• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Agama / Tazkirah Jumaat | Pembaziran Yang Sering Dilakukan Manusia

Tazkirah Jumaat | Pembaziran Yang Sering Dilakukan Manusia

By Hazmin Hamudin | 12 April 2013 | 30 Comments

Pembaziran

Sepertimana yang kita sedia maklum, Islam melarang keras umatnya mengamalkan cara hidup membazir dalam semua urusan samada urusan yang berkaitan dengan perbelanjaan harta, pengurusan masa, dan penggunaan tenaga. Perbuatan membazir merupakan satu sifat tercela, buruk lagi keji, sehinggakan Allah mengatakan pembazir itu adalah saudara syaitan.

Selain daripada membazir harta, masa dan tenaga, terdapat banyak lagi pembaziran yang sering dilakukan manusia tanpa mereka sedari. Hakikatnya, apa sahaja perbuatan yang mengarah kepada pengurusan atau pekerjaan yang merugikan, maka ianya juga termasuk dalam erti kata melakukan pembaziran.

Dalam hal ini, Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

  1. Pembaziran ilmu pengetahuan – iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
  2. Pembaziran amalan – iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
  3. Pembaziran kekayaan – iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.
  4. Pembaziran hati – iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
  5. Pembaziran tubuh badan – iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
  6. Pembaziran cinta – iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
  7. Pembaziran masa – iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
  8. Pembaziran akal – iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.
  9. Pembaziran zikir – iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Dalam kita tidak sedar, sebenarnya telah banyak pembaziran yang telah kita lakukan tidak kira dalam apa jua bentuk dan keadaannya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang membacanya.

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu pula adalah makhluq yang sangat kufur kepada Tuhannya”

(Al-Isra’, 17: 27)

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • TiranaAduka 16 April 2013 at 12:39 PM

    membazir itu amalam syiton yang di rejam….

    bro wah…..jawa rupanya….lompat-lompat erk..?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 12:54 PM

      Darah jawa yang tak reti cakap jawa bro.. Hehe.. Kesian betul.

      Reply
  • Hafizul 15 April 2013 at 10:59 AM

    Terima kasih hidangkan saya santapan rohani nih..perkara remeh macam ni jarang orang ambil peduli..kan bro..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 April 2013 at 7:25 PM

      Itulah.. Saya sendiripun tak perasan akan pembaziran ni.

      Reply
  • puan kutu 14 April 2013 at 6:52 PM

    byk pembaziran yg kadang2 kita tak sedar kita dh buat secara tak langsung..muhasabah diri sat..:)

    Reply
  • Zulhilmi Zainudin 14 April 2013 at 5:33 PM

    Semoga kita semua tidak tergolong daripada kalangan mereka yang suka membazir. Amiin.

    Reply
  • thaqibzaki 14 April 2013 at 4:56 PM

    Ya Allah, banyaknya aku dah membazir. 🙁

    Reply
  • ajumohit 13 April 2013 at 10:16 PM

    perkongsian yg baik, adakala tak sedar mcm2 pembaziran yg dilakukan

    Reply
  • JR 13 April 2013 at 8:32 PM

    Satu lagi kdg2 kita membazirkan usia kita utk membuat sesuatu yg tidak membantu membangunkan diri, keluarga dan masyarakat kita…

    Reply
  • papa mifz 13 April 2013 at 6:08 PM

    marilah sama2 kita elakkan pembaziran…

    Reply
  • fiezaradzi 13 April 2013 at 2:18 PM

    terima kasih atas prkongsian. mmg tak bagus membazir ni, lebih baik bagi pada org yg memerlukan.. moga kita tak amalkan sikap membazir ni..

