Dalam entri Tambah Nilai Prabayar dan Pek SIM Kena Cukai 6% Mulai 15 September, syarikat-syarikat telekomunikasi (Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain lagi) ingin mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna sebanyak enam peratus setiap kali pengguna menambah nilai dan membeli pek SIM baharu.
Setelah mendapat tentangan pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dianggap kurang wajar oleh syarikat telekomunikasi terbabit telah menyebabkan menteri yang berkenaan telah campur tangan dalam isu ini. Maka pada hari ini syarikat telekomunikasi bersetuju menangguhkan terlebih dahulu kutipan cukai perkhidmatan enam peratus tersebut sehingga perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Walaubagaimanapun, caj perkhidmatan sebanyak enam peratus akan tetap dikenakan kepada pengguna yang membeli pek SIM (pek permulaan prabayar) yang baharu.
Kalau syarikat telekomunikasi (TELCO) membatalkan terus hasrat untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kepada pengguna untuk membeli tambah nilai, sudah pastinya perkara ini akan memberikan kelegaan kepada pengguna perkhidmatan prabayar yang kebanyakannya adalah remaja dan masih bersekolah.
KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.
“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.
“Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile).
Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Jumaat ini.
entah lama mana tangguh nya tu
sampai PRU mungkin ? 🙂
Mujuq ditangguhkan.. Thanks to Gov kerana mendengar suara hati rakyat..
Tapi tak tahu la sampai bila nak tangguhkan.Biasa la mainan politik je semua ni.
even postpaid pun de tax kan..hurmmm
tu la..dengarnya macam tu..tapi call rate dia rendahkan berbanding prepaid ni..
tangguh jer bro…nanti apa cer ? hihihi..:)
Harap-harap terus cancel la… kalau tak, terpaksa la beralih kepada postpaid.