• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Fesyen / Fesyen Apakah Macam Ini ?

Fesyen Apakah Macam Ini ?

By Hazmin Hamudin | 30 August 2014 | 21 Comments

Fesyen Apakah Ini

Cuti hujung minggu macam selalunya memang aku keluar jalan-jalan. Tak kira la pergi membeli-belah, menonton wayang, atau cuma membuang masa begitu sahaja. Untung-untung boleh mencuci mata, telinga tangan dan segala anggota badan yang lain.

Biasalah hari ni pulak ada sambutan kemerdekaan, jadi bermacam-macam ragam manusia dapat dilihat. Pertunjukkan fesyen secara percuma juga akan berlangsung di sana-sini dengan meriahnya terutama di tempat tumpuan sambutan kemerdekaan seperti di Bukit Bintang. Rugi wo tak tengok pertunjukkan fesyen percuma ni.

Tengah sedap berjalan, terpandang dua orang wanita sedang berjalan dengan ayu nya. Sah, pertunjukan fesyen dah berlangsung dah. Berjalan dengan ayu nya lagak seorang model memperagakan pakaian yang dipakai. Ini memang gaya seorang muslimah ni. Lengkap dengan bertudung.

Tapi. Ada tapinya.

Apasal lu orang pakai itu kain singkat? Atas dah tertutup cantik dah. Lengkap bertudung dan baju longgar berlengan panjang. Tapi kenapa tang bawah kain singkat pulak dah. Fesyen apakah macam ni? Ke aku yang kolot sangat sampai fesyen kain singkat macam ni pun aku tak tahu? Ah.. Kolot tak kolot. Fesyen macam ni memang aku tak boleh nak terima.

Orang yang pakai seksi tu dah memang sah-sah la diorang tu tak tutup aurat. Terang-terang dedah sana-sini. Tapi ni yang bertudung dah ok dah. bahagian bawah fail la pulak. Aduh. Ni lah dia yang dikatakan mangsa fesyen kan? Ni belum lagi aku ulas pasal isu tudung besar sebijik macam alien tu. Susah kalau dah melebih-lebih bab fesyen ni.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Noriza Rahman 7 November 2014 at 7:33 AM

    Ini la parahnya bila main ikut ja. Tak paham konsep menutup aurat yang sebenar2nya

    Reply
  • Ell 15 September 2014 at 5:03 PM

    fesyen banjir ni org ckp hahaha

    Reply
  • Ezad Skytech 8 September 2014 at 10:36 PM

    terlupa nak pakai stokin la tu…bersangka baik…hee

    Reply
  • mai has 8 September 2014 at 1:56 PM

    kalau tidak pun pakai la stokin…mereka adakalanya tidak peka dgn sekeliling…

    Reply
  • PTD 5 September 2014 at 8:47 PM

    Asalkan dia bahagia sudah.. hehehe 😀

    Reply
  • deqnoor 5 September 2014 at 6:28 PM

    1st time tgk fesyen mcm ni… hmm…

    Reply
  • anies 2 September 2014 at 5:07 PM

    sy panggil fesyen org tenat

    Reply
  • Hairul Hissam 1 September 2014 at 8:52 PM

    kena belikan diaorg stokin tu.. heee

    Reply
  • titan 1 September 2014 at 6:56 PM

    hang tegur tak minah tu?

    Reply
  • pipoq 31 August 2014 at 7:00 PM

    itu la namanya berpakaian mengikut fesyen..kalo berpakaian mengikut syariat, takkan ada ‘Tapi. Ada tapinya.’ tu..

    Reply
  • wazy 31 August 2014 at 2:03 PM

    Area di rumah dorang banir kot bro, tu ayng pakai singkat je

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 August 2014 at 3:42 PM

      Mungkin la. Hehe. bersangka baik.

      Reply
  • jari manis 31 August 2014 at 11:25 AM

    klau belum kawin jgn cari yg berfesyen mcm tu tau cari yg berfesyen spt Jm ni hhohohoho heee
    Pssst : walhal main belasah je pakai

    Reply
  • jari manis 31 August 2014 at 10:07 AM

    Alamak! Jm pun x pandai berfesyen main belasah je huhuhu urmmm kain singkat tu ok lg dari yg pakai tudung tp tshirt lengan pendek nampak lengan ngan gebus camno tu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 August 2014 at 10:55 AM

      Tapi nampak macam tak elok pulak macam ni JM. hehe.

      Reply
  • JR 31 August 2014 at 8:21 AM

    Agaknya orang ini tak tahan panas di bahagian bawahnya kot. Jadi kenalah buka supaya angin dapat masuk membelai bahagian bawah…. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 August 2014 at 10:54 AM

      Haha. “angin dapat masuk membelai bahagian bawah” ye bro JR. hehe

      Reply
  • Cik Siti 31 August 2014 at 1:08 AM

    mcm pelik ja.. Pakai tudung, tapi bawah mcm tu…
    Baju semua ada dalam washing machine, tinggal baju yg singkat tu ja utk dipakai. Ada hal emergency kat mall…melibatkan hidup dan mati..sebab tu la terpaksa jugak pakai..bersangkabaik** =)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 August 2014 at 10:53 AM

      Hehe. Mungkin la jugakkan.. 🙂

      Reply
  • eyriqazz 31 August 2014 at 12:32 AM

    Kaki lelaki ke kaki perempuan tu?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 August 2014 at 10:52 AM

      Haha. Luaran memang nampak perempuan bro. Tak tahu pulak kalau lelaki :p

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday | Macam Ni Pun boleh?

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Malaya Heroes

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435H

By Hazmin Hamudin

Kembali Pulang

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Kereta Tamiya Tinggal Rangka

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in