• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Gambar Menarik / Seni Graffiti Di Sungai Klang

Seni Graffiti Di Sungai Klang

By Hazmin Hamudin | 19 November 2012 | 67 Comments

Graffiti Sungai Klang 1

Seni Graffiti Di Sungai Klang. Kalau korang selalu menggunakan perkhimatan Rapidkl LRT aliran Kelana Jaya berhampiran dengan stesen Pasar Seni pasti akan perasan akan kewujudan lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh seniman tidak bernama di dinding Sungai Kalang yang sudah pastinya akan menarik perhatian siapa sahaja yang lalu lalang di situ. Lukisan-lukisan ini sering dianggap kotor atau mencacatkan pemandangan oleh segelintir orang.

Graffiti Sungai Klang 2

Lukisan-lukisan ini lebih popular dengan nama graffiti. Graffiti adalah dari perkataan itali Graffitio bermaksud ‘lorekan’ atau‘scratched’. Ianya satu seni yang telah wujud dari zaman Greek Purba dan Empayar Roman lagi. Namun, di zaman moden ini, tiada lagi lorekan, tetapi lebih kepada penggunaan bahan moden seperti cat spray, cat air dan marker.

Seni graffiti ni sering kali dianggap sebagai vandalisme dan merosakkan imej sesuatu kawasan. Apa pula pendapat korang berkenaan dengan perkara ini? Persepsi masyarakat yang memandang seni seperti ini adalah satu gejala sosial menyebabkan seni graffiti ini dipinggirkan sedangkan sedangkan seni urban tersebut mempunyai nilai estetika yang tersendiri.

Graffiti Sungai Klang 3

Sebenarnya melalui seni graffiti ni lah anak-anak muda meluahkan perasaan mereka dengan melukis lukisan-lukisan berkenaan dengan isu semasa yang berlaku di sekeliling. Hasil karya meraka ni bagi aku memang sangat kreatif dan unik. Rasanya di kasawan dinding sepanang Sungai Klang ni pihak DBKL telah memberi kebenaran kepada seniman-seniman graffiti untuk melukis dengan bebas tanpa sebarang gangguan. Bagus jugakkan DBKL menyediakan tempat khas untuk mereka ni menconteng daripada menconteng di merata-rata tempat.

Walaupun ramai yang mengatakan ianya suatu vandalisme, tapi ianya tetap suatu contengan yang menarik bagi aku.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • eliss 21 November 2012 at 11:05 AM

    dulu tak sekemas lukisan yang ada ni. yang ni pun memang haram jugak ker? ingat diorang dah bagi izin sebab nampak menarik.

    Reply
  • Jebeng Otai™ 20 November 2012 at 11:24 PM

    cantik juga jika dibuat dgn teratur..

    Reply
  • hafizrahim 20 November 2012 at 10:55 PM

    yang ni mungkin hasil usaha kumpulan rakan muda..sebab pernah tengok diorang lukis kat bukit kiara..cantik.

    Reply
  • cik tom 20 November 2012 at 8:35 PM

    ciktom suka tgk cntk..tgk kdg2 ramai gak suka amik gmbr esp. pelancong..kira dh jd 1 attraction kt sn =)

    Reply
  • Luke 20 November 2012 at 8:20 PM

    Ini seni bukan vandalisme sebab cantik dipandang. Menarik.

    Reply
  • hafizmd 20 November 2012 at 5:30 PM

    Ambe mmg kagum ngn deme2 ni….cantik tu walaupun ada gaya vandalisma =)

    Reply
  • JR 20 November 2012 at 6:20 AM

    Kreatif betul…kalau ada duit nak upah mereka lukis kat dinding rumah…

    Reply
  • titan 20 November 2012 at 5:30 AM

    pehh..super kreatif nih..kagum. kagum.

