• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Sultan Sulu Jamalul Kiram III Meninggal Dunia

Sultan Sulu Jamalul Kiram III Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin | 21 October 2013 | 15 Comments

Sultan Sulu Jamalul Kiram III

Rakyat Malaysia sudah pasti tidak akan dapat melupakan kekejaman yang telah dilakukan oleh Sultan Sulu Jamalul Kiram III ke atas Lahad Datu, Sabah. Apa yang telah dia lakukan kepada pejuang-pejuang negara yang telah mengorbankan nyawa anggota keselamatan ketika mempertahankan kedaulatan Sabah memang tidak dapat dimaafkan oleh semua.

Tapi siapa dia untuk melawan hukum alam. Hukum Allah. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Setiap yang bernyawa pasti akan mati akhirnya. Nyawa Sultan Sulu Jamalul Kiram III akhirnya telah sampai ke penghujungnya apabila telah disahkan meninggal dunia akibat kegagalan organ dalaman.

Lepas balasan daripada Alla di dunia, lepas daripada hukuman manusia di dunia, tapi di akhirat tiada siapa yang tahu. Kita hanya mampu doakan yang baik-baik sahaja. Tapi ahli keluarga anggota keselamatan yang menjadi mangsa pasti tidak akan dapat memaafkan apa yang telah beliau lakukan sehingga mengorbankan keluarga yang tercinta.

Rakyat Malaysia sudah pasti akan sentiasa ingat peristiwa hitam berdarah ini dalam lipatan sejarah. Apa-apapun aku ucapkan takziah kepada keluarga arwah. Apa yang aku utarakan adalah dari pandangan aku sebagai rakyat Malaysia dan kekejaman yang telah beliau lakukan kepada anggota keselamatan yang tidak bersalah. Mungkin dari beliau ada pendapat dari sudut yang berbeza yang kita sendiri tidak tahu. wallahualam.

Selanjutnya bolehlah baca berita berkenaan kematian Sultan Sulu Jamalul Kiram III di bawah:

MANILA – Lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram III (gambar) meninggal dunia akibat kegagalan organ semalam, kata isterinya.

Sulu merupakan kepulauan milik Filipina yang terletak di selatan negara berkenaan.

Isterinya, Fatima Kiram berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital kerajaan di sini pada usia 75 tahun selepas menghidap sakit buah pinggang.

“Sultan Kiram III meninggal dunia sebagai orang miskin tetapi bermaruah,” kata Fatima kepada agensi berita AFP.

“Kata-kata terakhir suami saya adalah supaya semua saudara dan pengikutnya terus berjuang (menuntut Sabah) demi bangsa kita. Jangan pinggirkan anak bangsa kita,” dia memetik Kiram III sebagai berkata.

Bagaimanapun, menurut Fatima, wasiat tersebut bukan bermakna pengikut Kiram III akan melancarkan keganasan baharu.

Sebaliknya, kata Fatima, keluarga diraja berkenaan bersedia untuk berunding dengan kerajaan Malaysia berhubung isu tuntutan ke atas Sabah.

Sebelum kematiannya, Kiram III menjalani rawatan dialisis dua kali seminggu.

Pada Februari lalu, seramai 200 pengikut Kiram III yang lengkap bersenjata menceroboh Lahad Datu di Negeri Sabah dengan diketuai saudara lelakinya, Agbimuddin Kiram.

Pencerobohan tersebut dilakukan bagi menuntut Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah milik Kesultanan Sulu.

Selepas kumpulan tersebut berkeras enggan meletak senjata, pasukan keselamatan Malaysia terpaksa bertindak ke atas mereka.

Pertempuran berdarah itu menyebabkan berpuluh-puluh pengikut Kiram III terbunuh dengan sebahagian lagi penceroboh bertindak melarikan diri.

Sebanyak sembilan anggota pasukan keselamatan dan enam orang awam turut terkorban dalam keganasan yang dilancarkan oleh Kiram III.

Kesultanan Sulu pernah memerintah pulau-pulau di selatan Filipina termasuk Sabah.

Namun, kesultanan tersebut hilang penguasaan ke atas Sabah kepada kuasa kolonial British pada kurun ke-18.