    Reply
  • hafizmd 13 April 2013 at 1:07 PM

    Membazir amalan syaitan. Semua org tahu, tp sygnye musim pru13, bagi ambe pemasangan bendera yg melampau byknye juga satu bentuk pembaziran yg nyata

    Reply
  • schaze 13 April 2013 at 12:42 PM

    betul tu tak elok membazir 🙁

    Reply
  • halif 13 April 2013 at 10:33 AM

    Setuju. dengan kriteria dan penjelasan pembaziran di atas

    Reply
  • Hairul Azni 13 April 2013 at 9:13 AM

    Tanpa kita sedar,sangat banyak pembaziran yang sedang dan yang telah kita lakukan.

    Reply
  • titan 13 April 2013 at 9:07 AM

    setuju. orang kita memang ramai yang suka membazir.

    Reply
  • Khairul Zamri 13 April 2013 at 12:46 AM

    pertama kali dengar pembahagian pembaziran oleh Ibnu al-Qayum al-Jauziah ini, terima kasih 🙂

    Reply
  • Juan 12 April 2013 at 10:20 PM

    jujur saya katakan org Malaysia ni membazir, kita jarang ada kes makanan x cukup, jarang ada kes air x cukup, jarang ada kes elektrik x cukup, jarang ada kes itu ini x cukup, disebabkan semua berkecukupan maka pembaziran pon berlaku

    Reply
    • hafizmd 13 April 2013 at 1:09 PM

      Semua itu yg kita byr dan kita tak habiskan atau tak guna dgn efisien.

      kalau free, lagilah…apakah mmpu kita bendung sikap membazir kita?

      Reply
  • Bean Moreno 12 April 2013 at 9:28 PM

    tulah..kita manusia yang selalu terlupa apa yang kita selalu bazirkan hehe

    Reply
  • khairul asrol 12 April 2013 at 6:29 PM

    membazir amalan syaitan. hehe. kat internet pun boleh dapat informasi khutbah jumaat. terbaiklah bro share.

    Reply
  • onlajer 12 April 2013 at 5:14 PM

    selalu juga aku ini membazir

    Reply
  • KesumaAngsana 12 April 2013 at 4:09 PM

    tq very gd sharing, terkadang pembaziran berlaku tanpa sedar kan!

    Reply
  • daddyziyyad 12 April 2013 at 3:59 PM

    Tengok gambar air paip tu, teringat hadith Nabi yg lebih kurang katanya ” hendaklah tidak membazir air, walaupun di sungai yg mengalir”

    Reply
  • boni kacak 12 April 2013 at 12:36 PM

    setuju tu.. memang terlalu banyak pembaziran yang dilakukan manusia…

    Reply
  • hafiz 12 April 2013 at 12:25 PM

    janganlah jadi saudara syaitan..

    Reply
  • suri 12 April 2013 at 12:12 PM

    indah islam itu bukan utk kita susahkn keadaan tpi tujuan utk mendidik hati jiwa agar kita mjdi sederhana dalm segala hal.

    Reply
  • suri 12 April 2013 at 12:11 PM

    saudara syaitan,,,semua org tak mahu jadi kan..jdi ayuh kita elakkan sikap buruk ni.ingat klu kita buat cpt2 kta ingat pesanan kt ats tu heee

    Reply
  • Mak lagenda 12 April 2013 at 11:27 AM

    Walaupun kdg2 kita mengelakkan pembaziran, tp ketirisan ke arah membazir tu tetap berlaku.So, hrp2 kita mampu berusaha ke arah yg lebih baik lg lps nih..

    Reply
  • Oneblogsocial.com 12 April 2013 at 10:56 AM

    Terimakasih,semoga menjadi amalan di sepanjang waktu.

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Tazkirah Jumaat | Adab-Adab Menulis Di Blog

By Hazmin Hamudin

Macaron Di Harrods KLCC

By Hazmin Hamudin

Tip Pemanduan Jarak Jauh Untuk Balik Kampung

By Hazmin Hamudin

Kemalasan Melanda

By Hazmin Hamudin

PDRM Akan Ambil Tindakan Terhadap Kelvin Yip

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in