• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Pandangan / Kualiti Atau Kuantiti Lagi Penting ?

Kualiti Atau Kuantiti Lagi Penting ?

By Hazmin Hamudin | 9 March 2011 | 12 Comments

Rasanya isu ni dah banyak kali diperkata dan diperdebatkan oleh kebanyakan blogger dalam blog-blog mereka. Kalau sudah banyak kali diperkatakan sudah tentukan isu ni bukan lagi isu baru dalam dunia blog ni kan. Bukan begitu ? 
Dalam perniagaan misalnya, sebagai seorang peniga adakah kroang akan mementingkan kualiti sesuatu produk dan barangan yang dijual atau pun anda lebih mengutamakan kualiti sesutau barang tersebut ? Sudah pastinya di kedua-dua pihak penjual dan pembeli mempunyai jawapan yang berbeza bukan. Sebagai  peniaga, kita sudah pastinya lebih mengejar dan memaksimumkan keuntungan dalam berniaga. Kalau nak dapat untung sudah pastilah perlu menjual seberapa banyak barang yang boleh. Bagi pembeli pula sudah pastilah mereka hendak mendapatkan perkhidmatan atau pun mutu barangan yang terbaik di mana kualiti menjadi aspek terpenting.
Jadi mana yang lebih penting ? Barang yang berkualiti atau menjual sebanyak yang mungkin. Kalau perkara ini diletakkan atau disamakan dengan blog pula bagaimana ? Dalam hal ini cuba kita letakkan pula blogger di tempat peniaga atau penjual yang menjual blog (entri-entri) mereka. Adakah kita akan cuba untuk menjual sebanyak mungkin entri kepada pembaca untuk meraih trafik yang tinggi atau pun membuat entri-entri yang berkualiti untuk kehendak dan kepuasan pembaca.
Sebagai blogger baru, aku pun tidak terkecuali untuk mendapatkan trafik sebanyak yang mungkin dan cuba mengeluarkan entri-entri yang banyak untuk pembaca blog aku. Tapi adakah mereka semua puas dengan apa yang aku ceritakan dalam entri atau aku sekadar syok sendiri.
Pendapat aku dalam isu ni, kualiti dan kuantiti sangat penting dan berkait rapat antara satu sama lain. Macam mana kita nak meningkatkan trafik kalau kita tidak keluarkan entri setiap hari dan macam mana pula pembaca nak tertarik kalau entri tersebut tidak berkualiti. Jadi, perkara ini terpulang la kepada blogger itu sendiri sama ada untuk menjadi blogger yang syok sendiri dengan mengeluarkan sebanyak sebanyak mungkin entri yang kosong pengisiannya atau blogger yang entri yang berkualiti tapi jarang-jarang dikeluarkan. untuk tatapan pembaca. Mungkin juga di tengah-tengah antara keduanya. Korang sudah tahu jawapannya bukan ? Tepuk dada tanya selera kerana pilihan terletak di tangan korang sendiri.
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hazmin 9 March 2011 at 3:33 PM

    @Meera
    kira boleh dimaafkan lagi la kalau kadang2 kan..hehe

    Reply
  • Meera 9 March 2011 at 12:28 PM

    Ala.. kalau kdg2 tak annoyed sgt, cuma kalau selalu… rase xbrpe best la..:)

    Reply
  • Hazmin 9 March 2011 at 12:15 PM

    @DuD
    betul tu…kepuasan tuan punya blog amat penting..baru la semangat utk berblogging tu ada..

    Reply
  • DuD 9 March 2011 at 11:33 AM

    pd aku depend… ada ketika quality itu penting ada ketika yg lain quantity itu penting. Jadi yg paling penting adalah kepuasan…hhmm…ye ke?

    Reply
  • Hazmin 9 March 2011 at 10:38 AM

    @nOrA sToRy
    wah..tamak jugak ni..hehe..betul..terpulang pada individu utk corakkan blog sdri..

    Reply
  • nOrA sToRy 9 March 2011 at 10:28 AM

    terpulang pd individu tu sendiri…tp bg kite kuantiti lg penting…heee…

    Reply
  • Hazmin 9 March 2011 at 10:24 AM

    @Meera
    haha..betul tu..tapi kadang2 hazmin pun ada gak post lyric lagu.macm mana tu?

    Reply
  • Meera 9 March 2011 at 10:16 AM

    betul gak.. lagi plak kalau buat entry banyak2 tp stakat post lyric, sajak, syair, rase cam tak bape best nk singgah blog tu kan..:)

    Reply
  • Hazmin 9 March 2011 at 9:56 AM

    @Miaainis
    terpulang pada individu yg menilai sesuatu entri..boleh ke nilai kualiti ?

    @DiahRodzi
    haha..tamak ni.. 🙂

    @Raji berkata
    kiranya lebih mementingkan kuantiti la ni. penat jgk nak memerah idea untuk update entri ni..

    Reply
  • Raji berkata 9 March 2011 at 9:52 AM

    hohoh kdg2 kalau bli bju lah contohnyer ;D kurang memandang skit kualiti
    asalkan murah dan cantik lgi elok kot xD

    Reply
  • DiahRodzi 9 March 2011 at 9:47 AM

    kualiti la…tp kadang2 kuantiti pengaruh aku gak..haha

    Reply
  • Miaainis 9 March 2011 at 6:49 AM

    kualiti yang paling penting…

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Laporan Terkini Perhimpunan Bersih 2.0 | 9 Julai 2011

By Hazmin Hamudin

Terima Kasih Solar Time The Mines

By Hazmin Hamudin

Salma Juara Mentor Ke 5

By Hazmin Hamudin

Tabasco Sudah Disahkan Halal Oleh JAKIM

By Hazmin Hamudin

Susah Betul Nak Makan Sandwiches SUBWAY Ni

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in