• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Tuah Tok Imam Kahwin Gadis Muda

Tuah Tok Imam Kahwin Gadis Muda

By Hazmin Hamudin | 16 November 2011 | 4 Comments

Seperti ibarat makin tua makin berisi, itulah yang boleh digambarkan kepada warga emas, Mat Ibrahim, 64, yang bertemu jodoh dengan gadis yang jauh lebih muda daripadanya berusia 26 tahun. Orang muda sekarang ni dok kata susah nak bertemu jodoh, dan ramai yang masih tak kahwin-kahwin disebabkan tiada pasangan yang sesuai. Tapi tok imam ni rileks je dapat isteri muda. Ni baru la selayaknya dipanggil dengan gelaran otai. Walaupun sudah berusia 64 tahun, tetapi masih lagi gagah dan silap-silap lebih gagah daripada orang muda sekarang. Rasa tercabar betul ni.

Imam Tua Isteri Muda

Tetapi kalau dah jodoh memang tak ke mana. Tak kira la berusia ataupun muda, kalau sudah ditentukan suatu hari nanti seseorang itu jodoh kita, maka kita tidak boleh lari atau menidakkannya walau bagaiman cara sekalipun. Oleh itu, isteri-isteri janganlah menghalang kalau suami mereka hendak berkahwin lagi satu kerana itu adalah jodoh mereka. Contohilah seperti abang SY kita yang berkahwin empat dan hidup dengan bahagia. Berani mati betul statement aku ni. Hahaha… Apa-apa hal baik aku cabut dulu. LARI….

TANAH MERAH: “Jika boleh, saya mahukan anak ramai yang boleh mewarisi segala harta saya. Pada perkahwinan lalu, saya tidak memperoleh zuriat sebab itu saya membuat keputusan berkahwin lagi,” kata warga emas, Mat Ibrahim, 64, yang bertemu jodoh dengan gadis berusia 26 tahun.

Perkahwinan Mat boleh diibaratkan seperti perkahwinan selebriti apabila dia bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Noor Mahayu Samsudin pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11.

Mat yang juga Imam Masjid Mukim Bechah Laut, di sini, dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11, di sini, dan memberi hantaran berjumlah RM5,011 kepada isterinya.

Majlis resepsi perkahwinan pasangan mempelai itu diadakan semalam dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung, diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.

Mat berkata, dia menjadi duda apabila isterinya meninggal dunia empat hari selepas Aidilfitri, Ogos lalu.

Sumber

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • titan 17 November 2011 at 8:13 AM

    dah rezeki dia. hehe..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2011 at 8:21 AM

      Memang bahagia betul hidup dapat isteri muda.

      Reply
  • Juan 16 November 2011 at 8:21 PM

    tahniah pada tok imam

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 November 2011 at 8:56 PM

      hebat tok imam ni.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gambar Majlis Pernikahan Farah AF2

By Hazmin Hamudin

Pomade Untuk Gaya Rambut Pompadour

By Hazmin Hamudin

Selamat Tahun Baru 2019

By Hazmin Hamudin

Penyanyi Hattan Dianugerahkan Gelaran Datuk

By Hazmin Hamudin

Alhamdulillah, Kenyang Dah

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in