Cerita biasa bagi kebanyakan orang yang bekerja makan gaji apabila tiba hari Isnin. Ditambah pulak dengan cuti hari raya yang panjang. Terasa permulaan hari yang sangat ‘nikmat’. Agrhh.. Memang nikmat. Nampak tak ‘kenikmatannya’ di situ. Rutin harian yang memang kalau boleh tidak mahu dilalui. Kenapakah hari Isnin perlu wujud? Tak dapat aku nak jawab.
Aku kalau raya memang akan ambik cuti yang agak panjang jugak. Aku tahu aku masih lagi bujang, tiada anak dan yang best kampung hanya terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. Jadinya dah lali dah dengar ayat macam ni, “eh.. Macam ada anak sekolah pulakkan ko ambik cuti lama” ataupun “macamlah kampung ko tu jauh sangat nak cuti lama” kata orang yang selalu dengki. Eh, aku punya cuti suka hati aku la nak ambik cuti berapa lamakan.
Ada aku kisah orang nak cakap apa. Haha.. Dalam setahun bukan main lama aku bekerja, kena bantai dengan orang atas, ataupun selambak kerja pegawai-pegawai atasan bagi, apa salahnya nak rehat lama sikit. Sehari sebelum raya pun aku kerja lagi apa. Jadi, lepas raya aku bantailah cuti lama sikit. Hari ni barulah aku masuk ofis balik.
Tapi bila dah lama cuti ni, mulalah lemak malas berleluasa dalam badan. Nasiblah.. Ni lah akibatnya apabila lama sangat bercutikan. Banyak benda kena ‘tune’ balik. Nak cari mood bekerjapun satu hal lagi. Dalam kepala ni memang dah selalu fikir dah sampai bila nak kerja makan gaji macam ni. Tapi apa nak buat, nak tak nak kerja tetap kena teruskan demi kelangsungan hidup. Ok lah, selamat bekerja dan menghadapi Monday Blues dengan jayanya.
Posted from WordPress for BlackBerry.
kerja adalah rutin harian yang perlu kita hadapi hari-hari..
hahaa…aq tak tahu nak gelak or sengih je.. coz bila cuti panjg mmg buat badan naik lemak jew….. tapi lama2 isya-Allah mood kerja kembali lagi… selamat bercuti yer bro
Kalau opis kawe dulu, boss tak bagi cuti lama-lama. Dia ckp kalau hang boleh tak der di opis lama dan opis boleh jalan, buat apa aku ambik hang keje.. he he..
hehe..cuti je bro selagi ada cuti tu..
Sehari dua lagi boleh pulih seperti sediakala ๐
Ada pula tu krn tak puas bercuti sanggup buat muka sadis jumpa doktor dan akhirnya dgn belas ihsan doktor dpt lah MC 1-2 hari…. ๐
saya tidak mahu merosakkan rekod perkhidmatan dengan MC tanpa sakit ni. Hehe. Boleh mendatangkan masalah dikemudian hari nanti.
bahaya cuti lama, abang besar sudah pulang hahaha
Siapa abang besar bro? Hehe.
hehehe senasib la kita bro,entri pun elbih kurang je ni
Hehe.. Ramai nampaknya menghadapi masalah yang sama hari ni.
Kerja tak kena dengan jiwa ni memang nak hadapnya terasa berat ya amat. Kena pulak cuti ambik lama sangat, nak refresh tu memang makan masa la. Tapi rasanya, semua orang macam tu kot. Sebab buat masa ni kalau jabatan-jabatan kerajaan tu tengah sibuk buat jamuan raya. Makan sesaje orang kerja kerajaan ni ye. Hehehe
Tau-tau je kerja tak kena dengan jiwakan. Itulah yang selalu liat je nak pergi kerja. Tapi apa nak buatkan.
Jangan lama2 sangat cari mood kerja uihihi
Kejap je ni bro nak recover balik. Hehe.. susah kalau lama-lama.
Aku juga pernah alami pertanyaan sebegitu semasa bujang.
Yang peliknya perlu kah mempersoalkan tentang cuti raya lama & kampung dekat?
Dan part yang paling best mesti “soalan yang sama” yang dipersoalkan setiap kali cuti raya.
Apa ke halnya?
huhu.
Itulah pasal. Apa ingat orang bujang ni tak boleh bercuti dan kena jaga pejabat je ke. Hehe.
Mmg lemau jugak cuti lama2…tp sebab dah setting minda 2-3 hari sebelum habis cuti yg cuti dah nak habis…taklah monday blues sgt hari ni….hehe
Monday blues tu perkara biasa tiap hari Isnin. Tapi yang kali ni lain macam sikit sebab baru abis cuti raya. Lagi bertambah liat.
nikmat o bila cuti lama lama ni…
Memang nikmat bro. Tapi lepas tu tanggung la azab pulak.
Bestnya bercuti lama-lamaaaaaaaaaaaaa… takyah kejer tapi dapat gaji… eh? Boleh gitu? Hahaha
Memang tak boleh la mummy tak kerja tapi dapat gaji. Melainkan berniaga yang dah maju. Semua orang uruskan. Hehe
betul tu memang amat malas ni
Terjebak sekali ke bro? Hehe
akak dah rasa minggu lepas, minggu ni back to normal kakakkaa
Untung la kak. Hehe. Takpa, kejap je ni nak recovery.
cerita pasal kerja nih semalam tertonton pm singapura yang membentangkan isu puluhuhan ribu rakyat china,india dan vietnam yang grad setiap tahun.
Rasanya dekat Malaysia pun dah alamai benda yang sama. Nilai Ijazah tu dah takda makna.
sbb tu xmoh amek cuti panjang.. nnt liat nak keje.. hehehe
Sekali sekala kena juga rehatkan diri. Kalau tak asyik mengadap kerja yang tak sudah. Hehe
Bila cuti panjang. datang kerja pun blur. ๐
Perkara biasa tu bro. Hehe. Tak tahu nak mulakan kerja yang mana.
samalah ni penyakit M dtg lepas cuti pjg hehehe
Hehe.. Rasanya ramai rakyat Malaysia terutamanya orang Malayu hidap penyakit ni hari ni kan kak KA.