Tahniah diucapkan kepada pasukan Pahang kerana telah menjadi juara Piala Malaysia 2013. Perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Pahang dan Kelantan yang berlangsung di Stadium Shah Alam sebentar tadi menyaksikan pasukan Pahang berjaya menundukkan pasukan Kelantan dengan jaringan 1-0.
Nampaknya dengan kemenangan ini, penantian 21 tahun Pahang untuk muncul juara Piala Malaysia 2013 telah berakhir.
Stadium Shah Alam telah digegarkan dengan pekikan dan sorakan penyokong pasukan Tok Gajah pada minit ke-59 perlawanan apabila Pahang berjaya mendahului Kelantan 1-0 menerusi gol tandukan hasil hantaran cantik Azamudin Akil. Jaringan tersebut dijaringkan oleh pemain import pasukan Pahang dari Argentina iaitu Matias Conti.
Memang sudah dijangka oleh kebanyakan pihak yang perlawanan pada malam ini tiada jaringan yang besar. Walaupun hanya satu jaringan sahaja yang dihasilkan, tetapi perlawanan menyerang yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan telah berjaya menghiburkan penonton. Dengan kemasukan Fakri Saarani pada separuh masa kedua juga aku tengok telah menambah bisa serangan pasukan Kelantan.
Tahniah sekali lagi kepada Pahang yang telah menjadi juara pada malam ini. Untuk pasukan Kelantan, lepas ni boleh perbaiki apa yang kurang. Tahun depan boleh cuba lagi.
Walaupun Selangor telah tersungkur di peringkat kumpulan lagi, Selangor tetap di hati aku. Haha.
koi org Pahang …. tahniah…. heheheh
tahniah team pahang!!
SA sokong TRW..tp tu l PHG menang…apapun tahniah tu pahang team..
musim depan kelantan akan rampas balik
awas! đŸ˜€
akak tak tgk pun bola…apapun tahniah Pahang….hehehe
Aku suka Pahang main malam tadi.. TRW pun main baik.. tapi tu la, bola memang bulat..
kawasan umah sy senyap sunyi…time kelantan mng selalu jd mcm stadium..bising ya amat…
tahinha buat Pahang..tahun depan semoga TRW bangkit kembali
Tahniah buat pahang. Walaupun hujan turun, tapi kedua2 pasukan menunjukkan persembahan yang baik buat kami.
P.s Luaskan kuasanya JOHOR!!!
Itulah. Nasib padang tidak teruk bertakung air. Kalau tak mesti perlawanan tidak menarik. Hehe. JDT tahun depan nampak macam nak mengganas je.
wah! bro peminat pasukan Selangor!..anyway tahniah untuk pasukan pahang
Mestilah Selangor tetap di hati. Hehe