• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita Terkini / Terkini – Gambar Perhimpunan BERSIH 3.0 Duduk Bantah

Terkini – Gambar Perhimpunan BERSIH 3.0 Duduk Bantah

By Hazmin Hamudin | 28 April 2012 | 13 Comments

Terkini – Gambar Perhimpunan BERSIH 3.0 Duduk Bantah Di Lokasi Kejadian –  Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April  2012 sekali lagi mencatat pelbagai peristiwa yang menarik. Bagi aku ianya adalah suatu sejarah hitam bagi sesebuah negara apabila rakyat membantah apa yang dilakukan oleh kerajaan dengan cara sebegini. Memang amat memalukan. Dan ternyata begitu ramai menyertai Bersih 3.0 dengan dianggarkan sekitar 80,000 peserta yang menghadiri Bersih 3.0 kali ini.

Bagi yang tiada ditempat kejadian, aku sediakan antara beberapa gambar menarik dan panas sekitar perhimpunan bersih 3.0 di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya.

Bersih 3.0 1

Bersih 3.0 3

Bersih 3.0 4

Bersih 3.0 5

Kepada para peserta yang terlibat dengan perhimpunan yang berjaya ‘membersihkan’ kawasan Kuala Lumpur hari ni, diharap hati-hati terutama yang membawa anak-anak untuk turut serta. Sama-sama kita nantikan sama ada BERSIH 3.0 ni mencapai matlamat ke tidak. Pada pendapat korang siapakah yang untung disebalik BERSIH 3.0 ini. Rakyat? Parti? Kerajaan? Pembangkang? Atau korang yang join BERSIH 3.0 ni? Sama-samalah korang fikir apa yang kita semua dapat dengan perhimpunan sebegini. Adakah betul cara yang kita lakukan ni?

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • puanbee 29 April 2012 at 4:33 PM

    Ada vide hari bersih dari atas banggunan macam seram pulak tengok , suami akk ambil dari atas banggunan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 April 2012 at 8:56 AM

      Wah.. Sempat suami akak ambik video kan. Suami akak ambik dari lokasi mana tu?

      Reply
      • puanbee 30 April 2012 at 7:41 PM

        Atas bangunnan Dayabumi , seram sebab nampak orang dtg dari semua pelusuk , semua jalan di penuhi sikit2 (atas dayabumi kan ada tempat helikopter mendarat)

        Reply
        • Hazmin Hamudin 30 April 2012 at 8:33 PM

          Fuh.. Memang best kalau dapat terselit ambik gambar masa tu kan kak. Bukan senang nak ada dekat situ.

          Reply
  • akubiomed 28 April 2012 at 11:55 PM

    Jangan sampai maruah sebuah negara merdeka tergadai.

    Reply
  • kodinz 28 April 2012 at 11:21 PM

    Pendapat aku, mungkin cara tak berapa kena. Tapi, dari satu perspektif yang lain, mungkin orang2 yang anjurkan Bersih nie sebab cara-cara lain yang “sah” tak dapat nak digunakan. Jadi, bila dah x de cara lain, demonstrasi la yang diorang nampak

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 April 2012 at 11:25 PM

      Bagi aku pulak, demonstrasi tak salah. Kerajaan pun dah benarkan, tapi buatlah dekat tempat yang betul. Bukan dekat tempat yang boleh menyusahkan orang lain.

      Reply
      • kodinz 28 April 2012 at 11:40 PM

        Bagi diorang, walaupun kerajaan dah benarkan, tapi kebenaran untuk demonstrasi tu macam x berapa telus. Ada macam-macam sekatan. tu yang diorang jalan je program bersih tu

        Reply
        • incik hijau 30 April 2012 at 8:51 AM

          jangan cakap ikut suka mulut sahaja pernah kita kaji kenapa demostrasi ni dia adakan..???
          kerna nak bela hak rakyat yang dizalimi bukan nak buat untuk penting kan diri sendiri…cuba fikir orang dulu di luar bandar macam mana lektik,bekalan air bersih untuk rakyat,jalan raya ingat semua kampung ada ke.??jangan nak tabur fitnah je tanpa bukti…dosa nya sama menbunuh orang yang tak bersalah..ingat kita semua ada hak untuk di belai bukan untuk di zalimi oleh umat sendiri

          http://www.szlihin.com/2012/04/debat-bersih-30-faq.html baca ni jika anda rasa anda islam yang beragama…maaf bertegur.

          Reply
          • incik hijau 30 April 2012 at 8:54 AM

            *duduk

            Reply
      • anep 30 April 2012 at 10:46 PM

        nk tanye laa…klu buat kt stadium..muat ke dgn peserta sramai bratus ribu org nie???
        apa yg salah buat kt dataran??dataran tempat awam jgk kn??milik rakyat jgk kn??
        klu untuk konsert2..utk program2 yg melalaikn boleh pulak ye kt dataran…tp untk suara rakyat x boleh???nie ke yg dinamakan 1malaysia negara yg amalkan sistem demokrasi??

        Reply
  • aBg_rOnGak 28 April 2012 at 7:21 PM

    “Sama-samalah korang fikir apa yang kita semua dapat dengan perhimpunan sebegini. Adakah betul cara yang kita lakukan ni?”

    Hurm…macam mana nak jawab ek? Kalau dah cara-cara yang legal tak dipedulikan, at least mereka perlu melakukan sesuatu yang membuktikan bahawa parti pemerintah telah melakukan kesilapan. Mereka bukan mahu topple pemerintahan sangat, sekadar perbetulkan apa yang salah.

    Tapi, adakah parti pemerintah dan “belaan-belaannya” berani mengakui kesalahan, atau sekadar “mendiamkan” suara rakyat? Sekadar menyuruh “bercakap di saluran yang betul” tetapi RTM dan Media Prima serta media-media cetak tak habis-habis menghentam. Mana salurannya?

    Inilah yang orang-orang tua kata, “takde t*lur”…

    Reply
    • Jebeng Otai™ 29 April 2012 at 10:59 PM

      kan dh diberi tmpt berhimpun yg lain..nk jgak berhimpun kat tempt yg sesak dgn org..bkn kerajaan x bagi..kerajaan dah benarkan & dh wat akta perhimpunan aman ni..

      kalo dari awal ikut arahan wat kt tmpt lain mmg dah ramai rakyt malaysia ni sokong bersih…mmg tujuan bersih ni nk salahkan pihak berkuasa..jdik lebih menyampah ade la..

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gambar Dan Video Kemalangan Maut Di Federal Highway

By Hazmin Hamudin

Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Dan Doa Selepas Berbuka Puasa

By Hazmin Hamudin

Buah Ajaib

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Guru 2013

By Hazmin Hamudin

Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi Teruk?

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in