• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Politik dan Isu Semasa / Tahniah Kepada BN Menang PRU13

Tahniah Kepada BN Menang PRU13

By Hazmin Hamudin | 6 May 2013 | 54 Comments

Tahniah BN Menang PRU13

Tahniah diucapkan kepada Barisan Nasional (BN) kerana menang PRU13. BN berjaya meneruskan pemerintahan di peringkat pusat dengan memperoleh 133 kerusi Parlimen. Manakala Pakatan Rakyat (PR), yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula memperoleh 89 kerusi Parlimen. Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Aku sebenarnya tak kisah siapa yang menang PRU13 dan siapa yang akan meneruskan pemerintahan. Aku harap yang menang akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah. Segala janji dalam menisfesto yang telah dibuat kepada rakyat sebelum PRU13 harap dapat ditunaikan. Jangan pulak janji tinggal janji. Jangan hanya janji di kertas sahaja.

Pihak yang kalah pulak harap dapat terima kekalahan dengan hati yang terbuka. Mungkin segala yang terjadi ada hikmah dan segala keputusan telah ditentukan olehNya. Kalau pihak yang menang main cara kotor, anggap sahaja kemudian hari pasti ada balasannya. Di dunia mungkin terlepas, tapi di akhirat tiada seorangpun akan terlepas. Lagipun bukannya PR kalah teruskan. BN pun bukan menang besar.

Walau apapun yang berlaku, kehidupan harus diteruskan. Pilihan Raya Umum ke-13 telah selamat diadakan dan keputusannya pun telah diketahui. Walau siapa yang memerintah, pembangunan negara harus diteruskan. Kebajikan rakyat harus dijaga.

Cuma yang aku tak puas hati kenapa tiada pengumuman cuti umum hari ni. Rasanya bukan aku sorang saja yang tak puas hati. Ramai yang bersengkang mata menunggu keputusan PRU13 sehingga awal pagi. Ramai juga yang menunggu keputusan cuti diumumkan. Tapi malangnya harapan cuma tinggal harapan. Pagi ni terpaksalah masuk kerja macam biasa. Rutin harian harus diteruskan seperti biasa.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Ladfe Amir 9 May 2013 at 12:28 AM

    mesti ada kalah dan menang

    Reply
  • hanafi abdullah 7 May 2013 at 10:59 PM

    ketiadaan cuti umum kerana kejayaan parti yang menang belum cukup cemerlang.

    Reply
  • cik tom 7 May 2013 at 5:30 PM

    tahniah pd bn yg menang..wlpn kedua2 belah parti frust..ini menunjukkan kuasa memilih ditgn rakyat..so pd yg terpilih semoga menjalankan amanah dgn baik 🙂

    Reply
  • Baby Jane 7 May 2013 at 5:14 PM

    nak ubah! nak ubah!

    Reply
  • kesumaAngsana 7 May 2013 at 1:54 PM

    apapun terima keputusan dgn redha & hati terbuka…

    Reply
  • Myra Jay 7 May 2013 at 10:47 AM

    Tahniah pada BN… 🙂

    Cuma Penang masih di tangan DAP.. huhuu

    Reply
  • yui 7 May 2013 at 9:00 AM

    Tahniah diucapkan.. sila jlnkan tggjwb sebaiknya.. janji ditepati =)

    Reply
  • donnyien 7 May 2013 at 6:35 AM

    Tahniah BN. Semoga Malaysia terus aman dan makmur..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:56 AM

      Harapnya begitulah kan bro.

      Reply
  • BUNDA 7 May 2013 at 5:32 AM

    selesai sudah… Tahniah BN..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:56 AM

      Itulah.. Berakhir dah. Kena teruskan kehidupan seperti biasa.

      Reply
  • cikbolat 7 May 2013 at 1:15 AM

    hmmm tahniahh

    Reply
  • JR 7 May 2013 at 12:55 AM

    Tahniah kpd BN kerana memenangi PRU-13. Tahniah juga kpd PR kerana berjaya memperolehi undi yg lebih banyak dari BN. Mengikut sumber SPR, PR memperolehi keseluruhan 5.5 juta undi, berbanding BN yg cuma mendapat 5.2 juta undi.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:56 AM

      Itulah.. Cuma mereka menang dekat Parlimen. Kemenangan mereka pun tidak boleh dibanggakan sebenarnya sebab semakin mengecil kerusi Parlimen yang dimenangi.

      Reply
  • afif 6 May 2013 at 11:48 PM

    semoga mampu mentadbir dengan baik selepas ni..tensen lagi..punya menuggu pengunguman keputusan dekat selangor..langsung tak umum..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:55 AM

      Itulah.. Najib pun nampak sedih mungkin sebab gagal tawan Selangor.

      Reply
  • Sop 6 May 2013 at 10:51 PM

    tahniah kpd semua yang menang bertanding
    masa utk buktinya rakyat berbaloi mengundi bukan?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:54 AM

      Kalau masa di tahap dan cara kerja yang sama alamatnya memang betul-betul tukar la untuk PRU akan datang.

      Reply
  • zool 6 May 2013 at 10:31 PM

    semoga lebih baik dari sebelumnya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:52 AM

      harapnya macam tu la kan bro zool

      Reply
  • MK Kimi 6 May 2013 at 10:06 PM

    moga lebih adil dan sama rata. tiada lagi sikap kronisme

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:51 AM

      Dan juga racist kan bro. Makin menjadi-jadi pulak racist sekarang ni.

