kini berleluasa di alam maya dan mengundang pelbagai masalah jika dibiarkan berlanjutan.
“Jika pihak bertanggungjawab itu membiarkan fitnah dan tohmahan berleluasa di alam maya tanpa sebarang tindakan, ia akan memberi gambaran kepada rakyat bahawa apa yang didakwa itu adalah benar.
“Pihak yang difitnah juga diseru mengambil tindakan dengan memfailkan saman terhadap mereka yang melakukan tohmahan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka,” katanya.
Sumber: Utusan
media pun kuat jugak main fitnah. pemimpin pun kuat jugak main fitnah. kenapa mereka tidak didisiplinkan terlebih dahulu?
Clean your shit before telling others to wear drypers
yang sebenarnya masing-masing ada baik buruk. kalau part diorang tu perfect sgt takda la orang dok mengatakan.
agak2 kalo semua blog sokong dorang, ada tak isu ni timbul? HARAM.
kalo semua blog fitnah pihak pembangkang, ada tak isu ni timbul? JADAH
rilex rilex… kalau diorg laksanakan benda disiplin ni, blogger semua pasti akan bersatu menentang.
benda ni makin serius sebab wujud mcm2 cerita tak sedap pasal kerajaan.masakan pokok bergoyang kalau tiada angin kan
Tu la…Dorang nak jaga kepentingan diorang.. lepas tu pulak kita yang blogger picisan ni pun turut terkena tempias jugak…
nak bagi pendapat tu tak salah..cuma jgn lah extreme sgt sampai berbaur fitnah dan hasutan..
kalau menulis tu jangan terlalu ikut perasaan.tu je…kena fikir baik buruk penulisan kita tu.