• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Gadget / Sony PlayStation 3 Turun Harga

Sony PlayStation 3 Turun Harga

By Hazmin Hamudin | 18 August 2011 | 1 Comment

Sony Playstation 3Syarikat Sony Corp. menurunkan harga konsol permainan video PlayStation 3 keluarannya sebanyak AS$50 (RM148.80) dalam usaha untuk meningkatkan permintaan terhadap mesin permainan itu.

Konsol permainan tersebut kini dijual pada harga AS$249 (RM741), turun 17 peratus berbanding AS$299 (RM890).

Kali terakhir Sony merendahkan harga PlayStation 3 ialah pada 2009 apabila ia melancarkan konsol permainan video itu yang lebih ringan dan nipis.

Pengumuman penurunan harga di seluruh dunia itu dibuat kelmarin kurang sebulan selepas pesaing Sony, Nintendo Co. memotong harga konsol permainan video tangan, Nintendo 3DS.

Pemotongan harga itu diharapkan dapat meningkatkan jualan PlayStation 3 seperti yang berlaku pada 2009.

“Bukan lagi satu rahsia bahawa PlayStation 3 sukar menyaingi konsol permainan video Xbox 360 di rantau Amerika Utara walaupun jualannya lebih baik di Eropah,” kata seorang penganalisis, Jesse Divnich.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • http://Www75.Zippyshare.com/v/6241050/file.html 16 September 2013 at 2:37 AM

    Howdy, i read your blog occasionally and i own a similar one and i was just curious if you get a lot of spam feedback?
    If so how do you stop it, any plugin or anything you can suggest?
    I get so much lately it’s driving me insane so any assistance is
    very much appreciated.

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Keputusan Penuh Anugerah Astro Arena 2012

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #5

By Hazmin Hamudin

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Adik

By Hazmin Hamudin

Perkara Yang Lelaki Perlu Buat Apabila Wanita Datang Bulan (PMS)

By Hazmin Hamudin

Program TV Paling Menjijikkan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in