    Reply
  • mawardiyunus 20 November 2012 at 2:00 AM

    rasa amat teruja dengan art jalanan seperti ini.. memang awesome.. suka tengok huhu

    Reply
  • Nadot 20 November 2012 at 12:22 AM

    Bg sy dorg mmg kreatip gile.. Suke tgk.. Cam kat obersi.. Hehe

    Reply
  • Sop 19 November 2012 at 11:32 PM

    dorang sgt kreatif… bukan mudah hendak buat tu..
    kat area KL pun byk dorang buat 🙂

    Reply
  • Linda 19 November 2012 at 11:22 PM

    Menarik dan kreatif, walaupun adakalanya nampak buruk sikit

    Reply
  • Kazen 19 November 2012 at 10:52 PM

    menarik nie bro sape nnti pegi klang nk singgah laa tgok2

    Mohon jasa baik tuk vote sy di Contest iPhone 5

    Segala jasa baik Allah pasti membalas dengan sebaik2nya. Barakallah 🙂

    Reply
  • jebateja 19 November 2012 at 10:37 PM

    Nasib baik den tak pandai langsung bab melukis…kalau tidak…penuh dgn lukisan den….ahakz

    Reply
  • pahan 19 November 2012 at 9:38 PM

    Cukup kreatif.hehe. aku akan ke KL nanti. Nak gak tengok benda tu.hehe

    Reply
  • boni kacak 19 November 2012 at 8:39 PM

    smart la… orang yan cakap vandalisme tu sebenarnya kena tgk dulu.. lainlah lukisan2 yang memang buruk dan comot. tu bolehlah dikategorikan sebagai vandalisme.. tapi kalau smart macam ni, dorang tak boleh nak kata kan sebagai vandalisme.. ini adalah seni. dan cantik, lebih elok daripada dinding tu kosong terbiar dan berlumut macam tu je

    Reply
  • luqmanzakaria 19 November 2012 at 8:10 PM

    selalu gak tengok grafitti area nih..semard kot..huhuh

    Reply
  • azura 19 November 2012 at 7:47 PM

    ermm cantik juga…tempat orang suka berlakon lawan2

    Reply
  • 4feet8 19 November 2012 at 7:33 PM

    Cantikkan? setiap kali dari federal nak ke KL, misti ternampak..

    Reply
  • zila sensei 19 November 2012 at 7:00 PM

    bagus kt klang ni..dia providekan tmpat utk bdk2 curahkan kreativiti..xla blaku vandalisme kt situ

    Reply
  • ajumohit 19 November 2012 at 5:00 PM

    mmg berseni, pada saya ianya kreativiti

    Reply
  • Myra Jay 19 November 2012 at 4:26 PM

    Usaha yang harus dipuji, bila ada lukisan macam ni nampak kreatip + cantik kan 🙂

    Reply
  • padin 19 November 2012 at 4:17 PM

    kalau tengok gambar dlm blog post bro ni,
    nampak OK je dan cantik juga

    Reply
  • TehR 19 November 2012 at 4:06 PM

    nampak ok je
    aku tak kisah dengan seni seperti ini
    asal saja tak melanggar adat budaya kita

    Reply
  • daddyziyyad 19 November 2012 at 3:46 PM

    Lebih baik mereka berkarya, daripada dinding2 itu ditampal oleh sticker along

    Reply
  • kesumaangsana 19 November 2012 at 3:39 PM

    mmg menarikkan

    Reply
  • shraqs 19 November 2012 at 3:27 PM

    Kalu graffiti yang kemas dan ada mesej yg positif, aku setuju je daripada diconteng dengan ntah apa2 @ terbiar..

    Reply
  • lieyalatif 19 November 2012 at 3:11 PM

    kalo kemas gini akak suke laaa…ade tu akak tgk ntah ape2 dieorg spray….buruk jadinyer…..kalo yg hazmin snap ni kemas kire okey laaaa…dari dinding tu buruk berkulat jek baik ade lukisan gini kan…..

    re: sakit dik…begegar otak mase scaling…tapi bile gigi dah bersih, ko nak mkn pun sayang…hepi jek hati heheheehe

    Reply
  • beckhrooy 19 November 2012 at 2:59 PM

    kalau karya cantik macam ni tak boleh kata vandalisme kalau buruk mungkin boleh la 🙂

    Reply
  • ms pija 19 November 2012 at 2:51 PM

    mmg slalu tgk lukisan tu.. mmg superb sgt.. rasanye lukisan tu bkn vandalism.. hehe

    Reply
  • ema 19 November 2012 at 2:43 PM

    memang kreatfi hasil tangan mereka…cantik dr pandangan mata saya

    Reply
  • Kakzakie Purvit 19 November 2012 at 2:42 PM

    Kalau melihat pada gambar pada kakak cantiklah tu. Kalau yg conteng tak senonoh macam di toilet awam tu baru di kata vandalism…