Bekas tanah jajahan British itu kemudian menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada 1963.

Sebelum ini, Kiram III dan keluarganya sebagai pewaris kepada Kesultanan Sulu terus menerima pampasan tahunan sebanyak RM5,300 daripada kerajaan Malaysia.

Namun, keluarganya menyatakan bayaran tersebut adalah terlalu sedikit.

Selain Kiram III, terdapat beberapa pewaris lain yang mendakwa diri mereka Sultan Sulu yang sebenar.

Menurut Fatima, adik lelaki suaminya, Bantillan akan mengambil alih sebagai Sultan Sulu kerana dia yang berhak ke atas takhta berkenaan.

Dalam pada itu, pengikut bersenjata Kiram III kini didakwa meningkat kepada 1,600 orang selepas disokong oleh kumpulan pemisah Filipina, Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro. – Agensi

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • fauzie 30 October 2013 at 7:30 AM

    turut berduka atas meninggalnya Sultan Sulu Jamalul Kiram III
    kita berharap, semoga perdamaian benar2 terwujud di Sulu dan juga Sabah. semoga tak ada lagi pertumpahan darah di sini.

    Reply
  • As Sabiluna 24 October 2013 at 11:22 PM

    al fatihah untuk ke seluruh keluarga diraja sulu

    Reply
  • ema 22 October 2013 at 9:41 AM

    Al-fatihah

    Reply
  • eridy 22 October 2013 at 9:28 AM

    Mereka perlu belajar undang2. Bukan ikut style Filipina yang bunuh orang pun blh bayar dengan lembu.

    Reply
  • baby comel 22 October 2013 at 3:08 AM

    moga ada penyelesaian isu Sulu ni kan. Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali..

    Reply
  • wazy 22 October 2013 at 12:27 AM

    Al-fatihah..semoga pergolakkan tersebut selesai dengan cara baik

    Reply
  • anies 21 October 2013 at 6:16 PM

    innalillahi wainna ilaihi raajiun…

    Reply
  • titan 21 October 2013 at 3:06 PM

    bincang elok-elok..itu je aku nak cakap.

    Reply
  • lieyalatif 21 October 2013 at 11:43 AM

    al fatihah….

    ape yg die buat kat malaysia mmg takleh diterima dan dilupakan dgn mudah oleh kite….ye laaa tgk dari jumlah nyawa pejuang kite yg terkorban mmg masih meluap2 lagi kemarahan kite…..

    Reply
  • KesumaAngsana 21 October 2013 at 11:30 AM

    Al fatihah & maaf lambat terjah balik, kebusyan dgn kerja & kesihatan Adik x mengizinkan lately !

    Reply
  • suriaamanda 21 October 2013 at 10:40 AM

    Alfatihah…

    Reply
  • t.a.t.a 21 October 2013 at 9:38 AM

    kadang kala kita tak boleh nak tafsirkan apa yang berlaku dari segi apa yang kita dengar dan baca, selagi kita tidak berada di sana atau pun kita tidak mengalaminya sendiri.

    apa pun AlFatihah pada arwah.

    Reply
  • blogger lelaki 21 October 2013 at 9:36 AM

    semoga pergolakan dlm menuntut sabah akan selesai

    Reply
  • Anak Askar Pencen 21 October 2013 at 9:25 AM

    Semoga keamanan di Malaysia dapat dikekalkan. Jangan nanti tetiba keluar ada orang lain claim dia pewaris takhta Kesultanan Sulu yang terlatest sudah. Kang jadi macam cerita Games of Throne pulak kat Sabah tu.

    Reply
  • pahan 21 October 2013 at 9:24 AM

    apa2 pun, aku nak ucap takziah. Allah lebih mengetahui apa2 yang dirancang oleh manusia.

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Hari Malaysia Ke-50

By Hazmin Hamudin

Kejadian Menyeluk Saku di KTM Komuter

By Hazmin Hamudin

Fesyen Apakah Macam Ini ?

By Hazmin Hamudin

Perkara Yang Lelaki Perlu Buat Apabila Wanita Datang Bulan (PMS)

By Hazmin Hamudin

Permohonan Pakej Komunikasi Belia Bermula 1 Januari 2013

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in