• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Travelog / SPA Ikan Di ‘Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau Sabah

SPA Ikan Di ‘Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau Sabah

By Hazmin Hamudin | 10 November 2011 | 2 Comments

Pada 7 – 12 Oktober 2011 yang lalu, aku telah berkunjung ke Negeri Sabah. Kalau Sebut Negeri Sabah tak lain dan tak bukan orang akan mengenalinya dengan gelaran “Negeri Di bawah Bayu”. Tujuan aku ke Sabah bukanlah untuk berjalan-jalan makan angin dan bersuka ria semata-mata tetapi adalah untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan di sana. Memang aku begitu teruja sekali memandangkan ini merupakan kali pertama aku ke Sabah.

Kalau dah berjalan ke tempat orang, tak sah la kalau tak berjalan dan berkunjung ke tempat menarik yang ada di sanakan. Nasib baik ada ada pemandu daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang membawa kami bertiga ke mana sahaja untuk menjalankan tugas dan juga berjalan-jalan sepanjang berada di sana.

Selesai menjalankan tugas, kami berkesempatan ke ‘Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau Sabah. Tempat ni terkenal dengan SPA ikan (fish SPA) yang wajib dikunjungi setiap kali ke Sabah kerana mempunyai keunikannya yang tersendiri. Di sini terdapatnya beratus-ratus ikan kelah jinak di sepanjang sungai Moroli ni. Pengunjung dikenakan banyaran untuk masuk iaitu sebanyak RM5.00 untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas, RM2.00 untuk pelajar dan mereka dibawah 18 tahun. Warganegara asing dikenakan bayaran RM10.oo. Tapi bagi mereka yang tinggal di kawasan Ranau tiket berharga RM3.00 dikenakan.

Melalui bayaran tiket tersebut korang boleh mandi atau berendam kaki spa ikan kelah selama 15 minit. Bayaran makanan ikan kelah hanya RM1 je dimana aku cadangkan supaya korang membeli makanan ikan tersebut untuk menarik ikan-ikan datang dengan banyaknya.

“Tagal” dalam dialek Kadazandusun,  bermaksud ‘dilarang memancing’.  Tujuan utama dari ‘tagal’ adalah untuk memelihara alam sekitar serta ekosistem untuk manfaat generasi masa depan. Tetapi ingat, ikan disini tak boleh ditangkap sesuka hati. Berat hukumannya kalau di tangkap tidak kirela mengunakan apa cara sekalipun. Sama-samalah kita menjaga keindahan alam kita ini.

Tagal Sungai Moroli
Punyalah jernih air sungai Moroli ni

 

Tagal Sungai Moroli
Ikan Kelah tengah berkeruman menanti kaki untuk disedut sepuas-puasnya

 

Tagal Sungai Moroli
Konon-konon berani la tu nak cuba SPA ikan kelah ni. Takpa… Tengok kejap lagi macam mana.

 

Tagal Sungai Moroli
Tengah test ikan tu yang lari ke atau aku yang lari kejap lagi

 

Tagal Sungai Moroli
Ha… Tengok… Aku berjaya masuk ke dalam air sambil dikelilingi oleh ikan-ikan kelah yang jinak

 

Tagal Sungai Moroli
Sekali gaya helang keluar gara-gara kegelian kaki digigit dan disedut oleh ikan kelah. Hahaha.. Kantoi sudah…

 

Tagal Sungai Moroli
Akhirnya berjaya mengawal diri sambil kaki digigit dan disedut oleh ikan kelah Sungai Morali, Ranau. Padahal laju je keluar dari air lepas tu. Takpa, gaya yang penting.

 

Tagal Sungai Moroli
Memang seronok bermain dengan ikan-ikan kelah ni tapi jangan ingat tak terasa gigitan ikan kecil-kecil tu.

 

 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Mus 6 February 2012 at 3:06 PM

    memang geli pada mulanya.. lepas tu best pulak..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 February 2012 at 7:34 AM

      ni pun saya cuma masuk dalam air sebab nak ambil gambar.. memang geli bg yg tak biasa tu.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Tidak Sensitif Gempa Bumi Di Aceh, KFC Thailand Mohon Maaf

By Hazmin Hamudin

Berkursus Di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai, Perak

By Hazmin Hamudin

Melepak Di Pantai Teluk Kemang

By Hazmin Hamudin

Drama Vanilla Coklat Episod 8 Uncut Scene

By Hazmin Hamudin

Roti Subway Malaysia Selamat Dimakan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in