    Reply
  • FD 19 November 2012 at 2:38 PM

    time naik LRT selalu nampak. memang cantik. kesian diorang takde tempat yg betul untuk tunjukkan seni

    Reply
  • zool 19 November 2012 at 2:18 PM

    Ini grafiti yang legal kan??? ada yang dibenarkan tak silaop

    Reply
  • izan mama mia 19 November 2012 at 12:59 PM

    asal lukisannya tak ada unsur lucah dan tak sensitif….cantik jer saya tengok..

    Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 19 November 2012 at 12:53 PM

    Yang ini cantik ehhh.. OK lah tu. Yang buat boring yang tulis tak apa-apa, mencarut dan sebagainya. Tapi kalau building tu dah mmg cantik, tak usah lah di lukis lagi ya…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 2:14 PM

      Bab bangunan baru aku setuju. Tak payah la bangunan baru nak diconteng dengan graffiti pulakkan.

      Reply
  • akubiomed 19 November 2012 at 12:45 PM

    Pendapat saya kalau grafiti yang berkhemah dan ada mesej tidak masalah. Cuma ia perlu lapangan yang betul untuk mereka mengayakan seni grafiti.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 2:13 PM

      Kalau tempat yang sesuai rasanya tiada siapa yang akan marahkan bro.

      Reply
  • Norizwan 19 November 2012 at 12:19 PM

    bagi saya lukisan grafiti adalah satu seni…ramai og mengatakan ianya adalah satu vandalisme….bukan apa, kalau dah buat grafiti di tempat tak sepatutnya memang orang sangka mcm tu…saya respek orang buat grafiti ni…berbakat besar…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 12:28 PM

      Hanya orang seni je yang boleh menilai sesuatu seni tu kan bro. Mula-mula kalau tengok lukisa n graffiti ni mesti orang akan cop vandalisme. Tapi sebenarnya bukan mudah nak buat lukisan macam ni kan.

      Reply
  • syaifuddin alias 19 November 2012 at 11:58 AM

    berbakat besor budak2 ni semua yang buat ..huuuu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 12:17 PM

      Bro tak teringin ke nak melukis dekat Sungai Klang ni? Kih3..

      Reply
      • syaifuddin alias 19 November 2012 at 2:14 PM

        errr…..nanti penuh sg.kelang dgn warna air saya ..haha

        Reply
  • sabree hussin 19 November 2012 at 11:32 AM

    sebelum ada grafitti ni lagi x cntik. at least sekarang dah jadi lagi sedap mata memandang.

    Asalkan lukisan yang elok2 itu tak ada masalah. Lagipun tempat khas dah disediakan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 12:25 PM

      Betul tu bro. Jangan dilukis benda-benda yang tak elok dah la. Tempat dah disediakan patut dimanfaatkan sebaiknya.

      Reply
  • nur anis 19 November 2012 at 10:09 AM

    memang bagus bila diorang disediakan tempat untuk buat grafiti ni..takde lah diorang main conteng sesuka hati..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 12:09 PM

      Itulah.. Kalau kerajaan sediakan tempat khas, takda la diorang ni buat dekat tempat yang bukan-bukan. Macam tu jugak dengan benda2 yang lainkan.

      Reply
  • gamep01nt 19 November 2012 at 5:49 AM

    lukisan yg dekat sini mmg DBKL-approved la. hahaahaha. diorg kasi cleankan balik n buat betul2..group the super sunday yg buat tak silap aku

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 9:00 AM

      Memang betul bro. Pernah terserempak diorang ni tengah melukis di petang hari. Ambil masa berhari-hari jugak nak menyiapkan lukisan tu.

      Reply
      • gamep01nt 19 November 2012 at 9:07 AM

        ada satu lagi dekat depan bangunan yg depan times square tu apa ntah nama bangunan tu. dekat parking kereta. tapi dia dah padam sebab DBKL kasi diorg conteng secara halal dekat laluan sungai klang tu. tp takpa la sebab diorg buat lawa. yg merosakkan mnde ni yg budak2 sekolah lukis pun xreti. main spray je

        Reply
        • syaifuddin alias 19 November 2012 at 11:59 AM

          betul ke ni ? wahh ..power laa kalau dah diapproved

          Reply
          • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 12:09 PM

            Dah lama dah rasanya DBKL bagi diorang conteng secara halal ni. Selalu jugak la bertukar lukisan dekat Sungai Klang tu.

