• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Pendidikan / Selamat Hari Guru 2012

Selamat Hari Guru 2012

By Hazmin Hamudin | 15 May 2012 | 3 Comments

Selamat Hari Guru 2012

Selamat Hari Guru 2012. Esok, 16 Mei 2012 merupakan hari istimewa untuk guru-guru di Malaysia ni kerana esok merupakan Hari Guru. Mesti ramai yang tidak ingat tarikh Hari Guru ni kan terutamanya bagi mereka yang telah bekerja dan telah lama meninggalkan alam persekolahan ni. Aku sendiri pun hampir-hampir tak sedar esok adalah Hari Guru.

Dari tadika, sekolah rendah masuk pula ke sekolah menengah sehingglah melangkah masuk ke kolej, agak-agak korang berapa ramai dah guru yang telahpun mendidik dan mencurahkan ilmunya pada korang semua? Sudah terlalu banyak ilmu yang telah diberi dan begitu besar pengorbanan mereka kepada anak bangsakan.

Sejarah Hari Guru

Kenapa tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia ni? Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tema Hari Guru 2012

Tema Hari Guru tahun 2012 ni ialah “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”. Guru Inovatif adalah guru yang mampu membuat transformasi (perubahan) anjakan paradigma dalam konteks  mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang sesuai dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Atas dasar itu, guru haruslah berperanan untuk menggarap elemen-elemen inovasi di dalam melonjak transformasi pendidikan negara.

Sempena menyambut Hari Guru esok, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia. Semoga segala ilmu yang dicurahkan akan menjadi satu pegangan berguna kepada para pelajar untuk dijadikan panduan di masa hadapan kelak. Buat para guru pula, teruslah mencurahkan ilmu kepada anak bangsa dengan penuh keikhlasan dan kesabaran, mudah-mudahan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Selamat Hari Guru 2012

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 17 May 2012 at 1:21 AM

    Ketika sekolah dahulu bro beri apa kepada guru ketika sambutan hari guru?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 20 May 2012 at 11:26 AM

      Tidak ingat la. Rasanya sekadar mengucapkan selamat hari guru sahaja. hehe

      Reply
  • Jebeng Otai™ 15 May 2012 at 10:27 PM

    selamat hari guru untk semua guru2..hehe

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Ahli Parlimen Titiwangsa – Dr. Lo’lo’ Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin

Gambar Bulan Madu Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Di New York

By Hazmin Hamudin

Tekak Nak Makan Subway Pulak

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Sarapan Pagi

By Hazmin Hamudin

10 Petanda Dia Jodoh Kita

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in