      Reply
  • harith 6 May 2013 at 7:15 PM

    tahniah BN 🙂

    Reply
  • Qashmere 6 May 2013 at 6:17 PM

    Tahniah pada BN dan PKR….
    Dua – dua tu yang menang jalankan tanggungjawab. Turun2 ler tengok rakyat…kami perlukan anda..penambahbaikan tempat kami..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:48 AM

      Betul tu. Kalau menang tapi tak turun kepada rakyat bawahan ni memang mendukacitakan la kan.

      Reply
  • puteri kasih 6 May 2013 at 6:03 PM

    tahniah BN..moga semua janji ditunaikan 🙂

    p/s ramai yang menunggu pengumuman cuti malam tadi..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:47 AM

      Hehe.. Tapi hampa takda cuti yang diumumkan.

      Reply
  • deno 6 May 2013 at 6:02 PM

    tahniah BN!!!! semoga apa yang dijanjikan akan ditunaikan dan semoga malaysia akan terus aman, makmur dan sentosa 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:47 AM

      InshaAllah.. 🙂

      Reply
  • whitecappuccino 6 May 2013 at 5:41 PM

    tahniah BN dapat menerajui negara lagi..moga ada penambahbaikan agar sokongan rakyat terus padu .

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:47 AM

      Memang perlu penambahbaikan yang drastik kalau BN nak menang lagi lepas ni.

      Reply
  • TehR 6 May 2013 at 5:26 PM

    tahniah
    kepada yang menang dan yang kalah
    moga2 kita sentiasa aman sejahtera

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:46 AM

      Jangan ada kacau bilau dekat negara yang aman ni kan cikgu TehR

      Reply
  • Juan 6 May 2013 at 3:42 PM

    yeyyyyy, tahniah BN kerana menang tetapi kena la ambil hati rakyat yg x menyokong

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:45 AM

      Betul tu. Ramai jugak yang tak menyokong tu. Memang BN kena kerja keras sepanjang lima tahun ni.

      Reply
  • Kak Zakie Purvit 6 May 2013 at 2:45 PM

    Kakak pun ingatkan ada cuti. Dahlah mengira undi sampai hampir subuh (tak pulak masuk dlm sejarah) sebab inilah kali pertama PRU lewat bukan main dan kira pun lewat bukan main…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:45 AM

      Itulah kak. Patut bagi la rehat dekat rakyat yang dah keluar mengundi dan bertungkus lumus bekerja sepanjang mengundi kan kak

      Reply
  • maszull 6 May 2013 at 2:37 PM

    assalamualaikum hazmin…tahniah2 pada yg berjaya kan..:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:02 AM

      Itulah.. Tak kira la siapa yang menang. Tahniah. Hehe

      Reply
  • titan 6 May 2013 at 2:09 PM

    tahniah kepaa BN.

    Reply
  • Khairul Zamri 6 May 2013 at 1:14 PM

    Tahniah2 huhu

    Reply
  • HafizAmri 6 May 2013 at 12:49 PM

    Semoga yang di amanahkan dapat memerintah dengan adil dan seksama..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 7:54 AM

      Betul tu bro. Perintah dengan penuh tanggungjawab.

      Reply
  • schaze 6 May 2013 at 12:14 PM

    Alhamdulillah menang 🙂
    Tapi Perak kena keje je. hewhew

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 7:53 AM

      Negeri-negeri BN ni kedekut nak bagi cuti. Itupun tak pandai ambik hati rakyat macam mana la nak menangkan.

      Reply
  • akubiomed 6 May 2013 at 12:07 PM

    Selangor cuti. Yeah. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 7:53 AM

      Hehe.. Untung la orang yang bekerja di Selangor.

      Reply
  • BUNDA 6 May 2013 at 11:33 AM

    Assalam, bunda singgah pagi isnin…

    Reply
  • hafizmd 6 May 2013 at 11:22 AM

    hehe..ambe setuju tu…sesape pun menang, janji buat kerja demi agama, bangsa dan negara…jgn p makin angin byk sgt, nnti rakyat naik angin siaplah!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 7:52 AM

      Hehe.. Makan angin sikit-sikit biasa la lagi kan. Kalau dah banyak sangat memang rakyat berangin je nanti.

      Reply
  • onlajer 6 May 2013 at 11:12 AM

    rajin bro tunggu sampai awal pagi hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 7:52 AM

      Tunggu ada cuti ke tak. Hehe.

      Reply
  • Hafizul 6 May 2013 at 10:41 AM

    Saya tak nak ulas panjang-pangang..haha..cuma nak ucapkan tahniah kerana diberi kepercayaan untuk memimpin pada PRU13 ni..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 7:51 AM

      Bab-bab politik ni jangan diulas banyak, takut nanti jadi cerita lain pulakkan bro.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday | Pak Cik

By Hazmin Hamudin

Ku Ukir Indah Namamu

By Hazmin Hamudin

Mimpi Indahku Telah Diganggu !

By Hazmin Hamudin

Kursus Lead Auditor

By Hazmin Hamudin

Hadiah Hari Lahir Untuk Aku

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in