            Reply
  • donnyien 19 November 2012 at 2:33 AM

    cantik lukisan tu, sekurang-kurangnya bukan lukisan yang tidak bermoral..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 9:00 AM

      Yang tidak bermoral tu yang mencacatkan keindahankan. Patut diambil tindakan pelukis macam tu.

      Reply
      • syaifuddin alias 19 November 2012 at 12:00 PM

        hehe..kalau lukisan tak bermoral dah lama kena “sebat” budak2 ni semua

        Reply
        • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 12:07 PM

          Yang tidak bermoral diorang buat waktu malam bro. Susah nak sebat diorang ni..

          Reply
          • syaifuddin alias 19 November 2012 at 12:12 PM

            hehe..ada yang tak diberi approval tu memang dorang hentam je lukis macm2 yang tak elok ..saya minat jugak seni ni, tapi tak beljar lagi grafitti ..kalau mural dgn lukisan atas kertas bolehlaa

            Reply
  • hairulafiz 19 November 2012 at 1:59 AM

    graffiti itu telah menaikkan seri sg klang yg lesu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 8:59 AM

      Betul tu bro. Kalau tak lesu dengan air sungai yang keruh je la Sungai Klang tu.

      Reply
  • Eizil 19 November 2012 at 1:21 AM

    Seni graffiti ni kalau dibuat dengan indah dan cantik, bagi aku tiada masalah, cuma tak semua pandai untuk buat graffiti yang berseni dan cantik ada juga yang sekadar menconteng sesuka hati.

    Di luar negara, ada ramai penggiat graffiti yang di bayar untuk menconteng atau menghiasi bangunan-bangunan yang baru dibuat atau telah tersedia. Rasanya ada juga penggiat graffiti di malaysia yang diupah untuk menghasilkan hasil seni yang menarik.

    Banyak juga hasil graffiti yang kadangkala menampilkan kreativiti si pembuatnya, graffiti seperti ini mungkin perlu kita galakkan. Dan yang berunsur contengan merapu, perlu kita ambil tindakan.

    Sekadar pendapat peribadi.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 8:58 AM

      Kalau yang menconteng dengan perkataan tah apa-apa tu yang mencacatkan pemandangan tu. Kalau berseni macam ni memang cantik la. Dekat Malaysia memang ada yang pelukis graffiti yang diupah cuma terlalu kecil sampai tak perasan rasanya. Lagipun lukisan macam ni orang selalu pandang buruk je kan bro.

      Reply
  • Cikgu Hairul 19 November 2012 at 12:31 AM

    DBKL kadang-kadang kacau juga. Lagi2 kalau ada lukisan yang mengkritik kerajaan.

    Saya kagum dengan hasil seni ni. Itu bukan vandelisme. Daripada dibiarkan dinding tu kosong, kan elok ada lukisan.

    Pernah tak nampak mereka ni melukis? Saya tertanya2 juga, bila mereka buat agaknya.

    Reply
    • Hairul Azni 19 November 2012 at 12:53 AM

      Sepatutnya DBKL tak perlu kacau jika tulisan tersebut lebih kepada kritikan untuk pihak kerajaan.Malaysia adalah negara demokrasi.Kalau kritikan tersebut adalah kritikan yang membina,apa salahnya..

      Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 8:55 AM

      Pernah nampak diorang ni lukis bro. Waktu petang masa balik kerja tengok diorang tengah cat dinding tu. Kalau tak dapat kebenaran mesti diorang tak berani buat siang hari kan.

      Reply
  • Wanayu 19 November 2012 at 12:13 AM

    Biasa gak nmpak kat dlm putra.. Cntik2 lukisan nye

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 8:54 AM

      Baru ceria Sungai Klang ni kan.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kembali Bekerja Selepas Aidilfitri

By Hazmin Hamudin

Bercinta Nak Update Blog

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee

By Hazmin Hamudin

Bila Internet Buat Hal

By Hazmin Hamudin

Pengakhiran Sebuah ‘Fairy Tales’

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in